Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah, beberapa majlis (SBB 2012/2013, Seminar WordPress, Private Training) anjuran Denaihati Network sebelum ini mendapat sambutan dan maklum balas yang baik daripada rakan-rakan blogger sehingga mendapat liputan media massa. Kali ini pihak Denaihati telah merancang satu lagi majlis ilmu untuk rakan-rakan blogger iaitu Seminar Buat Duit Dengan Blog (SBDDB).
Ramai yang menjadi blogger kerana ingin menjana pendapatan setelah melihat cek besar yang dikongsikan Blogger Eyriqazz dan Shakiddo. Namun begitu, ramai blogger hanya tertumpu kepada satu teknik semata-mata iaitu pengiklanan dan akhirnya kecewa kerana kurang mahir dengan teknik menjana pendapatan dengan blog. Dalam seminar kali ini, kita akan berpeluang untuk mempelajari beberapa teknik lain seperti affiliate, e-book dan sebagainya yang ada sesetengahnya tidak pernah dicuba. Beberapa rakan blogger berpengalaman dan telah menjana pulangan lumayan dari aktiviti blogging akan berkongsi bagaimana mereka melakukan pelbagai aktiviti penjanaan pendapatan mereka.
Seminar Buat Duit dengan Blog
- Tarikh : 19/5/2013
- Lokasi : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
- Masa : 8.30 am – 1.30 pm
- Seminar akan menggunakan Bahasa Melayu
- Yuran penyertaan RM50 sehingga 11/5/2013. Selepas tarikh 11/5/13 yuran penyertaan adalah RM100.
Siapa yang boleh menyertai seminar ini?? Seminar ini bukan hanya untuk Blogger sahaja tetapi terbuka untuk :
- Suri Rumah yang mencari pendapatan sampingan
- Pelajar Sekolah berusia 15 tahun ke atas
- Siswa/Siswi Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
- Penganggur sangat-sangat diwajibkan
- Blogger ensem dan cantik
- Aktivis Sosial Media
- Kakitangan swasta, badan berkanun dan awam
- dan Semua yang berminat menjana pendapatan sampingan secara online
BERMINAT??? Tempat terhad hanya untuk 300 peserta pertama. Untuk mendaftar sila klik SINI.
INSENTIF PESERTA SEMINAR
Berbagai insentif menarik akan disediakan untuk peserta Seminar Buat Duit dengan Blog antaranya :
- Cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah gadget terkini yang menarik seperti iPad mini dan package kembara Kemboja.
- Hadiah istimewa untuk peserta ke 100, 200, 300 dan 400.
- Dan insentif-insentif lain yang akan diumumkan.
RAKAN NIAGA DENAIHATI
Blogger dan Aktivis Sosial media juga diberi peluang untuk menjadi Rakan Niaga Denihati. Pendaftarn percuma dan mendapat link affiliate “Seminar Buat Duit dengan Blog” untuk dipromosi di Blog, Facebook dan Twitter. Setiap peserta seminar yang didaftar melalui link affiliate Rakan Niaga Denaihati akan mendapat komisen RM5. Kepada yang berminat menjadi Rakan Niaga Denaihati sila daftar di SINI.
Insentif Untuk Rakan Niaga Denaihati
- Tambahan komisen RM100 untuk yang mendaftar 10 peserta.
- Tambahan komisen RM200 untuk yang mendaftar 20 peserta.
- Tambahan komisen RM300 untuk yang mendaftar 30 peserta.
- Tambahan komisen RM400 untuk yang mendaftar 40 peserta.
- Mendapat sebuah iPad Mini 16GB untuk yang mendaftar 50 peserta.
Kepada semua yang dah mendaftar menjadi Rakan Niaga Denaihati apa lagi mulakan kempen dan dapatkan insentif yang menarik.
PENAJA
Kepada Syarikat, Usahawan Persendirian dan Rakan Blogger ingin jenama mereka menjadi tatapan ratusan Blogger bolehlah menjadi sebagai PENAJA. Tajaan boleh dibuat dalam bentuk wang tunai, gadget, perkhidmatan dan produk. Semua nama penaja akan disiarkan di blog Denaihati dan di umumkan oleh MC dalam majlis SBDDB. Blog Denaihati akan menyediakan satu ruang advetorial khas untuk penaja yang melebihi nilai RM1000. Kepada penaja yang melebihi RM3000 selain satu ruang advetorial juga disediakan gerai khas untuk mempromosi produk. Yang berminat sila DM Blogger Anarm.
