Assalamualaikum wbt.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada bro denaihati kerana memberi kepercayaan untuk saya menulis disini. Terima kasih juga kepada beliau kerana beliau merupakan orang pertama yang memperkenalkan twitter kepada saya.
Berbalik kepada topik. Setakat ini ramai yang dah tau tentang potensi twitter. Banyak kelebihan-kelebihan menggunakan twitter. Yang paling famous sekarang ni saya rasa sudah tentulah potensi buat duit terutamanya dengan churpchurp.
Berkenaan dengan program buat duit twitter, saya ada mendapat soalan soalan seperti bagaimana nak cari follower, kenapa tak dapat job di churpchurp dan banyak lagi. Ada sesetengahnya telahpun saya jawab semampu saya, sesetengahnya saya tak sempat nak jawab sebab ianya bukannya straight forward. Bukan setakat YES or NO. Bukanlah bila bagi satu tips terus akan jadi dan dapat job dari advertiser.
Kelebihan twitter
Berbanding kepada persoalan dapat job atau tidak, saya rasa lebih tertarik untuk menulis berkenaan potensi twitter. Ianya bukan sekadar untuk buat duit atau bersosial menghabiskan masa lapang, tetapi sebenarnya lebih dari itu. Potensinya jauh lebih besar. Terpulang kepada kita untuk menggapainya.
Ini tidak bermakna buat duit dengan twitter tak bagus. Saya sendiri pun menyertai banyak program-program buat duit dengan twitter. Takkan saya nak kata tak bagus pula. Cuma kita mau melihat lebih daripada itu.
Saya faham kadang-kadang ada juga rasa kecewa bila tak dapat job, saya sendiri pun kadang-kadang rasa macam tu. Sebab itulah penting untuk kita memandang kehadapan. Jom tengok apa potensi twitter.
1. Networking
Kelebihan yang paling utama dengan twitter ialah networking. Jika sebelum ini kita cuma bina network dengan orang-orang yang sekeliling kita sahaja, sekarang kita boleh pergi lebih jauh dengan twitter. Berbeza dengan social network yang lain seperti facebook dimana biasanya kita akan approve orang-orang yang kita kenali sahaja, di twitter biasanya kita selesa bertweet , berkongsi informasi dengan orang yang tidak kita kenali secara rapat. Ini bermakna network kita bukan setakat di Malaysia tetapi hingga ke seluruh dunia.
Yang paling penting kita faham, di twitter people are following interest.
Sejak dari awal diperkenalkan kepada twitter, saya suka menggunakan kata-kata ini :
“Birds of the same feather tweets together”
Ini bermakna, kita senang untuk berhubung dengan sesiapa yang ada persamaan dengan kita. Baik dari segi minat, bahasa, mahupun kerjaya.
Apa faedahnya networking?
Networking membuka lebih banyak peluang. Mungkin peluang kerja. Mungkin peluang bisnes ribu-ribu. Berbagai-bagai kemungkinan lagi. Lagipun saya tengok pengguna twitter kat Malaysia ni pun bukan calang-calang orangnya.
2. Bina Pengaruh
Di twitter juga kita boleh bina influence dalam mana-mana bidang yang kita suka. Kalau kita suka filem, kita jadilah orang yang paling tahu pasal filem, kalau kita suka open source kita jadilah pakar dalam open source. Apa yang penting kita perlu minat dalam bidang tersebut. Berkongsi apa yang kita minat sampailah kita menjadi rujukan dalam bidang tersebut.
Ada orang follow saya sebab saya ni suka cerita pasal buat duit di twitter, bukanlah dapat banyak sangat pun dari twitter ni, cukup lepas hosting domain, duit beli ebook dan sedikit modal untuk buat eksperimen kat internet. Saya berkongsi sebab saya suka bidang ini. Kebetulan ada knowledge sikit-sikit untuk dikongsi. Kalau nak dibandingkan dengan pakar-pakar duit twitter yang lain, tak layak pun nak bercerita.
Tetapi itulah twitter, tak semestinya mesti jadi seorang yang betul-betul hebat untuk dapat membina pengaruh. Kalau ditwitter pun boleh jadi celebrity tau. Twitter Celebrity.
Kalau nak fikir pasal income, sebenarnya bila dah ada influence, lagi banyak boleh dapat income. Advertiser tentu suka advertise dekat orang yang berpengaruh daripada orang yang takde pengaruh. Kan?
Yang penting, kita berkongsi informasi. Jangan sebar dakyah bukan-bukan sudah lah ye.
