PAS dan UMNO Bersatu Jadi Kenyataan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku ambil petikan di bawah ini dari Facebook saudara Syahirul yang sempat kami bersua muka di Majlis Raudhah Di Hatiku di Masjid Al Falah USJ9 beberapa minggu yang lepas. Tersentuh sungguh dengan gambar dan komen-komen daripada semua teman-teman Saudara Syahirul.

Dari Syahirul.com : “Walau apa parti pun yang kamu perjuangkan, kita tetap berpegang pada satu-satunya agama yang Allah redhai dalam muka bumi ini, yakni Islam.. Oleh itu marilah semua umat Islam bersatu dan hidup mengikut cara Islam dan menerapkan informasi2 Islam kepada masyarakat sekaligus menjalankan hukum Islam atas bumi Allah.. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar !!!”

Islam Bersatu Hati

Komen aku : Ramai umat Islam Malaysia mengimpikan ini menjadi kenyataan. Politik itu adalah sebahagian daripada islam tetapi Islam itu bukan hanya Politik sahaja. Mari kita doakan bersama-sama semuga Allah beri taufik hidayah dan apa yang mimpikan menjadi kenyataan.

Baca komen teman-teman @ Facebook Syahirul.


Spread the love

98 Comments

  1. sekarang ni masih lagi jadi bala.mungkin kat sesetengah tempat je yang ok.memang aku mengharapkan yang ia akan menjadi 1 kenyataan suatu ari nanti 🙂
    Curahan rasa Pacifista @ ..Page Rank 4?My Profile

  2. masalah berlaku apabila satu pihak terlalu taksub dengan parti hingga sebelah pihak yang lain nampak najis bagi mereka.

    walhal kedua pihak berlafaz syahadah yang sama. ternyata taksub politik pemecah kesatuan ummah.

    dan jangan letakkan islam sebagai penyangga politik kalian tetapi jadikan politik itu yang menyangga islam.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!