Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Bermula hari ini dan esok, kesemua Ahli Parlimen kecuali Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dititah untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.
Ini merupakan buat kali pertama yang berlaku dalam sejarah politik tanah air kita.
Kesemua 221 Ahli Parlimen itu akan menzahirkan siapakah calon Perdana Menteri pilihan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong dalam sesi temubual secara peribadi.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, kesemua Ahli Parlimen akan dibahagikan kepada dua sesi temubual dengan Yang di-Pertuan Agong.
Pertemuan pertama, kata beliau, akan diadakan pada hari ini bermula pukul 2.30 petang di Istana Negara.
“Kumpulan pertama seramai 90 orang akan diadakan hari ini dengan sekurang-kurangnya setiap Ahli Parlimen akan ditemubual selama antara dua hingga tiga minit.
“Sementara selebihnya akan disambung esok dan proses temubual akan diadakan sendiri oleh baginda dan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Zuki Ali,” kata Ahmad Fadil dalam sidang media di Istana Negara sebentar tadi.
Menurut Datuk Ahmad Fadil, kesemua Ahli Parlimen akan dipanggil serentak menghadap Al-Sultan Abdullah tanpa mengikut mana-mana parti politik.
Dewan Rakyat memiliki 222 Ahli Parlimen yang diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 2018.
Bagaimanapun, kemelut politik tanah air ketika ini menyaksikan pelbagai perkembangan yang tidak dijangka berlaku sejak tiga hari lalu.
Sumber: Awani
4 Comments
Bagus, boleh lihat ahli parlimen suarakan pendapat dan jawab soalan YDPA nanti.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Raya Dengan Shopee
Langkah yang bijak oleh YDPA. Dengan cara ini, masing2 dapat luahkan apa yang terbuku dan pilihan PM yang ada dalam hati mereka.
Curahan rasa JMR @ ..Tak Rugi Baca: Ramai Orang Mahu Melihat Negara Kita Hancur.
waalaikumussalam, Semoga Negara kita berada dalam keadaan aman dan harmoni.
kemelut politik tanah air ketika ini menyaksikan pelbagai perkembangan yang tidak dijangka berlaku sejak tiga hari lalu.
Curahan rasa sakinah @ ..Doktor Ini Kongsi 5 Cara Selamat Hilangkan Sembelit pada Bayi & Kanak-kanak
waalaikumussalam. semoga yg terbaik untuk pemerintahan negara kita. keliru jugak dibuatnya dengan suasana politik, mungkin saya sendiri takda pengetahuan politik yg mendalam >.<
Curahan rasa umi nazrah @ ..RM35 Harga Pendaftaran Ahli Baru Shaklee Bermula 1 Mac 2020
Comments are closed.