TH Lantik 31 Syarikat PJH Sah Musim Haji 2026
KUALA LUMPUR, 24 OKTOBER 2025 – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pelantikan 31 syarikat pelancongan yang diberikan lesen rasmi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi musim Haji 1447H / 2026M.
Menurut Ketua Jabatan Haji, Tuan Haji Mohd Hisham Harun, pelantikan ini dibuat selepas Jawantankuasa Urusan Haji menjalankan penilaian menyeluruh terhadap 60 permohonan. Hasil semakan yang meliputi aspek keupayaan kewangan, pematuhan undang-undang, rekod pengurusan jemaah, dan prestasi operasi menunjukkan 31 syarikat layak diluluskan berbanding 37 syarikat pada musim sebelumnya.
Beliau berkata, pelantikan ini mencerminkan komitmen berterusan TH dalam memastikan semua PJH beroperasi mengikut piawaian, garis panduan dan syarat yang ditetapkan, selaras dengan tanggungjawab TH sebagai peneraju urusan haji negara.
TH turut menasihatkan bakal jemaah supaya berhati-hati dengan tawaran haji daripada pihak tidak berlesen, kerana sebarang aktiviti sebegitu melanggar Akta Tabung Haji 1995 dan boleh dianggap sebagai penipuan (scam).
Orang ramai digalakkan menyemak senarai rasmi PJH berlesen melalui portal: www.tabunghaji.gov.my
Senarai 31 Syarikat PJH Berlesen Musim Haji 1447H / 2026M
- TH Travel & Services Sdn Bhd
- Al Balad Travel & Tours Sdn Bhd
- Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd
- Amani Travel Sdn Bhd
- Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
- Az Safir Travel And Tours Sdn Bhd
- Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
- Busyra Holidays Sdn Bhd
- CS Holidays Sdn Bhd
- Eiman Travel & Tours Sdn Bhd
- Felda Travel Sdn Bhd
- Gemilang Travel And Tours Sdn Bhd
- Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd
- In Saff Travel And Tours Sdn Bhd
- Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd
- JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd
- Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd
- Juara Travel & Tours Sdn Bhd
- Kembara Umrah Sdn Bhd
- KRS Travel Sdn Bhd
- KUJDT (Tiara Mass Travel & Tours Sdn Bhd)
- Mahabbaten Travel & Tours Sdn Bhd
- MIMM Travel & Tours Sdn Bhd
- Qashwa Travel Sdn Bhd
- Rayhar Travels Sdn Bhd
- Rehlah International Travel & Tours Sdn Bhd
- Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn Bhd
- TITIM Travel Sdn Bhd
- Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd
- Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd
- Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd
TH menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau agensi yang menawarkan pakej haji tanpa lesen, dan menyeru semua umat Islam di Malaysia agar hanya berurusan dengan PJH yang sah dan diluluskan oleh TH.
