Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semalam ada laporan mengenai pengumuman penutupan 14 buah sekolah selama empat(4) hari di Pasir Gudang, Johor berkaitan masalah pencemaran udara oleh Exco Kesihatan Johor.
Terbaru, jumlah itu berkemungkinan akan bertambah apabila dua buah sekolah lagi terlibat dengan masalah itu. Sekolah yang dimaksudkan ialah Sekolah Menengah Tanjung Puteri Resort dan Sekolah Rendah Tanjung Puteri Resort.
Menurut salah seorang penjaga pelajar terlibat yang sempat kami hubungi, Puan Julie Juliana, puluhan orang pelajar telah diserang sesak nafas dan dihantar ke hospital menaiki ambulans.
“Para pelajar dikumpulkan di Stadium Pasir Gudang sebelum menerima rawatan atau dihantar ke hospital. Pihak sekolah juga telah menghubungi ibu bapa untuk datang ke sekolah bagi menjemput anak masing-masing pulang ke rumah,” kata beliau.
Beberapa pelajar SK Tanjung Puteri Resort dan SMK Tg Puteri Resort di Johor dibawa menaiki ambulans setelah alami #sesaknafas pagi ini pic.twitter.com/2dJUs5LsX4
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 24, 2019
Kejadian ini dikatakan mula berlaku di antara jam 8 hingga 9 pagi tadi, melibatkan puluhan pelajar di dua buah sekolah terbabit.
[Foto] Insiden sesak nafas: Murid-murid di SK Tanjung Puteri Resort yang terjejas diberi bantuan, ibu bapa turut hadir bawa pulang anak masing-masing pic.twitter.com/TjbWrStBxX
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 24, 2019
Tambahnya lagi, sebuah lagi sekolah iaitu SK Taman Pasir Putih juga mengalami masalah sama. Namun, usaha kami untuk menghubungi pihak sekolah gagal.
Setakat ini pihak sekolah masih lagi belum mengumumkan mengenai penutupan sekolah akibat kejadian ini. Mungkin pengumuman mengenainya akan dibuat tidak lama lagi.
Sumber: FB Julie Juliana , SK
One Comment
Isu yang sama berulang lagi. Di manakah puncanya? Semoga pihak yang bertanggungjawab perlu melakukan siasatan terperinci kali ini.
Curahan rasa JMR @ ..Tumbuk Dan Tendang Suami.
Comments are closed.