Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur alhamdulillah sekali lagi pihak Denaihati Network akan menganjurkan majlis Sepetang Bersama Blogger untuk tahun yang ketiga. Cepat betul masa berlalu, diam tak diam, sudah masuk tahun ketiga kita menganjurkan majlis yang dapat merapatkan ukhwah diantara blogger, pengiat sosial media dan pembaca.
Tahun 2014 membuka lembaran baru yang ceria dengan persetujuan syarikat minuman terkenal Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad untuk menjadi penaja utama majlis SBB2014. Ini merupakan penghargaan yang sangat besar kepada industri penulisan blog tanahair apabila jenama besar yang tersenarai di BSKL seperti Yeo’s sudi untuk bekerjasama dengan Denaihati Network. Sebagai tanda terima kasih kepada penaja utama SBB2014 kali dinamakan sebagai Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014. Hashtag rasmi untuk masjlis ini adalah #SBB2014 #SBBYEOS2014.
Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 akan diadakan pada hari Sabtu, 8hb Mac 2014 di Saloma Bistro, Jalan Ampang. Lokasi baru di pilih untuk memudahkan Rakan Blogger datang menaiki kenderaan awam iaitu bas, monorel dan LRT. Atas pemintaan ramai penganjur akan membawa top blogger Malaysia seperti Redmummy, Ben Ashaari, Shafie Bustan, Zarul Husin dan beberapa top blogger lain (menunggu maklumbalas) yang akan bersama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman.
Seperti biasa hadiah cabutan bertuah menjadi tarikan utama untuk dimenangi oleh para peserta SBBYEOS2014 yang bertuah. Barisan gajet seperti iPhone 5s (3 unit), iPhone 5c (1 unit), iPad Mini (1 unit), Sistem Navigasi Garmin (2 unit), tidak lupa hadiah lain seperti pakej percutian dan banyak lagi menanti untuk dimenangi oleh para tetamu yang hadir pada majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s pada kali ini. Yuran pendaftaran sebanyak RM20 dikenakan kepada semua peserta. Selain berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah peserta akan dihidangkankan dengan makanan yang enak (ada cendol dan kambing golek) dan juga akan mendapat berbagai hadiah daripada penganjur seperti t-shirt, buku Denaihati dan lain-lain. Memang rugi sangat kalau tak join.
Pihak penganjur juga menyediakan Tapak Jualan kepada rakan blogger yang aktif berniaga secara online. Yuran penyertaan Tapak Jualan adalah RM100 dan tempat sangat terhad siapa cepat dialah yang dapat. Jangan lepaskan peluang untuk mempromosikan jenama anda kepada dunia.
Bagi menambahkan kemeriahan majlis pada tahun ini, pihak penganjur beberapa aktiviti pra-SBBYEOS2014.
1. Pendaftaran akan melayak untuk cabutan bertuah mingguan yang menyediakan hadiah wang tunai yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014.
- Minggu pertama : RM100 x 3
- Minggu ke dua : RM80 x 5
- Minggu ke tiga : RM50 x 5
- Minggu ke empat : RM20 x5
2. Rakan-rakan boleh daftar ikut cabaran affiliate dengan menjadi affiliater untuk mempromosi SBBYEOS2014 di blog, facebook, twitter dan instagram. 5 hadiah misteri akan disediakan kepada top 5 affiliater. Memang bebaloi hadiah yang disediakan yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014. Link cabaran affiliate setelah daftar seperti ini http://sbb.my/?affiliates=c81e728d9d4c2f636f067f89cc14862c
3. Mini Contest dengan beberapa hadiah gajet terkini jenama Samsung impian ramai tajaan Yeo’s. Pemenang akan diumumkan di majlis SBBYEOS2014. Sebagai tanda terima kasih jom follow Facebook Yeo’s Malaysia.
Jangan berlengah lagi, mari kita daftar sebagai peserta dan menempah tapak jualan sekarang di halaman rasmi Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 atau klik banner di bawah.
