Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Kaedah yang betul mempromosi bisnis baru“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi teknik buat banyak duit dengan jual beli saham yang dirahsiakan oleh pakar saham.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Baru-baru ini Abang terjumpa kawan lama yang dulu trade saham sama-sama di BIMB pada tahun 1996 dan 1997. Dah lama tak jumpa apa lagi kami mengopi sambil bercerita kisah nostalgia lama. Sahabat Abang untung banyak ketika saham naik mengila pada tahun 1995 – 1997 tetapi akhirnya rugi lebih banyak apabila saham BSKL merudum pada tahun 1997 – 1999. Beliau berhutang beratus ribu dengan bank, Abang pun tak sampai hati nak tanya hal hutang tersebut.
Soalanya pertama yang dia tanya pada Abang masih trade saham BSKL ke? Jawapan sudah pasti tidak pernah berhenti bermain saham sejak menjinakkan diri pada tahun 1993. Kalau ada berhenti pun untuk berehat sementara menunggu masa yang sesuai untuk membeli.
Jadi katanya pasti sekarang Abang banyak melabur di BSKL sebab saham tengah mengila. Abang kata adalah sikit-sikit untuk cari duit kopi. Dia kata kan pasaran saham tengah mengila, boleh buat duit banyak kenapa tak labur banyak. Sahabat Abang faham sangat turun naik saham dan prestasi saham sekarang sedang mengila naik seperti trend 20 tahun lepas. Saham ini memang ada putaran turun naiknya. Trend kenaikan pasaran saham dunia tahun 2017 sama seperti trend kenaikan pada tahun 1995 – 1997. Pada tahun 2006 – 2007 juga ada kenaikan tetapi tidak sehebat kenaikan tahun 1997 dan 2017.
Kaki saham memang sedang mengila buat duit sekarang. Senyum sampai ke telinga sebab hari-hari untung. Guru dan Sifu saham pun sedang aktif mengajar pemain-pemain saham baru dan lama cara baca graf teknikal dan memberi tips kaunter saham terbaik untuk buat duit banyak.
Daripada pengalaman Abang ada tiga kumpulan pelabur akan masuk pasaran pada waktu berbeza :
- Ramai pelabur akan masuk pasaran apabila trend kenaikan saham bermula sehingga pasaran saham sampai ketahap kemuncak.
- Ada pelabur yang ketinggalan perahu hanya masuk pasaran saham ketika trend mula menurun kerana terpengaruh keuntungan kawan-kawan yang sudah masuk pasaran lebih awal.
- Sebahagian kecil pelabur pula menunggu pasaran saham jatuh banyak dan akan masuk pasaran apabila harga-harga saham mula menunjukkan indikasi untuk naik. Contohnya harga saham Tenaga Nasional Bhd sekarang RM14.32, bila pasaran merudum, harga boleh jatuh sehingga 50% kepada RM7. Apabila harga mula naik pelabur ini mula membeli dengan banyak contohnya pada harga RM7.50. Dalam tempoh mungkin setahun pasaran saham akan kembali pulih katalah saham TNB kembali pada harga RM10, berapa banyak pelabur ini sudah untung.
Kalau kita belajar cara bapa saham dunia Warren Buffet membeli saham pasti kita boleh jadi kaya raya. Contohnya Warren Buffet telah mengumpul saham Apple berjuta-juta unit setahun sebelum pasaran saham Nasdaq dan Dow Jones pecah rekod ke tahap tertinggi dalam sejarah pasaran saham. Mark zuckerberg pengasas Facebook telah melepaskan empat kali sahamnya bernilai berjuta-juta dollar ketika pasaran saham Nasdaq pada tahap tertinggi.
Berkshire started buying shares of Apple in mid-2016 and ended the year with about 59 million shares in the tech company. In early January, Berkshire more than doubled that stake to 133 million shares. The increased stake gives Berkshire about 2.5% of Apple’s outstanding shares.
Teknik buat banyak duit trade saham yang dirahsiakan oleh pakar saham
Majoriti pelabur saham yang hebat akan membeli saham yang berpotensi ketika pelabur-pelabur lain tidak kisah untuk membeli. Ini yang jarang di ajar oleh guru dan sifu saham. Majoriti daripada kita mengejar ketika harga saham mula mengila. Ketika ini pelabur yang telah membeli saham awal menunggu masa untuk melepaskan saham secara berperingkat-peringkat. Majoriti daripada pelabur ini akan membuat keuntungan beratus-ratus kali ganda dan ada yang menjadi jutawan senyap yang jiran sendiri pun tidak tahu.