3. Menyebarkan kebaikan
Salah satu kegunaan biasa twitter sekarang ni ialah untuk menyebarkan kebaikan. Contoh-contoh yang paling ialah fund raising untuk bencana alam. Kalau digunakan betul-betul boleh menjadi alat yang ampuh dan tersebar pantas. Katakanlah ada syarikat kat Malaysia ni nak bagi derma, mereka bukalah satu akaun twitter. Untuk setiap retweet mereka akan bayar jumlah tertentu. Sambil mereka menderma sambil itu mesej mereka sampai kepada lebih ramai orang. Fund Raising cuma salah satu contoh menyampaikan kebaikan, banyak lagi cara-cara yang lain yang boleh dibuat.
Sebenarnya perkara ini sudah biasa dibuat oleh celebrity-celebrity dan syarikat-syarikat barat. Ada juga saya pernah tengok blogger Malaysia buat kempen ni. Yang best dekat twitter ni, informasi boleh tersebar cepat macam virus. Kalau ikut istilah marketingnya Viral Marketinglah.
4. Tercari Cinta [Optional]
Haha. Sebut pasal cinta mesti ada yang tersenyum.
Okay! Ini tak apply untuk semua orang.
Saya tambah point ni pun sajer sajer je tau. Tapi memang betul, ada juga yang bertemu dengan pilihan hati di twitter. Hrm. kadang-kadang ada nampat tweet cintan cintun juga daripada kawan-kawan twitter saya. Ada yang dengar-dengarnya bermula di twitter.
Sama-sama doakan agar hubungan yang dah terjalin tu kejinjang pelamin dan bahagia hingga ke akhirat. Jangan lupa, ustaz pesan kena jaga batas dalam pergaulan.
Cuma. Kalau mencari cinta, jangan bila tak jadi bergaduh di twitter pula. Sedih lak tengok tweet-tweet macam tu. Si perempuan tulis macam tu, si lelaki tulis macam ni pula. Tak eloklah.
Khas untuk yang dah berkahwin pula, saya tak bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku jika anda ikut tips ni. Serious.
Okay?
Baiklah sebenarnya banyak lagi potensi twitter yang ada macam , traffik ke blog, menang contest, customer service dan macam-macam lagi faedah. Tetapi cukuplah ditulis 3 sahaja – yang satu lagi tu tambah suka-suka.
Sebenarnya yang saya nak sampaikan ialah twitter bukan terhenti sekadar buat duit dengan program-program pengiklanan di twitter. Jadi jangan tension kalau income slow. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Lagipun potensi twitter tu pun banyak lagi. Yang paling penting, teruskan bertweet dan membina network.
Kalau anda sedang join program-program buat duit twitter jangan lah pula berhenti. Kepada yang nak join, jangan teragak-agak , join jer. Orang kata sambil menyelam minum air. Sambil bertweet , berduit.
Keterangan Penulis : Entri Potensi Twitter Bukan Sekadar Duit Twitter adalah hasil karya Zuls yang merupakan seorang blogger yang antara paling awal bersama denaihati. Blog beliau Zulseffort.com penuh dengan panduan dan tips yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama bertwitter dan berblogging.
185 Comments
memang tak dinafikan twitter boleh buat duit dan terutama boleh menyampaikan informasi secara pantas…tp cam mana ye nak dapatkan follower yg ramai tanpa mengeluarkan modal? hehe
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Drama Seribu Kali Cinta Dalam Slot Akasia di TV3
Kongsi informasi bagus insyallah ramai yg akan follow.
oic, kongsi info yerk. lama tak sembang ng bro. bro kat mana skg ni?
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Drama Seribu Kali Cinta Dalam Slot Akasia di TV3
macam bro denaihati cakaplah.. kongsi info yang bagus dan jangan lupa berkomunikasi dengan rakan twitter.
Curahan rasa zuls @ ..Tutorial Auto DM menggunakan SocialOomph
Saya ni macam tak pernah berkomunikasi dengan rakan twitter jer ni.
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
sebagai orang baru yang menggunakan twitter saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih
Yer la.. banyak input yang boleh kita dapat daripada artikel ni jer.. rasanya ada lagi artikel mengenai twitter di blog DH ni.. terutamanya cara nak menambah pendapatan melalui twitter.
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
macam-macam sekarang ni..lepas fs,fb pas2 twitter lak
Curahan rasa zuriey @ ..Review Movie- Harry Potter and The Deathly Hallow Part1
twitter dah lama, sjk 2006 lagi… cuma kurg popular je kat malaysia nih… hoho…
Curahan rasa Pisyek @ ..13 aurat wanita
Yer la.. bila churp2 muncul, ramai jer yang buka akaun twitter..
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
semua mata duitan! hahaha.. 😀
Curahan rasa Pisyek @ ..Statik – Gelap
Haha.. tapi bagus juga kan kalau ada benda tu, boleh juga menampung kos berblogging terutamanya belanja domain dan hosting.
