Think Quran Kembali di Faith Events Bersama Mufti Menk 2026

Spread the love

Selepas pengalaman bertemu dan berinteraksi dengan ramai peserta sebelum ini, Think Quran kembali bersama Faith Events untuk satu lagi acara istimewa, kali ini sempena Mufti Menk Live in Malaysia 2026.

Program yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung pada 1 November 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dan bakal menghimpunkan masyarakat dalam sebuah acara yang bukan sahaja membawa perkongsian ilmu, tetapi turut membuka ruang untuk mendekati al-Quran dengan cara yang lebih dekat dan bermakna.

Think Quran Kembali Bersama Faith Events

Kehadiran Think Quran kali ini membawa lebih banyak pengalaman untuk para pengunjung.

Selain berpeluang mengenali Think Quran dengan lebih dekat, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti yang telah disediakan seperti games, lucky draw, free gifts dan Spin the Wheel.

Ia menjadi peluang yang baik untuk mereka yang pernah mendengar mengenai Think Quran tetapi masih belum berkesempatan untuk mencubanya sendiri.

Think Quran merupakan sebuah platform pembelajaran yang membantu pengguna mengenali dan memahami perkataan dalam al-Quran secara berperingkat. Pendekatan yang mudah menjadikannya sesuai untuk mereka yang mahu memulakan perjalanan memahami bahasa al-Quran mengikut kemampuan dan masa sendiri.

Pembaca yang mahu mengetahui lebih lanjut atau mencuba sendiri boleh melayari https://thinkquran.ai.

Think Quran Sebagai Platinum Sponsor

Lebih istimewa, Think Quran turut menjadi Platinum Sponsor bagi Mufti Menk Live in Malaysia 2026.

Program kali ini membawa tema:

“None of This Life Is Wasted: The Qur’an’s Response to Hurting Hearts.”

Tema ini membawa mesej yang sangat dekat dengan kehidupan manusia. Setiap daripada kita pernah melalui ujian, kehilangan, kekecewaan atau keadaan yang membuatkan hati tertanya-tanya mengapa sesuatu perkara perlu berlaku.

Perkongsian Mufti Menk ini bakal membawa peserta melihat bagaimana al-Quran memberikan panduan, harapan dan perspektif ketika berhadapan dengan perjalanan hidup yang mencabar.

Mufti Menk Live in Malaysia 2026

Berikut merupakan maklumat program:

Program: Mufti Menk Live in Malaysia 2026
Tarikh: Ahad, 1 November 2026
Lokasi: World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)
Penganjur: Faith Events
Platinum Sponsor: Think Quran
Tema: None of This Life Is Wasted: The Qur’an’s Response to Hurting Hearts

Bagi mereka yang mahu menghadiri program ini, tiket boleh didapatkan melalui pendaftaran rasmi Mufti Menk Live in Malaysia 2026.

Jumpa Think Quran di WTCKL

Kalau anda akan hadir ke Mufti Menk Live in Malaysia nanti, jangan hanya datang untuk mengikuti program utama.

Ambillah peluang untuk singgah dan alami sendiri pengalaman bersama Think Quran. Cuba aktiviti yang disediakan, sertai lucky draw, rebut hadiah eksklusif dan kenali bagaimana teknologi boleh membantu perjalanan kita memahami perkataan al-Quran.

Mungkin kita bermula sekadar mahu mencuba.

Tetapi siapa tahu, daripada satu pertemuan kecil itu bermulanya satu perjalanan baru untuk kita semakin dekat dan memahami al-Quran.

Insya-Allah, jumpa pada 1 November 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur.


Spread the love
author avatar
Amirul Fahim