Pengalaman Abang masa pasaran saham mengila pada hujung tahun 1995 – 1997, ramai yang buat sangat banyak duit ketika pasaran melonjak tinggi tapi akhirnya rugi berlipat kali ganda apabila market jatuh teruk. Apabila untung banyak majoriti pelabur akan melabur balik dengan lebih banyak dengan harapan akan dapat untung berlipat kali ganda. Ketika ini emosi ketamakan telah mengawal diri. Musuh terbesar kepada seorang pelabur saham adalah EMOSI dan ramai yang kecundang.
Kesimpulannya untuk buat duit sangat banyak dalam jual beli saham sebenarnya bukan membeli banyak saham ketika saham naik mengila tetapi membeli ketika baru nak naik selepas jatuh teruk. Masa pasaran saham naik maksima adalah masa untuk menjual saham-saham yang sudah dibeli lebih awal. Kepada yang sedang aktif jual beli saham berhati-hati sebab bila pasaran tidak akan beri warning bila ianya akan jatuh menjunam. Pemain-pemain saham yang besar mempunyai dana beratus juta dollar, mereka kejam akan menjunamkan pasaran saham ketika pemain-pemain runcit sedang khayal keseronokan. Lihat carta saham di atas tu ketika pasaran saham BSKL menjunam pada tahun 1997 – 1998 dan 2008 – 2009 tanpa belas kasihan, ramai yang rugi berpuluh, beratus dan ada yang berjuta ringgit sehingga ada yang bunuh diri.
Masa saham di puncak adalah masa untuk menyimpan dana sebanyak mungkin untuk persediaan membeli saham apabila pasaran naik semula selepas jatuh menjunam. Sekarang kalau nak cari duit kopi boleh tapi gunakan hanya 10 – 20% sahaja daripada dana yang ada.
Ini adalah teknik buat banyak duit dengan jual beli saham yang dirahsiakan oleh pakar saham.
Nota : Baca juga artikel menarik di bawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
53 Comments
keuntungan beratus kali ganda la yg kita cari tapi nak buat tu bukan senang.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Thor: Ragnarok
Kalau tiada ilmu main saham ni boleh rugi Ooo. Kena belajar dulu kalau nak turut serta.
Curahan rasa Sani @ ..16 Fakta Pemasaran Instagram Yang And Patut Tahu Untuk Berjaya Dalam Bisnes Instagram
baik sangat tuan sebuah ilmu rahasia dishare percuma di blog tak rugi selalu datang blog ini
Curahan rasa Bujang @ ..Ada sesiapa lagi belum join Facebook Grup Denaihati Network?
Inilah kelebihan kepada sesiapa yang rajin singgah blog Denaihati dan baca info-info yang dikongsikan di blog ini..
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Jawab Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41
selain isu semasa dan tips blogging, DH rajin sangat kongsi tips bisnes yg banyak bantuk usahawan yg baru nak mula
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Thor: Ragnarok
Blogger-blogger yang masih hijau mesti datang dan belajar banyak ilmu di denaihati.com ni. Rajin-rajinlah singgah 🙂
Curahan rasa Sani @ ..16 Fakta Pemasaran Instagram Yang And Patut Tahu Untuk Berjaya Dalam Bisnes Instagram
Zero knowledge pasal saham ni 😅😅 bila baca entri ni faham la siket2 hee.
Curahan rasa Nur Razali @ ..Resepi Smoothie Paling Mudah Disediakan, Sedap dan Berkhasiat
Tahniah puan.. Itulah kelebihan orang yang suka membaca.. kalau tak baca mungkin sampai ke sudah kita tak tahu.. betul tak?
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Jawab Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41
nasib baik terbaca entri ni, dpt sedikit ilmu pengetahuan tentang dunia saham.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Thor: Ragnarok
saya memang belum berani untuk main saham..
saya main benda lain sahaja untuk buat duit
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Bisnes Online Yang Menguntungkan
Banyak cabang nak buat duit ni.. sebaiknya pelbagaikan cabang dalam pelaburan supaya tak bergantung kepada satu pelaburan semata-mata..
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Jawab Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41
sama. belum sampai tahan nak main saham. kita buat bisnes lain dulu. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Red Velvet di Astro Ria
jutawan senyap. entah entah jiran kita yang nampak bersederhana tu sebenarnya jutawan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Red Velvet di Astro Ria
Betul kan?
Melalui pelaburan saham sesiapa sahaja boleh menjadi rakan niaga sesebuah syarikat dengan membeli saham-sagam syarikat yang di jual di bursa Saham..
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Jawab Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41
Kena belajar jinakkan diri dengan main saham lepas ini. Tapi kena tambah ilmu didada dulu.
Curahan rasa Sani @ ..16 Fakta Pemasaran Instagram Yang And Patut Tahu Untuk Berjaya Dalam Bisnes Instagram
ilmu juga boleh diperolehi apabila praktik trade saham kerana teori belajar saham saja tidak mencukupi.
kalau jenis betul2 pulun nak dapatkan laba yang banyak…siap menghadap aps graf tu sepanjang masa hehe..pengalaman nanti akan ajar bila nak beli bila nak jual huhu
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Handphone Fidget Spinner K188 Pertama Di Dunia Keluaran Chilli
Tu lah… Kawan saya yang terlibat dengan Forex dan saham, kerjanya mengadap graf setiap hari… Sekurang-kurangnya pada waktu pagi dan petang….
