Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Sultan Pahang keenam bagi menggantikan ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah.
Pengumuman berhubung pelantikan berkenaan dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Jumaah Pangkuan Diraja Negeri, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dalam satu majlis khas di Istana Abu Bakar di sini hari ini.
Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah naik takhta sebagai Sultan Pahang yang baharu dan akan dimasyhurkan pada 15 Januari 2019.
Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, bertitah 30 Ahli Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang bermesyuarat di Kuala Lumpur, semalam bersetuju dengan sebulat suara.
“Dalam keadaan sedih dan dukacita saya dan keluarga terima hakikat bahawa ayahanda (Sultan Ahmad Shah) tidak lagi boleh memikul tugas dan tanggungjawab sebagai pemerintah.
“Mesyuarat yang saya pengerusikan semalam juga bersetuju dan meluluskan pindaan Bahagian 1 Perkara 9A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang untuk memberi kuasa kepada ahli majlis jumaah untuk menurunkan takhta raja disebabkan kegeringan yang besar dan berat.
Pindaan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang ini hanya membabitkan Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang dan tidak perlu dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
7 Comments
Tahniah Tuanku! Tahniah rakyat Pahang!
Jemput ke laman Tasneem : https://www.tasneemnaturel.com/2019/01/18/rupanya-ini-cara-yang-betul-untuk-longgarkan-kahak-bayi/
Dirgayahu Tuanku Sultan Pahang. Antara sultan berjiwa rakyat dan berperwatakan sederhana. Semoga panjang umur menaungi rakyat jelata.
Sultan Ahmad Shah sama seperti Sultan Kelantan sebelum ini, ‘terpaksa’ turun takhta kerana gering. Rakyat Pahang bukan sahaja bersyukur dapat Sultan baru, juga bersyukur Sultanah Pahang bertudung!
Curahan rasa ahmadyani @ ..10 Ebook Terbitan Klikjer Paling Laris Tahun 2018
Semoga sultan Pahang yang baru ini dapat menyambung pemerintahan di negeri Pahang jauh lebih baik dari sultan sultan terdahulu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Tips Mulakan Bisnes Tudung Dengan Mudah
Tentunya rakyat Pahang mahu sultan baru lebih baik dari sultan terdahulu. Dahulu hanya Sultan Ahmad Shah yang selalu turun ke bawah, Sultanahnya jarang. Sekarang kedua-kedua Sultan dan Sultanah suka turun memesrai rakyat.
Curahan rasa ahmadyani @ ..10 Ebook Terbitan Klikjer Paling Laris Tahun 2018
berita baik dan mengembirakan buat rakyat Pahang…
terus makmur dan sejahtera bawah pemerintahan sultan Pahang yang baharu
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman Mendebarkan Menanti Hari Pembubaran Perkahwinan
Tahniah rakyat pahang. Sultan naik takhta jadi YDPA Ke-16. Daulat Tuanku. Semoga berkarisma memimpin Malaysia.
Artikel terbaru di blog : https://emassilver.com/blog/2019/01/cara-membeli-emas-fizikal-betul-emassilver/
Comments are closed.