Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Buah durian adalah sangat sinonim di Negara Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang minat dengan durian, bahkan boleh dikatakan sebagai hantu durian apabila musim buah itu tiba.
Walaubagaimana pun, setiap kali tiba musim ‘raja buah’ pasti ada pembeli yang mengeluh, apabila merasa diri mereka tertipu selepas membeli durian pada harga tinggi sedangkan kualitinya tidak seberapa.
Lebih mengecewakan, apabila pulang ke rumah mendapati bahawa buah durian yang dibeli mengkal (tidak masak), busuk, tawar, isi berwarna putih dan sebagainya.
Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Leftenan Kolonel (B) Che Hassan Che Johan berkata, sudah tiba masanya pihak kerajaan campur tangan memperkenalkan harga siling buah durian klon, mengikut gred.
“Sebagai contoh harga buah durian jenis Musang King mempunyai gred A, B dan C, harga siling ditetapkan berdasarkan gred buah dan tindakan diambil kepada peniaga menjualnya lebih tinggi daripada harga yang telah ditetapkan,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.
Beliau mengulas laporan media sebelum ini, mengenai sikap segelintir peniaga durian yang menjual buah tersebut, mengikut model kereta yang digunakan pembeli.
“Bukan semua orang mampu membeli durian, lebih-lebih lagi mereka mempunyai anak yang ramai.
“Sebagai contoh apa perasaan seorang ayah kepada lima orang anak yang hanya mampu membeli sebiji dua buah durian tetapi apabila pulang ke rumah mendapati buah yang dibeli rosak atau isinya keras,” katanya.
Che Hassan berkata, alasan yang diberikan harga durian tidak boleh dikawal kerana ia buah bermusim adalah tidak wajar lagi.
Beliau menasihati pengguna agar membawa bekas ketika membeli buah durian agar mereka tidak mudah tertipu.
“Nasihat saya apabila beli buah durian, jangan bawa balik sekali dengan kulit, sebaliknya kupas durian dan letak isi dalam bekas terlebih dahulu,” katanya.
Sumber: BERNAMA
6 Comments
Saya makan durian pun sekadar 1 – 2 ulas sahaja, tak makan banyak melainkan dipelawa atau dibelanja.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Apa Nak Buat Kalau Gaji Tak Cukup
kerajaan sepatutnya mengawal harga durian. kesian.. harga naik mengalahkan harga saham haha
Curahan rasa Laila @ ..“Kuda Dah Mati, Turunlah Jalan Kaki”.
Harga boleh lah mahal selagi ada demand, tapi kalau kat negara kita ni, demand tak pernah dan tak mungkin susut rasanya kan 🙂
Curahan rasa Syaz Rahim @ ..Berjumpa Diri Sendiri di Masa Lalu
hehe.. dengar cerita ada peniaga tetapkan harga mengikut jenis kereta yang dipandu oleh bakal pembeli.. parah macam tu hehe
Curahan rasa JMR @ ..KIsah Suri Rumah Selesaikan Hutang Setengah Juta
teringin pulak saya nak makan durian…
mudahan ada rezeki la selepas ini.
kalau harga mahal memang susah la orang yang kurang mampu nak makan rajia buah ini
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tarikh 7.7 berhantu untuk kaki shopping
Duduk negara yg pengeluar durian pun harga mencekik macam mana. Saya sokong kalau boleh kawal harga sebab mahal sangat.
Comments are closed.