Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
apabila sebut mengenai tidur, kita mesti terbayangkan waktu untuk merehatkan otak dan badan selepas penat bekerja. Tetapi bolehkah kita tidur lena jika pasangan kita atau rakan serumah tidur berdengkur? Dan kita jugak tidak tahu adakah selama ini kita tidur berdengkur yang menganggu tidur orang.
Berdengkur ialah bunyi bising semasa bernafas, di mana sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang itu tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain.
Siapa di antara anda yang mempunyai masalah dengkur?
Ramai Pasangan Alami Masalah Berdengkur
Penulis juga mempunyai masalah dengkur dan rata-rata ramai lagi kawan atau pasangan kepada kawan yang memaklumkan juga mengalami masalah dengkur yang sama. Dengkur boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:
Peringkat pertama – berdengkur yang ringan dengan 4 atau 5 kali dengkuran kemudiannya berhenti dan seterusnya diulangi lagi.
Peringkat kedua – berdengkur yang sederhana iaitu berdengkur berterusan selama 10 hingga 15 minit dan bunyinya yang sama rata.
Peringkat ketiga – berdengkur yang SERIUS diikuti dengan berhentinya pernafasan sehingga terjaga. Kemudiannya akan menarik nafas yang dalam dan keadaan ini diulanginya secara berterusan. Dengkuran ini dipanggil ‘sleep apnea’.
Peringkat ini semakin teruk dan boleh membawa kesan yang teruk jika tidak di cegah pada peringkat awal.
Cara mengatasi masalah dengkur
Berdengkur adalah satu fenomena biasa yang telah wujud ketika orang tidur. Kajian dan analisis berdasarkan kekerapan berdengkur menunjukkan bahawa lelaki adalah pendengkur lebih kerap berbanding wanita. Namun demikian, pelbagai tips juga sering diberi untuk mengatasi masalah tersebut seperti kurangkan berat badan, tidur mengiring, hindari ubat sedatif dan mendapatkan rawatan hidung.
Penulis mencadangkan Citrex Asonor. Semburan ke dalam hidung telah diuji dan direka untuk menyelesaikan masalah dengkur. Caranya mudah, hanya dengan beberapa pam semburan Citrex Asonor sebelum tidur.
Kebaikan Citrex Asonor
• Melegakan sehingga 76% daripada dengkuran
• Membantu untuk mengurangkan dengkur
• Meningkatkan kualiti tidur dan keletihan siang hari.
• Tidak sterodial dan boleh digunakan untuk rawatan jangka panjang.
• Mudah digunakan.
• Rekabentuk khas sistem sistem jet semburan hidung.
• Diuji secara klinikal
• Produk yang diimport dari Denmark
Citrex Asonor yang diedarkan oleh Pharmaniaga ini amat berkesan sekali. Mereka menunjukkan kajian klinikal bahawa masalah dengkuran dapat dikurangkan sehingga 76%. Jadi, ia memberikan jalan penyelesaian kepada golongan yang tidur berdengkur kuat ini. Mudah dibawa ke mana-mana dengan saiz 30ml yang dianggarkan penggunaan untuk sebulan.
Bagi yang ingin mencuba dan menyelesaikan masalah tidur berdengkur ini, dapatkan segera secara atas talian di DenaiSell.com
Kurang berdengkur. Tidur yang lebih baik!
33 Comments
Bagi yang ada masalah macam ni ada bagusnya cuba. Kasihan kat orang sebelah yang tak selesa dengan bunyi masa tidur ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap
MAsalah dengkur ni biasa terjadi bila penat. Kadang saya pun sama. Sekali sekala ada bunyi masa tidur.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap
Kalau terlalu penat, boleh jadi saya berdengkur semasa tidur, tak sedar sebab terlalu penat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
Thanx mas infonya,, Cocok nih obat buat bapak ane yang tidurnya mendengkur mulu..
Memang pening dengar orang berdengkur malam-malam. Family members saya pun ramai. Macam macam bunyi ada bila kita terjaga.