SOALAN
Jika ada sebarang persoalan sila bertanya di SINI (pastikan anda menjadi rakan FB Denaihati).
Semuga SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG akan dapat membantu Rakan Blogger menjadikan Blogger sebagai kerjaya profesional yang bukan sekadar mendapat pulangan lumayan tetapi memberi manafaat kepada seluruh alam.
243 Comments
saya dah ntar email copy bayaran pendaftaran..tolong sahkan jika telah diterima
Curahan rasa kak baery @ ..TELEKUNG SULAM VIETNAM – HITAM
pengen sih ikutan biar bisa buat duit di internet. next time mungkin 😀 . salam kenal semua
Curahan rasa layakbaca @ ..WOW 7 Makanan ini Dapat Membahayakan Bumi
Wah.. menarik seminar ni.. semoga berjaya kepada yang menyertai seminar ini..
Curahan rasa Aya @ ..Seram! Implan Payudara Wanita Ini Tergantung Keluar dari Dadanya
wah, nak kena join ni. kalau tak melepas la Hanif Menhad
Curahan rasa Hanif Menhad @ ..CARA MEMASANG PLUGIN TOP KOMENTATOR DI BLOG
nanti dah pergi bolehlah share ilmu. hehehehe!!
Curahan rasa Lizz @ ..Cantiknya Al-Quran Pelangi Madinah
jom la join sekali.. he he
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Konvokesyen UiTM KE-78 Dan Seminar Buat Duit Dengan Blog
wah, makasih artikelnya yg sangat bermanfaat ini. bagus dan menarik artikel untuk di baca. thanks
Curahan rasa Article Populer SEO @ ..Masterbet88 Grand Opening Promo Bonus 50% Sportsbook dan Casino Online
tuan. ada hadiah untuk pemakain paling sporting tak? kalau ada nak pakai baju zorro ni.. heee
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Senaman Yang Paling Ringkas
ok dah buat entri khas untuk seminar ni
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Konvokesyen UiTM KE-78 Dan Seminar Buat Duit Dengan Blog
Wah Bagus seminar nie….tanya sikit, Kalau buat duit dari blog dan mendapat pulangan yang lumayan…kena bayar cukai juga ker?
Curahan rasa My Ritz @ ..10 Orang Paling Kreatif di Dunia Teknologi
Cukai mesti kena bayo
assalamu alaikum wr.wb, apa kah orang yang dari luar malaysia , bisa ikut join, gak ? tolong di balas yah ?
Curahan rasa WilLy Wijaya @ ..Pepe Pasrah Jika ‘Dibuang’ Jose Mourinho
wah, asik banget tapi sayangnya gak bisa ikut join…tapi selamat buat agan agan yang lagi ikut seminar
Curahan rasa WilLy Wijaya @ ..Pepe Pasrah Jika ‘Dibuang’ Jose Mourinho
wah, nampak mcm sangat menarik. sayang tak dapat join.
Curahan rasa khairil @ ..Trend Di Internet Yang Diterangkan Melalui Kartun Kucing Yang Comel
bagus yagh seminarnya.. dapet duit lgi
Insyallah kalini akan turut serta jika tiada halangan 🙂
Curahan rasa areliff @ ..Pekin Ibrahim Bercinta Dengan Uqasha Senrose?
jommm.. bole jumpa.. he he
InsyaAllah..akan join.. mintak mintak takde urusan time tuh
Curahan rasa Norfanil @ ..4 Lelaki Yang Akan di Tarik Masuk Neraka. Tanggungjawab Seorang Lelaki
Siang DenaiHati Team,
Saya mau tanya, apakah dari luar Malaysia bisa mengikuti seminar ini. Terima Kasih.
Curahan rasa Riki @ ..Best Stroller
seluruh Nusantara bisa ikut seminar ini
Curahan rasa denaihati @ ..iPhone 5 Gadget Serbaguna yang Jimatkan Belanja
wah ..bro DH amat power..sy nk join tp masa tu sy ada hal pulak..hmm
Curahan rasa syaifuddin alias @ ..Trafik Blog Bila Tak Update
Comments are closed.