Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara selesai pada 12.45 tengah hari tadi.
Mesyuarat yang dipengerusikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin itu berlangsung selama lebih satu jam.
Mesyuarat bermula 11.15 pagi itu dihadiri semua Raja-raja Melayu, kecuali Kelantan.
Turut berangkat Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Pemilihan itu diadakan susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Januari lepas.
Kenyataan rasmi mengenai pelantikan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad petang ini.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, kata sumber-sumber.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pula sekali lagi dipilih sebagai timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Allahuakbar.
Raja tetap diRaja.
9 Comments
terima kasih sudah di share artikel nya sangat lah menarik semoga bermanfaat bagi yang lain . i like it
Daulat Tuanku! Sultan negeri saya ni. Walaupun tak dilahirkan di Pahang tetapi saya membesar di negeri ini. Bangga bila Sultan Pahang jadi Agong.
Curahan rasa Pendekar @ ..Keadilah Untuk Adib : “Muhammad Adib Datang Kuil Bukannya Mahu Mencetuskan Rusuhan” – Netizen
Tahniah kerna sultan Pahang terpilih untuk menggantikan sultan Kelantan yang menjadi Agong sebelum ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Cara Menyediakan Minuman untuk Menurunkan Kadar Kolesterol
alhamdulillah, tepat sekali pelantikan Sultan Pahang kali ini. mujur lah suasana negara harmoni yang saya rasa pertama kali Agong meletak jawatan.
insyaALLAH semuanya akan baik-baik saja. Sultan Pahang yang baru pun down to earth orangnya.
Curahan rasa Pendekar @ ..Bilakah Matahari Akan Terbit Dari Barat?
Semoga baginda juga bakal menjaga kebajikan rakyat di bawah takluknya nanti. Semoga Allah panjangkan usia baginda
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Cara Menyediakan Minuman untuk Menurunkan Kadar Kolesterol
Daulat Tuanku..aku bangga Sultan Pahang manjadi Agong kali ini. sebab setiap kali nak balik Besut, aku akan melalui jalan Pahang..kalau tak guna LPT 2, biasanya aku akan ikut jalan Bentong-Raub-Gua Musang..
Moga yang baik-baik untuk rakyat dan raja kita
Curahan rasa JMR @ ..Strategi Bebas Hutang Guna Teknik Snowball.
boleh pulak ikut gua musang nak pi Besut eh? mana lebih dekat? baru tahu sebenarnya ni.
Curahan rasa Pendekar @ ..Tempahan Homestay Murah di Johor Bahru Yang Murah Dan Selesa
Betul juga tu, kalau lalu kena tabik hormat pada sultan yang memerintah ya.
Sultan Terengganu lambat lagi nak naik semula jadi Agong
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Cara Menyediakan Minuman untuk Menurunkan Kadar Kolesterol
Comments are closed.