Curahan rasa Anuar @ ..Pengalaman Jawab Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41
betul. dulu2 pelik jugak kenapa asyik dok tgk nomor dan graf je rupanya sibuk kumpul duit dgn main saham
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Red Velvet di Astro Ria
Assalamualaikum Wrmbth & Salam pagi isnin tuan
.
Maznee doakan minggu ini semuanya Allah lancarkan urusan
Amin
Rahsia ilmu kalau dah dapat, tapi kalau tak diamalkan pun tak dapat hasil juga
Dah tahu ni apa lagi
Amalkan terus
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..17 Makanan tambah darah merah untuk ibu hamil! Elak anemia
Betul tu.. Setuju.. Dah ada ilmu kena amalkan.. Kalau tak jadi sia-sia..
Curahan rasa Anuar @ ..Pengalaman Jawab Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41
kata orang bijakpandai saham “beli time org tengah panik, jual time orang tengah tamak”, tapi selalu yg terjadi, orang beli kita beli orang jual kita jual… huhu
Curahan rasa abg mus @ ..Bagaimana Cara Memulakan Menggunakan Bitcoin
Dalam pelaburan saham ni kena sabar, peka dan bijak menghidu peluang..
Sebab tu kena mahir kedua-dua analisis..
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
Guna hanya 10-20% dari dana yang ada. Dont put all your eggs in one basket. Gittewww..
Bagus tips ni, tuan! Thanks for sharing
Betul tu saya setuju.. pelbagaikan cabang pelaburan supaya kalau satu pelaburan rugi, ada pelaburan lain yang boleh cover balik..
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
Idea yang menarik.. saya suka dengan idea ini.. boleh manfaatkan untuk kebaikan masa depan..
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
pelaburan mcm ni tak sia sia. ini semua untuk masa depan kita dan keluarga
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Red Velvet di Astro Ria
Tak sia-sia jika ilmu ada di dada.. kalau asyik rugi, agak sia-sia juga la kan hehe
Curahan rasa JMR @ ..Pengalaman Pertama Dayyan ke Kidzania Kuala Lumpur
tak banyak pakar saham yang rela berbagi tipsnya seperti tuan ini memang sangat untung bila selalu ke blog ini
Curahan rasa Bujang @ ..Ada sesiapa lagi belum join Facebook Grup Denaihati Network?
Ya. Betul..
Penulis blog ini merupakan orang yang cukup berpengalaman dalam bidang pelaburan dan perniagaan
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
Ada ilmu yang diamalkan secara senyap senyap, nak tahu kena bertalaqi sebab si pengajar hanya ajar orang yang serius nak belajar saham sahaja.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
Cara paling efektif nak belajar ilmu pelaburan saham ni kena belajar secara face to face dengan guru..
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
Boleh belajar kedua-duanya sekali.. analisis fundamental dan analisis teknikal.. harap satu hari nanti saya dapat mengikut jejak langkah tuan Haji Amir.
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
betul tu tuan..saham trader ni byk yang diam-diam buat duit..sbb cara ni bukan mcm bisnes lain yg perlukn network/team utk make profit..ada sorg2 dok lepak dlm bilik pun boleh untung besar..
Curahan rasa JMR @ ..Pengalaman Pertama Dayyan ke Kidzania Kuala Lumpur
Pada tahun 1995-1997 masa tu saya baru berumur belasan tahun.. internet pun tak tahu nak guna lagi.. zaman tu tuan haji Amir dah mula bermain saham.. Fuh kagum..
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
Banyak ilmu pelaburan saham yang boleh dipelajari dari blog Denaihati ni..
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
Main saham ni nampak mudah.. tapi kalau tak ada ilmu boleh menyebabkan pelabur mengalami kerugian
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
Tapi setakat ni saya tengok kawan-kawan saya yang terlibat dalam pelaburan saham sentiasa tersenyum gembira..
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
Kena rajin baca blog Denaihati supaya dapat ilmu-ilmu dan pengalaman berharga daripada tuan Haji Amir..
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
Info yang sangat berguna dari pelabur saham lejen yang telah terbukti berjaya. Folo sifu!
Tuan Yusnizam pun tak kurang hebatnya dalam pelaburan saham dan hartanah… nak follow sifu jugak..
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
NI antara Master sifu yang disegani di Malaysia ni.. bermula dr bawah dan tak toleh ke belakang lagi tu
Curahan rasa JMR @ ..Pengalaman Pertama Dayyan ke Kidzania Kuala Lumpur
Comments are closed.