Pelajar SMK Bandar Tun Hussein Onn Cheras, manusia kalkulator Malaysia menang tempat kedua di Asia Got Talent

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penyertaan Yaashwin Sarawanan dalam rancangan realiti terkenal Asia Got Talent, sememangnya amat membanggakan negara.

Digelar ‘Manusia Kalkulator’, kepintaran remaja berusia 15 tahun dalam menyelesaikan perkiraan matematik membuatkan dirinya dikenali ramai.

Setelah tiga minggu menyertai pertandingan realiti tersebut sehingga layak ke peringkat akhir, Yaashwin Sarawanan telah dikalahkan oleh Eric Chen dari Taiwan, seterusnya mendapat tempat kedua di Asia Got Talent musim ke-3.

Tempat ke-2 di AGT!

‘Human Calculator’ banggakan Malaysia!

Walaupun mendapat tempat kedua, Yaashwin Saravanan dianggap sebagai hero kerana kejayaannya benar-benar membanggakan, seterusnya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Pada peringat akhir, persembahan Yaashwin yang memakai jubah konvokesyen telah mencuri tumpuan ramai apabila berjaya menjemput kesemua juri ke atas pentas, dan memberikan kuiz matematik.

Konsep ‘Back to School’ yang diketengahkan Yaashwin amat menarik sekali.

Sempat lagi kenakan Alan!

Berjaya ajak semua juri dan hos ke pentas!

David Foster enjoy kelas matematik Yaashwin!

Minat matematik sejak kecil!

Pelajar SMK Bandar Tun Hussein Onn, Cheras!

Yaashwin lebih layak menang!

Selepas selesai persembahan pertandingan Asia Got Talent semalam, ramai yang telah meninggalkan komen memuji persembahan Yaashwin Saravanan yang dianggap sebagai hero rakyat Malaysia.

Mereka turut berpendapat bahawa Yaashwin lebih layak memenangi pertandingan tersebut, memandangkan belum pernah bakat mahir dalam kalkulator menjuarai Asia Got Talent.

Yaashwin made Malaysia proud!

Congats Yaashwin!

Tahniah diucapkan kepada Yaashwin Saravanan kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia, seterusnya memperkenalkan Malaysia kepada ramai. Semoga terus berjaya!

Sumber : OMM, AsiaGotTalent

6 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!