Curahan rasa rahimah majid @ ..Tempahan Penginapan Melalui Agoda Di Batalkan. Salah Siapa ?
Dulu masa bujang duduk sebilik dengan kawan plus size, malam malam je berdengkur 🙁
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
Model tu macam kenal je..
Ya.. Berdengkur terlalu kuat akan memberi rasa kurang selesa kepada pasangan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kisah Duit Bukan Segala-galanya
Syukur pasangan saya tidur lena, tak ada bunyi yang mengganggu saya tidur 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
kalau ada yang mendengkur bikin tidur jadi gak nyaman. penyakit apa ini? ditunggu komen backnya om
Curahan rasa CARA BUAT BURUNG TWITTER TERBANG DI BLOG @ ..CASHTREE BERIKAN HADIAH HONDA SCOOPY DALAM EVENT 1ST ANNIVERSARY
Anak saya ada masalah berdengkur, rasanya boleh dah cuba produk ini.
Curahan rasa mysensasi @ ..Cara Merawat Ekzema Dan Psoriasis Penyakit Kulit Pada Bayi
Bagi yang ada masalah dengkuran ni boleh cuba. Mana tahu boleh kurangkan bunyi waktu tidur malam. Cuba dulu baru tahu.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..12 Tanggungjawap Suami Menurut Ustaz Azhar Idrus
Bagi yang ada masalah dengkuran ni boleh cuba. Mana tahu boleh kurangkan bunyi waktu tidur malam.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..12 Tanggungjawap Suami Menurut Ustaz Azhar Idrus
Assalamualaikum,
Review yang baik dari tuan tentang cara mengatasi masalah berdengkur. Cuma dari padangan saya, ada beberapa perkara penting lain yang perlu diperhatikan. Sebab logiknya takkanlah kita nak bergantung dengan penggunaan produk sepanjang hidup kita untuk mengatasi masalah dengkur.
Banyak punca sebenarnya yang menyebabkan masalah dengkur. Antaranya selalu mengamalkan makan waktu malam, terutamanya sebelum tidur.
Cara terbaik ialah kembali kepada amalan sunnah. Nabi tidak tidur dalam keadaan terlampau kenyang. Dan kaedah tidur Nabi juga terbukti sangat membantu dari segi kesihatan dan juga kualiti tidur.
Curahan rasa Perawat Sihir @ ..[Video] Ayat Pendinding Sihir
Betul juga tu. Cuma untuk permulaan boleh guna ubat ni juga. Sambil-sambil tu boleh ubah gaya hidup kita seperti ini juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..12 Tanggungjawap Suami Menurut Ustaz Azhar Idrus
boleh aje guna ubat ni.. dah dikira seperti ikhtiar selain berdoa pada sang pencipta.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Belajar Buat Blog
Setuju, elak tidur berdengkur dengan menjaga kesihatan supaya kos belanja kesihatan dapat diminimumkan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Komisyen Kesepuluh Dari Uber
review yang bagus, moga melegakan pasangan yang hadapi masalah berdengkur ni
Curahan rasa ajumohit @ ..Shapee, jenama Bra Menyusu yang selesa dan berkualiti
Bagus jugak ada citrex asonor.. kadang2 kita tak sedar diri kita ni tidur berdengkur, orang lain yang akan dengar dan buktikan.. haha
Curahan rasa muhammad nizam @ ..RESIPI CEKODOK SARDIN
Saya pernah dapat ubat yg dimasukkan ke dalam hidung macam ni semasa menghadapi masalah sinusoidal pada tahun lepas..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Tapi saya tak guna pun ubat tu… sebab masa tu bulan Ramadhan..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
tak pasti masa tidur berdengkur atau tak.. harap harap tak. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kerja dari Rumah dengan iLancee
Kena tanya famili atau kawan yang serumah dan tidur lewat dari kita 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Komisyen Kesepuluh Dari Uber
Comments are closed.