Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, masih ingat lagi tulisan kontrovesi Ariffshah bertajuk “Kritikan Terhadap Contest Lelaki Kacak” yang menjadi perdebatan hebat dengan komen-komen yang berkualiti daripada beberapa pakar SEO yang boleh dijadikan panduan kepada Rakan Blogger baru dan lama (rugi kalau tak baca). Kali ini Ariffshah sekali lagi membawa tajuk yang menarik untuk dijadikan panduan kepada Rakan Blogger. Joom baca ….
Saya tertarik dengan artikel terbaru di ProBlogger.net bertajuk How Often Should You Blog. Ada kebenaran di sebalik entri tersebut. Mari kita bincangkan sedikit tentang topik ini.
Kerap Update Blog
Kebaikan update blog dengan kerap:
- Efek yang sangat positif kepada SEO. Blogger baru sangatlah digalakkan untuk mengemaskini blog sekurang-kurangnya sekali sehari supaya trafik dan bot/spider dari search engine boleh masuk dan index blog anda. Dua blog yang saya nampak sendiri berjaya dengan teknik ini adalah blog Abang Ensem, SweetKurma dan of course blog saya sendiri 😛
- Trafik banyak masuk. Yang ni khas untuk blogger yang ada platform income yang sesuai. Apa yang saya maksudkan dengan platform income ini ialah kalau ada kempen iklan CPM/Buffered Earning tengah jalan kat blog. Contoh blogger yang berjaya dengan teknik ini adalah Kid dan Eyriqazz.
- Dapat meningkatkan bilangan pembaca dengan cepat. Asalkan apa yang ditulis kena dengan selera pembaca, cara ni memang efektif untuk menambahkan bilangan pembaca setia blog anda dengan cepat.
Secara peribadi, saya kurang berminat dengan teknik update terlalu kerap kerana:
- Kekurangan idea. Nak update dengan kerap ni kena ada banyak idea, terutamanya kalau pembaca di blog anda sukakan pembacaan yang ada input dan mungkin sedikit berilmiah. You have to respect that.
- Kekurangan masa. Sebab dah bekerja sekarang, saya hanya mempunyai masa selepas kerja untuk update blog.
Jarang Update Blog
Okay. Bagaimana pula dengan mereka yang jarang update blog? Jangan ingat kalau jarang update blog adalah sesuatu yang tak bagus. Kadang-kadang, ada manfaatnya juga.
- No stress. Mereka yang kurang kerap update blog ni boleh ikut kelapangan mereka sendiri. Tiada gesaan, tiada bebanan. Dengan itu, penulisan yang lebih berkualiti dapat dihasilkan.
- Penulisan berkualiti. Bandingkan kerja yang dilakukan dalam masa yang singkat dengan sesuatu yang dilakukan dalam masa yang mencukupi. Pastilah entri yang ditulis dalam masa yang cukup itu lebih berkualiti kan?
- Orang sempat baca ke? Anda kena ingat, bukan semua pembaca anda mempunyai masa yang lapang seperti anda untuk membaca setiap update yang dikeluarkan (sekiranya terlalu kerap). Akhirnya nanti, ada update yang tak sempat dibaca oleh sesetengah orang sebab terlalu banyak dan ini merugikan anda kerana update tadi tak mendapat bilangan pembaca yang sepatutnya anda dapat.
Cuma sebelum anda membuat keputusan untuk mengurangkan bilangan kemaskini blog yang dilakukan, anda perlu mengambilkira kesan sekiranya negatif daripadanya:
- Kurang income. Kurang update, kurang orang baca dan kurang income.
- Malas. Kalau dah lama tak update blog, lama-lama anda sendiri akan berasa malas nak update dan akhirnya berhenti terus menulis.
- Kehilangan pembaca. Ada pembaca yang suka membaca kemaskini blog terbaru daripada anda. Jadi bila dah kurang update, mereka semakin jarang masuk blog anda dan akhirnya blog anda akan dilupakan terus.
Jadi itulah sedikit sebanyak huraian yang dapat saya berikan dalam entri ini. Harap dapat membantu blogger di luar sana untuk membuat keputusan tentang arah blog anda dan kekerapan blog anda dikemaskini.
Entri ini akan diletakkan di dalam eBook terbaru saya dan akan dihuraikan dengan lebih mendalam lagi.
271 Comments
kalau sibuk dan letih akak tak update blog..klu ada masa lapang boleh buat sampai 2 hari N3..ikut hati gak klu nak update blog ni..klu lapang tapi hati tak tenang memang tak ada mood
Curahan rasa kak ina kl @ ..Gaya Tudung Raya
Biasanya saya kurang update blog sebab tak tahu nak tulis apa. Penat juga mencari idea sebenarnya.
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Bestnya Masih Bercuti Lagi
jarang update blog. sebab tak tahu nak update pasal ape,
Curahan rasa nikkhazami @ ..Duit Kertas RM1 ‘CAIR’!
wawww, terbaik… dulu2 kecoh pasal isu ni
Curahan rasa azriMy @ ..(KLIA) Kau Lupa Itu Aku – Najwa Latif
Assalamualaikum,
kalau dah jarang updet, lama-lama kita sendiri pun malas nak buka blog, apalagi pembaca lain…
Curahan rasa Anyss @ ..Bila Datuk Sanggup Jual Cucu Untuk Berjudi, Tak Tahu Nak Kata Apa Dah!
At least entry mesti ada setiap hari bekerja sebab time cuti sabtu ahad…. visitor agak kurang…. cuma kalau kerap update sebenarnya boleh bantu skil penulisan kita…..
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..Restoran DUBU DUBU Mid Valley ( SEOUL FOOD )
Terima kasih atas perkongsian maklumat …
Curahan rasa zanaa sensei @ ..Jadual Keiyoushi / Keiyoushi Hyou
emm masing2 ada kelebihan dan kekurangan…betul kata entri ni..bila dah lama tak update blog,rasa malas dan tak de mood nak update blolg mkin menebal..adoii….hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Akibat Raya Sakan, Ranking Alexa Dah Jatuh
Entry penuh dengan Ilmu.. Tq Denaihati & Ariff..
paling Nurul suka part yg bila dah kurang update, readers semakin jarang masuk blog dan akhirnya blog akan dilupakan terus.. Setuju sangat.. sebab ade blog yng bila kita suka baca, sekali buka tak berupdate, bila dah selalu sangat dah malas nak baca blog tu.. Pengalaman dari diri sendiri.. 🙂
Curahan rasa Nurul @ ..Raya Sudah habis..
Aku pun ada terfikir samada nak update entri setiap hari ke tidak. Untuk peringkat awal ni rasa nya elok juga dapat belajar juga tentang traffic dan kesannya. Biasanya idea datang bila-bila masa, yang tu kena tulis cepat cepat.
Curahan rasa ReM @ ..IPO Astro
saya masih perlu kerap update untuk dapatkan trafik…
Curahan rasa daddydee @ ..Siapa Kita Esok Hari?
betul tu..trafik amat penting kalau blog baru..huhu..cikgu pun sekarang ni kurang update…waaaa..trafiik merudum sikit.. 🙁
Curahan rasa dzuandiey.com @ ..Traffic Jam VS Trafik Blog
kadang-kadang tak update sebab idea kering..hihi…tunggu ada idea, baru update semula..lagipun line internet problem..waaa.. 🙁
hari ini kembali kekeringan ide untuk update
Curahan rasa Dadan @ ..Cara Mengatasi Kulit Telapak Kaki Pecah-pecah
Comments are closed.