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
betul… aku igt dari berblog kosong, baik blog tu mampu jana duit untuk tampung kos yg terlibat…
paling jimaatttt!!!! 😀
Curahan rasa Pisyek @ ..Statik – Gelap
Yer la.. broadband ni lagi kena bayar.. biar la hasil daripada berblogging yang tampung kos pembayaran tu kan
Salam,
dulu bro DH ada pernah entrykan pasal twitter di blog blogspot denaihati, kat situlah mulanya saya tahu pasal twitter *ketinggalan betul*…ehehe kalau tak memang tak tahu apa kebendanya twitter nie, tak sangka jugak dengan komuniti yang terbina dari twitter ini dapat mendatangkan hasil.
terima kasih buat saudara zul atas entry ini, memang tidak di nafikan twitter jugak memainkan peranan yang sangat penting dalam menjana trafik ke blog, buktinya blog saya sendiri mempunyai trafik yang boleh tahan jugak dari twitter, rasanya budaya RT memang kena teruskan dan saling membantu barulah sama-sama merasa hasilnya 🙂
Apa pun saya masih lagi dalam peringkat belajar dan mengenali tentang segala2 benda tweet nie 🙂
Curahan rasa yanmie @ ..Layan Movie harry potter and the deathly hallows Part 1
Twitter mempunyai yg sangat besar sebagai platform utk membina jenama terutama menjenamakan blog kita selain itu dgn follower yg ramai boleh menjadi platform jual iklan produk tu pun cara buat duit
sama-sama kak yan, haha dulu pun bro denaihati yang kenalkan twitter ni, memang banyak potensi lain lagi tu..
Kalau dah dapat banyak trafik dari twitter tu kira powerlah tu 🙂
Curahan rasa zuls @ ..Tutorial Auto DM menggunakan SocialOomph
Kalau potensi tu, memang tahu daripada bro DH juga sebenarnya. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
tahniah dan selamat belajar… 😀
Curahan rasa Pisyek @ ..13 aurat wanita
twitter ada potensinya yang tersendiri jika kena dengan gayanya… dapat network dan dapat duit dengan cara yang beretika…
a’ah setuju! memang boleh buat duit dan bina network, part beretika tu yang paling penting! 🙂
Curahan rasa zuls @ ..Tutorial Auto DM menggunakan SocialOomph
Macam juga berblogging.. etika tu benda yan dimestikan bagi semua blogger..
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
itu yang kita mahukan.. 😀
Curahan rasa Pisyek @ ..13 aurat wanita
Betul tu.. senang juga nak dapat traffic masuk ke blog melalui twitter
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
waa seronok komen kat sini siap keliar last entryy
Curahan rasa bee @ ..1st GA dari BEE
hehe.. tu guna plugin Commentluv tu..
Curahan rasa zuls @ ..Tutorial Auto DM menggunakan SocialOomph
yup btul..best kn commentluv ni
Curahan rasa SuaraPeople @ ..UPDATE Kontest Anda Tulis!!!! Anda Menang!!!!
SuaraPeople pun guna ker plugin commentLUV ni dekat blog?
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
try la pakai wordpress pulak… bila lagi nak berhijrah.. hehe…
Curahan rasa Pisyek @ ..5 sebab kenapa anda tak patut jadi freelancer
Promosi jangan tidak promosi.. haha. Ni mesti nak banyakkan komuniti blogger yang guna wordpress.
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
Ha.. kena pasal commentLuv tu.. baru keluar last post kita… kira promosi la tu.
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
ohh baru tauu TQ yer…heheh
Curahan rasa bee @ ..1st GA dari BEE
sama-sama, selamat bertwitter ye 🙂
Curahan rasa zuls @ ..Tutorial Auto DM menggunakan SocialOomph
Rasanya dah makin ramai rakyat Malaysia guna twitter ni kan.. Lebih2 lagi nuffnang dah perkenalkan churp2
Curahan rasa Steward John @ ..KPLI Semakan Panggilan Temuduga KPLI 2011
Jom ramai2 bertwitter.. jangan lupa add twitter saya pulak.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
Emm, tak sangka yer.. begitu berpotensi sekali twitter ni.. tapi aku hairan sebab dr dulu tak aktif2 kt twitter ni..
Curahan rasa Azuan @ ..Berita Sukan Terkini SEO Contest
hehe.. memang banyak potensi, untuk SEO pun boleh 🙂
Curahan rasa zuls @ ..Tutorial Auto DM menggunakan SocialOomph
wah, skrg mmg aktif gile ah ding dong la nih? hehe… 😛
Curahan rasa Pisyek @ ..Apa nak buat lepas SPM
Rasanya sebab benda tu simple sangat.. orang pun tak tertarik nak guna.
twitter memang menarik.. tak sia2 bertweet selama ni.. bleh dapat ramai kawan, berkongsi info, berkongsi pendapat, minat, jana wang, dan lain2..