Pihak penganjur sedang berbincang dengan beberapa syarikat untuk menjadi co-sponsor SBB2014 doakan semuga berjaya. Kepada individu dan syarikat jangan lepaskan peluang untuk menjadi co-sponsor SBB2014 kerana produk anda akan mendapat pendedahan besar-besaran. Kepada yang berminat untuk mengetahui kelebihan menjadi co-sponsor sila rujuk Pakej Penaja.
Semuga ALLAH permudahkan semua urusan dan majlis ini memberi manafaat kepada semua. Sebarang pertanyaan sila kirimkan pesanan di Facebook Denaihati Network.
No related posts.
186 Comments
den sudah daftar , pertama kali nak pergi nih…hehe
Curahan rasa papa mifz @ ..Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014
hadiah yang mengancam jiwaaa…
Curahan rasa QZ92 @ ..Senarai Jawapan Guess The EMOJI
Tempat yang sangat strategik sebab dekat dengan LRT dan Monorel. Senang dan memudahkan blogger yang tak ada kenderaan macam saya ini..hehe. InsyaAllah, kalau tak ada aral melintang, ingin juga menyelitkan diri.
Curahan rasa Aini Zakaria @ ..Custom Made Sticker Kereta
wow ! menarik juga aktiviti begini terutama melibatkan top blogger Malaysia!
Curahan rasa kakiblog @ ..Kursus Latihan Pengendali Makanan Sarawak Terbaik
Dah daftar dan Insya Allah… Jika tiada aral melintang akan sampai ke sana.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Jom Daftar Ramai-Ramai Di SBB 2014 Bersama Yeo’s Malaysia
cuma satu kalimat yang dapat terucap yakni wow luar biasa. mampir juga disini
http://andikaputra803.blogspot.com/2014/01/hosting-murah-berkualitas-shehostercom.html
Saya pun masih 50-50 lagi sebab cuti memang susah nak approve
Curahan rasa wazy @ ..Review Filem Jangan Pandang Belakang Boleh?
teringin sekali nak join tapi bila tgk tarikh 8 mac terus jadi 50-50 disebabkan masa tu ada kat perlis….kalau ada rezeki boleh lah join….lagipom nak try tanya member blogger yg rapat kalau dia nak join sb nanti keseorang pulak saya kat sana…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Siapa Kata Buat Blog Senang
Bro apasalahnya dataang sorang sebab di sbb2014 terlalu ramai kawan-kawan blogger yg kita sudah kena atas talian dan ini peluang terbaik utk meluaskan network … tak kan nak kawan dengan yg kita dah kenal je???
Curahan rasa denaihati @ ..Harga sebenar iklan di blog
In shaa Allah saya datang walaupun seorang aja sebab harapan saya dapat kenal sahabat alam blog ini termasuk tuan Amir Denaihati.From Buloh Kasap To Saloma Bistro.You Never Walk Alone Again.. 🙂
FF. DT kan ada.
heeeee
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Rindu Nak Menaip
Assalammualaikum..bro denaihati,
wahh dapat gi best nie.. tak pasi lagi dapat gi ker tak?..
mselim3
Curahan rasa mselim3 @ ..Segmen Jom Beramah Mesra
Dah daftar dan bayar hari ini. Insya Allah…mu tunggu aku datang ke mari.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Ilmu Blogspot Blogger Malaysia
semua hadiah grand2..mmg beruntung sape yg pergi nanti..dpt mengenali rakan blogger jugak..beznye
Curahan rasa yumida @ ..Ilmu Blogspot Blogger Malaysia
yessszzaaa.. saloma bistro.. Mu tunggu aku datang!!!
Curahan rasa eXplorasa @ ..Cara buat passport untuk kanak-kanak
Alhamdulillah, dah pun daftar dan bayar tadi. Harap tahun ni boleh hadir, anak isteri juga hadir … tapi mungkin melepak di sebelah Saloma Bistro .. 🙂
Harapnya dapat timba lebih banyak ilmu blogging dari mereka yang dah berjaya… in Sha Allah.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Sepetang Bersama Blogger (SBB) dan Yeos 2014
majlis yang tidakpatut dilepaskan oleh para blogger….. disinilah kita dapat berhimpun….
Curahan rasa Doctor Blogger @ ..Khasiat Habbatus Sauda Atau Biji Jintan Hitam
Comments are closed.