PKPB – Rentas Negeri Untuk Bernikah Dibenarkan

Spread the love

Berita baik buat pasangan berbeza negeri yang ingin melangsungkan pernikahan kerana kerajaan telah membenarkan rentas negeri bagi tujuan akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagaimanapun majlis tersebut perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Ramai yang memohon kebenaran rentas negeri antaranya untuk bernikah dengan pasangan di negeri yang lain.

Jadi mesyuarat hari ini membuat keputusan untuk membenarkan mereka rentas negeri untuk akad nikah, namun perlu mengikut SOP jarakan sosial dan tidak ada perhimpunan ramai,”

Selain itu, Ismail Sabri berkata mesyuarat juga memutuskan untuk membenarkan jurufoto perkahwinan melakukan penggambaran praperkahwinan di tempat terbuka mengikut SOP ditetapkan.

Turut dibenarkan adalah aktiviti penggambaran filem, drama dan iklan mulai 10 Jun ini.

Sumber : Bernama

Baca : 4 Perkara Sunat Selepas Akad Nikah


Spread the love

3 Comments

  1. Semoga kelonggaran ini dapat memberikan kemudahan kepada ibu bapa pengantin dan semua yang terlibat… asalkan masih jaga norma baru dan sop yang digariskan oleh kementerian.

  2. Alhamdulillah. Semoga dimudahkan urusan semua pihak yang terlibat… tak perlu lagi bersusah payah guna jalan belakang. Didoakan juga semoga perkahwinan mereka diberkati dan kekal bahagia hingga ke jannah.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!