‘Salute’ dengan pendirian Mia Sara apabila tolak tawaran berlakon produksi Muslim

Salute dengan pendirian adik Mia Sara apabila dia menolak tawaran berlakon beberapa produksi disebabkan syarat yang tidak masuk akal.

Siapa yang tak kenal dengan adik Mia Sara, daripada kecil dah berkecimpung dalam dunia lakonan. Semua watak yang di bawa hebat-hebat belaka.

Mia Sara ambil keputusan untuk berhijab sejak lima tahun lepas. Dan sejak itu tawaran berlakon semakin berkurang.

Luahkan rasa kecewa

Disuruhnya untuk buka tudung apabila ditawarkan berlakon oleh penerbit seorang Muslim. Secara tidak langsung, membuatkan hati adik Mia Sara terguris.

“selepas saya pakai tudung memang tawaran berlakon kurang. Ada yang saya terpaksa tolak sebab mereka minta saya buka tudung. Mungkin sebab itu orang ingat saya dah tak berlakon lagi.”

“Apa yang membuatkan saya lebih kecil hati, apabila, segelintir produksi yang memang sudah kenal saya dan ambil saya berlakon sejak kecil minta saya buka tudung.”

Tetap teguh dengan pendirian diri

Menurut Mia, dia lebih rela tidak berlakon daripada perlu membuka tudung. Dia tetap teguh dengan prinsipnya.

Isu ini telah mendapat perhatian netizen di twitter dan rata-rata sangat marah dan ingin nama penerbit yang menetapkan syarat tersebut didedahkan di media sosial.

Rata-rata netizen luahkan rasa kagum terhadap pendirian Mia Sara dan bangga dengan jawapan yang diberikan apabila ditemu ramah.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!