Sebab apa pinjaman bank selalu kena tolak?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah tak anda ingin buat pinjaman dengan pihak bank tetapi takut permohonan anda tak diluluskan oleh pihak bank? Ini adalah satu perasaan yang normal bagi setiap orang yang ingin buat pinjaman seperti rumah, kad kredit, peribadi dan kereta.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Sebenarnya, jika kita tahu perkara yang pihak bank inginkan, maka tak perlu lagi risau kerana sudah tahu dan yakin bahawa permohonan akan diluluskan oleh pihak bank. Maksudnya, sebelum membuat permohonan pinjaman, kita sendiri sudah boleh membuat kira-kira sama ada layak atau tidak.

kisah malang di kaunter bank

Ada beberapa faktor penting yang perlu kita tahu sebelum mohon sebarang bentuk pinjaman dari pihak bank.

1. Jenis Pekerjaan & Pendapatan

Perkara pertama yang pihak bank akan lihat adalah pekerjaan kita sama ada bekerja dengan majikan atau mempunyai perniagaan sendiri. Bagi individu yang bekerja dengan majikan, pekerja sektor awam mempunyai skor yang lebih tinggi (mudah lulus) berbanding pekerja sektor swasta.

Manakala bagi individu yang bekerja dengan majikan serta mempunyai pendapatan yang tetap setiap bulan, lebih mudah lulus berbanding individu yang mempunyai pendapatan yang tidak tetap.

Pihak bank biasanya akan meminta untuk berikan tiga bulan penyata gaji bagi berpendapatan tetap dan enam bulan penyata gaji jika pendapatan tidak tetap.

Selain itu, pekerja yang bekerja dalam sektor yang kritikal dan berisiko tinggi juga akan menentukan sama ada permohonan pinjaman mudah lulus atau tidak. Contoh seperti pekerja dalam bidang oil & gas yang dapat dilihat ramai yang dibuang kerja kerana sektor tersebut sedang mengalami kemurungan ekonomi. Hasilnya, pihak bank sukar untuk meluluskan individu yang berlatarkan sektor tersebut.

biskut raya KHM

2. Jenis Pinjaman

Tahukah anda bahawa setiap jenis pinjaman itu mempunyai tahap kelulusan yang berbeza? Maksudnya ada jenis pinjaman yang mudah lulus dan ada juga jenis pinjaman yang sukar untuk lulus oleh pihak bank. Contohnya, pinjaman perumahan lebih sukar untuk lulus kerana tempoh masa pinjaman adalah sehingga 30 tahun.

Sebaliknya, pinjaman peribadi lebih mudah untuk mendapat kelulusan kerana jumlah yang dipinjam agak kecil berbanding pinjaman lain. Walaupun begitu, kadar faedah pinjaman peribadi adalah sangat tinggi berbanding pinjaman perumahan.

Pengurusan kewangan bijak

3. Komitmen

Secara amnya, jika kita mempunyai banyak komitmen atau hutang dengan bank, semakin sukar untuk membuat pinjaman dengan pihak bank untuk yang seterusnya.

Hal ini kerana pihak bank sudah melihat komitmen yang tinggi menyebabkan risiko untuk gagal dalam pembayaran semula pada masa akan datang.

Jumlah komitmen dikira melalui kadar Debt Service Ratio (DSR). Kadar ini adalah nisbah komitmen bulanan terhadap pendapatan anda. Nisbah yang lebih besar ditafsirkan sebagai risiko tinggi, dan peluang untuk mendapat kelulusan bank akan berkurangan. 

Hutang yang terlalu banyak adalah antara punca utama kenapa permohonan pinjaman tidak diluluskan oleh pihak bank. Oleh itu, sebelum memohon pinjaman, pastikan kita sudah menyusun semula kewangan dengan baik.

Setiap bank dan jenis pinjaman mempunyai kadar DSR yang berbeza. Jika DSR yang diberikan oleh pihak bank adalah rendah, ini bermakna permohonan pinjaman tersebut adalah sangat ketat dan sukar untuk lulus jika pendapatan rendah.

Tetapi, jika kita tidak mempunyai sebarang bentuk pinjaman dengan pihak bank juga akan menyebabkan pihak bank sukar untuk memberi pinjaman kepada anda! Ini adalah perkara yang sering berlaku dan ramai yang masih tidak tahu.

Sebelum ingin memohon pinjaman perumahan atau kereta, kita digalakkan untuk mempunyai pinjaman lain yang lebih kecil dengan pihak bank seperti kad kredit atau pinjaman peribadi. Dua jenis pinjaman untuk jangka masa pendek ini membantu permohonan pinjaman yang seterusnya.

Jika hutang terlalu tinggi dan membebankan, buat penyusunan semula pembayaran hutang.

4. Laporan kredit

Faktor seterusnya yang kita perlu ambil kira adalah berkenaan laporan kredit anda. Laporan in dikira berdasarkan laporan CCRIS, dan pihak bank akan melihat pembayaran semula ansuran bulanan.

Cara penghitungan laporan kredit berbeza mengikut bank masing-masing. Secara amnya, jika hutang sedia ada berjaya dibayar dalam masa yang ditetapkan, laporan akan menunjukkan skor yang tinggi.

Kita boleh menggunakan merujuk kepada agensi laporan kredit untuk mengetahui skor kewangan semasa. Agensi seperti RAM Credit Information (RAMCI) menyediakan laporan kredit tetapi kita perlu membayar untuk perkhidmatan mereka.

5. Dokumen Tambahan

Akhir sekali, terdapat beberapa dokumen tambahan yang kita perlu sediakan untuk memastikan permohonan pinjaman anda mudah untuk diluluskan. Dokumen tersebut adalah seperti penyata simpanan sama ada di akaun Tabung Haji, ASB atau akaun simpanan, dan paling penting adalah bayaran cukai individu kepada LHDN jika kita memang layak.

Dokumen ini akan membantu meluluskan permohonan pinjaman dengan mudah. Penyata simpanan menunjukan bahawa kita adalah seorang yang baik dalam pengurusan kewangan. Manakala bayaran cukai individu pula menunjukkan semua pendapatan kita adalah sah dan telah dibayar cukai.

Lebih penting lagi adalah nama anda tidak pernah disenarai hitam oleh pihak bank atau tersenarai dalam AKPK.

Jika anda mampu mengikut dan menyediakan semua perkara diatas, permohonan anda bukan sahaja mudah untuk lulus malah kelulusan juga akan menjadi lebih cepat.


Spread the love

4 Comments

  1. Ramai yang fail bab pengurusan kewangan, nak-nak dr segi dokumentasi. Benda ni bukan hari ni buat, esok dapat tgk hasilnya. Kena berterusan dan berpanjangan..j

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!