Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada 12 September 2012 (hari Rabu) yang lepas syarikat Kumpulan Al Ansar dengan kerjasama eQurban.com, Denaihati.com dan Bio Cypress Extra telah mengadakan majlis sambutan “Riang Ria Aidilfitri” bertempat di Restoran Tupai-Tupai, Jalan Bukit Petaling, KL. Ramai juga jemputan yang hadir pada hari tu tapi sayang rakan blogger tak ramai yang datang. Mungkin sebab event berlangsung pada waktu office hour. Jadi ramai yang tak dapat hadir sebab ada komitmen kerja di pejabat.
Kalau tak silap cuma 4 orang rakan blogger je yang datang. Blogger MatJoe, Eyriqazz, Cik Lily dan Kak Ina KL. Terima kasih sebab sudi datang. Kalau lagi ramai blogger yang datang mesti lagi best.
Di samping tu juga diadakan Pra Pelancaran Air Minuman Kesihatan Bio Cypress Extra di mana ianya telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim yang turut hadir di majlis pada hari tu. Pembuka majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Pengarah Urusan Kumpulan Al Ansar, Tuan Hj. Muhamad Khanafi Husin.
Sedikit info tentang air minuman Bio Cypress Extra – Ianya merupakan produk hasil kajian intensif selama lebih 30 tahun oleh seorang gemologist dari Malaysia, Dr. Hisham bin Hashim serta seorang pakar etnologi, Dr. Hj Abd Manan bin Embong. Air Bio Cypress mengandungi mineral alkali yang tinggi terdiri daripada Garam Kristal Hunza, Ekstrak Amber Pokok Cypress, Ekstrak Daun Cypress, Air Zam–Zam dan Air Gau. Khasiatnya insyaAllah mampu menyembuhkan penyakit-penyakit seperti kencing manis, batu karang, gout, sakit saraf, sakit kepala, darah tinggi dan sebagainya. Maklumat lanjut tentang air Bio Cypress Extra boleh baca di laman web www.BioCypress.com.
Menambahkan lagi ‘mood’ keseronokan majlis Riang Ria Aidilfitri pada hari tu dengan adanya hidangan makanan dan minuman yang sangat menyelerakan.
Sambil menjamu selera hadirin dihiburkan dengan nyanyian nasyid dari artis jemputan iaitu Mu’adz Dzulkefly dan juga persembahan silap mata. Ramai yang ternganga mulut bila tengok meja terbang!
Majlis pada hari tu cukup meriah walaupun tak ramai blogger yang datang. Mungkin next time jika diizinkan oleh Allah kita kumpulkan lebih ramai blogger join event seperti ni. InsyaAllah..
Kepada Rakan Blogger yang berminat nak buat duit lebih dengan menjadi agen Biocypress Extra bolehlah klik website BioCypress dan contact admin untuk dapat maklumat lanjut.
No related posts.
72 Comments
Walau apapun, tahniah buat Bio Cypress Extra dpt menghasilkan satu minuman kesihatan utk pasaran tempat dan pasti akan dieksport ke luar negara. Insya Allah pasti berjaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tiga Tahun Akan Datang! – Perancangan Dan Impian Yang Ingin Dicapai.
Bila minum air ini, tak payah susah2 makan ubat lain utk sembuhkan penyakit yg dihadapi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tiga Tahun Akan Datang! – Perancangan Dan Impian Yang Ingin Dicapai.
Setiap keluarga perlu dibekalkan minuman ini di rumah sebagai minuman harian. Berapa harga sebotol dgn isipadunya 1000ml@1Liter?.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tiga Tahun Akan Datang! – Perancangan Dan Impian Yang Ingin Dicapai.
Seorg anak tempatan menghasilkan produk hasil kajian intensif selama lebih 30 tahun oleh seorang gemologist dari Malaysia, Dr. Hisham bin Hashim serta seorang pakar etnologi, Dr. Hj Abd Manan bin Embong. Kebolehan mereka amat terpuji.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tiga Tahun Akan Datang! – Perancangan Dan Impian Yang Ingin Dicapai.
Blogger yg datang tu pasti teruja dpt menikmati air minuman kesihatan secara percuma pada majlis tersebut.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tiga Tahun Akan Datang! – Perancangan Dan Impian Yang Ingin Dicapai.
Patut di minum air sebegini, bersih, suci, halal lagi dpt menyembuhkan berbagai penyakit.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tiga Tahun Akan Datang! – Perancangan Dan Impian Yang Ingin Dicapai.
blogger2 hebat ja yang hadir.. hehe..
Curahan rasa CMRatu @ ..Kenapa Alexa Rank Menurun
Teringin juga nak join, tp kdg2 masa amat cenuru bro…he3x!!!
Curahan rasa yas @ ..Tahniah Buat Shila Amzah – Juara Asian Wave 2012
Akativiti di KL, luar KL pasti tak dpt datang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tiga Tahun Akan Datang! – Perancangan Dan Impian Yang Ingin Dicapai.
mana nak dptkan air ini..
Curahan rasa auc dot com @ ..Terapi Azan
Ke mana air ini di pasarkan. Pasti di supermarket ada ye.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tiga Tahun Akan Datang! – Perancangan Dan Impian Yang Ingin Dicapai.
Dah ada di pasaran ka ni? nak try beli la juga.
Curahan rasa Naziman @ ..Review jana pendapatan melalui adf.ly
alah, rugi x dpt join..
Curahan rasa syu90 @ ..FARHANS LUCKY DRAW – RM50 UNTUK DIMENANGI!
saya nak datang last minute haritu, tapi segan.. hehehe.. tapi petang tu dapat join ngopi kat NZ pun jadi laaa.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Model Trudy & Teddy di Kenduri Kahwin
Terima kasih sudi menjemput saya dan geng yang lain.
Seronok dapat hadir.
Curahan rasa kak ina kl @ ..Sedih Tapi Gembira
Aduhai kak in kl, dapt bersama di majlis itu, pasti sedawa dpt merasai makanan yg di hidangkan dan dpt try air minuman kesihatan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tiga Tahun Akan Datang! – Perancangan Dan Impian Yang Ingin Dicapai.
betul tu sensasi2020..makanan pun sedap..air minuman bio cypress extra pun elok untuk kesihatan
Curahan rasa kak ina kl @ ..Kueh Baulu Sedap
SEMUA MAKANAN YANG TERSEDIA ENAK2 BELAKA…
Curahan rasa Nana @ ..17 Terbunuh Di Pakistan Dalam Protes Ganas
Air biocypress extra ni memang luar biasa, walaupun nampak macam air mineral biasa jer, tapi tempoh hari waktu saya dah terlalu penat sebab kurang tidur dan perlu ke menguruskan pelbagai kerja dalam hari yang sama, minum air biocypress ni memberikan tenaga lebihan yang diperlukan… berbaloi-baloi…
Ingatkan tempoh hari nak pergi juga majlis ni, tapi tiba di kuala lumpur agak lewat dan terlalu letih.
Curahan rasa Eizil @ ..Perancangan dan impian yang ingin dicapai
Singgah siang2, jadi terliur melihat makanan yang terhidang.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Pertandingan Liga Inggris : Manchester City vs Arsenal
tengok gambar saja la kita bang iwan….
Curahan rasa Nana @ ..17 Terbunuh Di Pakistan Dalam Protes Ganas
Comments are closed.