Curahan rasa Anarm @ ..Pengalaman ‘Buat Projek’ Dalam Jamban
nampaknya aku kene aktif gak lah twitter ni.. 🙂
Curahan rasa Azuan @ ..Berita Sukan Terkini SEO Contest
yerps, bertweet banyak manfaatnya..
Curahan rasa zuls @ ..Tutorial Auto DM menggunakan SocialOomph
Ditambah lagi dengan churp-churp, duit masyuk jer.. hehe
info laju je masuk melalui twitter, mmg tak dapat disangkal lagi.. 🙂
Curahan rasa Pisyek @ ..Statik – Gelap
Betul bro.. cepat jer info tersebar melalui twitter ni kan.
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
Yer la.. buat masa ni sedang membuat network melalui twitter.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
memang banyak kelebihan twitter ni
selain bersembang dengan rakan-rakan blogger
dapat juga menjana pendapatan sampingan
Curahan rasa wazy @ ..Kadar Caruman KWSP Pekerja Dinaik Semula
Betul tu boleh bersembang, buat duit dan paling power branding blog n produk.
Saya kenal Churp2 melalui artikel di blog bro DH juga.. dah cashout pun.. hehe
Bro Wazy pun aktif bertwitter juga ker? kalau bab bersembang melalui twitter ni memang jarang sangat.
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
Twitter sangat bagus kalau dapat sebarkan kebaikan.
Selain tu boleh tambah rangkaian dan kembangkan bisnes.
Curahan rasa Syafrizal @ ..Twitter dah ada fungsi analytic
Memang banyak kebaikan twitter ni bagi yg pandai manafaatkan
macam bro Syafrizal ni memang sesuai sangatlah pakai 🙂
Curahan rasa zuls @ ..Tutorial Auto DM menggunakan SocialOomph
Kalau pasal bisnes, rasanya dekat FB tu lagi senang nak dapat prospek kan.
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
twitter lebih menarik bila komuniti yg ada rajin retweet…
Curahan rasa Sir Marcello @ ..Cinta Poyos Uncle Seekers
Tu lah tak ramai yg hidupkan budaya re tweet ni
benda x menarik kot, sbb tu x re tweet… tapi aku memang retweet kalau tweet tu memang menarik gile…
Curahan rasa Pisyek @ ..13 aurat wanita
Kalau saya asalkan nampak button retweet tu, memang 80% akan retweet balik.
Mungkin dorang menghidupkan budaya churp-churp sebagai sumber pendapatan?
Kalau semua pun mengamalkan budaya re-tweet kan best..
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
masih lagi baru dengan twitter terpengaruh dengan bro denai hati gunakan Twitter semasa liputan kes sosilawati
Curahan rasa ray ban @ ..Ray ban Malaysia dealer-distributor-dropshipping
Memang banyak kelebihan guna twitter ni terutama utk promosi blog
itulah salah satu kelebihan itama twitter… 🙂 , maklumat pantas sesuai untuk liputan terkini..
Curahan rasa zuls @ ..Ada ke orang nak subscribe
Tapi kadang2 berita pantas tu pun belum boleh disahkan lagi kesahihnya..
dengan twitter, berita tersebar lebih pantas!
Curahan rasa Pisyek @ ..Pemenang contest steganografi
Kalah rancangan melodi dekat TV3 kan kalau macam tu.. hahaha.
Yer la, cepat jer berita tersebarkan melalui twitter ni.
Saya senang guna twitter kerana ia pendek dan padat 🙂 Amat berguna kepada yang tak pandai nak mengarang panjang-panjang
Curahan rasa akubiomed @ ..Lawak malam Jumaat 18sx
Twitter ni melatih kita menulis simple tapi bermakna dgn hanya 140 huruf sahaja … Mencabar juga tu
setuju dengan bro denaihati.. memang mencabar nak tulis 140 karakter.. tambah2 lagi nak tulis tweet yang power!
Curahan rasa zuls @ ..Tutorial Auto DM menggunakan SocialOomph
Entah la, saya ni tak kreatif sangat, tulis jer ikut sedap hati dekat twitter tu.. haha
140 character tu langsung tidak cukup untuk saya.. kecuali la kalau perkataan tu ditulis dalam bentuk sms
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
nice entri..like twitter,love denaihati 🙂
Curahan rasa SuaraPeople @ ..UPDATE Kontest Anda Tulis!!!! Anda Menang!!!!
me too.. thanks sharing.. 😛
Curahan rasa RedBoys @ ..Flash Banner Percuma Sempena Aidil Adha
Wa.. dah ada tag sendiri tu kan.. hehe.. bagus ada peningkatan.. heeh
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
Comments are closed.