Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, siapa kat sini tak pernah naik kapal terbang angkat tangan. Dulu naik kapal terbang memang suatu perkara yang sangat pelik tetapi AirAsia telah mengubah segalanya. Teringat kisah kawan yang pertama kali naik kapal terbang masa take off pegang kerusi macam nak tercabut .. ada ke kawan-kawan yang macam tu?? Setelah entri kontroversi nasi lemak AisAsia menjadi panas jom pulak kita baca kisah pengalaman pertama kali naik kapal terbang AirAsia dari Blogger Kujie yang tak perlu diperkenalkan lagi.
[box type=”shadow”]Mohon Bantuan
Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
[/box]
Cara Beli Tiket AirAsia Online
Entri ini diterbitkan atas permintaan seorang teman yang sedang merancang bercuti. Beliau akan membeli tiket kapal terbang secara online buat pertama kalinya. Semua orang pun akan rasa gugup , rasa senak perut untuk buat sesuatu buat kali pertama. Apalagi kalau membabitkan transaksi wang secara online. Takut tersilap, takut tersalah.
KLIK UNTUK TEMPAH HOTEL SECARA ONLINE – DISKAUN SEHINGGA 60%
Moga panduan membeli tiket kapal terbang AirAsia online ini dapat mengurangkan serba sedikit debar rakan kita tersebut.
Cara membeli tiket kapal terbang online mungkin berbeza dari masa ke semasa tetapi secara asasnya seperti ini.
- Login ke laman web AirAsia. Lebih mudah kalau terus mendaftar. Lain kali nak beli lagi, boleh login saja.
- Pilih lokasi yang dikehendaki, tarikh pilihan dan bilangan yang akan turut serta di bahagian carian .
Walaupun ada pilihan untuk tiket anak-anak, harga tiket kapal terbang adalah sama untuk semua orang – dewasa atau kanak-kanak. Bayi adalah untuk yang berumur 9 hari hingga 24 bulan.
Carta yang diberi adalah untuk pilihan 7 hari. Pilih saja mana satu penerbangan yang dikehendaki.
Tips Membeli Tiket Murah AirAsia
- Kalau nak cari tiket harga murah, semak setiap hari dan waktu penerbangan. Harga berbeza untuk hari berbeza dan waktu penerbangan berbeza.
- Beli awal. Lokasi popular mungkin lebih cepat habis tiket murah tersebut.
- Tiket murah tidak bermaksud semua tempat duduk di dalam satu penerbangan itu berharga murah. Setiap penerbangan mempunyai kuota tiket harga murah yang berbeza.
- Harga tiket murah AirAsia tidak termasuk cukai lapangan terbang dan caji bahan api kecuali disebut sebaliknya. Cukai lapangan terbang berbeza bagi setiap tempat.
- Sekarang kita boleh cari tiket harga murah AirAsia dalam julat masa 4 minggu. Klik saja di penjuru kanan ( view by month ) untuk menyemak penerbangan dalam sebulan.
- Kalau travel jauh bagus order makan seperti Nasi Lemak Pak Nasser secara online sebab ada diskaun 20%.
Senang nak cari waktu bila ada tiket harga murah AirAsia dengan carta sebulan. Senang nak rancang waktu sesuai untuk pergi dan balik.
Bila dah pilih, klik teruskan dan isi butir peribadi.
Tempahan tiket antarabangsa AirAsia tidak perlukan nombor passport. Dulu kena isi, sekarang boleh beli tiket, kemudian baru pergi buat passport. Pastikan nama yang ditulis itu betul mengikut Kad Pengenalan.
Buat juga pilihan penerbangan seperti berat bagasi yang dibawa, tempahan makanan atau permintaan istimewa. Kalau nak diraikan dengan karpet merah pun boleh. Bayar saja. Lihat juga harga yang kita perlu bayar untuk insuran penerbangan.
Bagasi boleh dibeli kemudian ( add on ) kalau ingin menambah barang yang dibawa selewat-lewatnya 4 jam sebelum penerbangan.
Boleh juga beli tiket bas online dari KL Sentral atau Bandar Tasik Selatan ke KLCC.
Selesai semua pilihan, buat pilihan cara bayaran beli tiket online AirAsia. Boleh guna Debit kad atau Kredit kad. Jangan lupa lihat juga caj yang dikenakan untuk memproses pembayaran tersebut.
Selepas itu, kita akan menerima email pengesahan tempahan bersama AirAsia Travel Itinerary dan nombor tempahan ( booking number ). Apa-apa rujukan yang akan dibuat nanti, gunakan nombor tempahan tersebut.
14 hari sebelum terbang, boleh buat check in secara online untuk dapatkan Boarding Pass. Biasanya saya check in 3-4 hari sebelum terbang.
- Masuk ke laman web Air Asia dan klik Check-in.
- Kalau check in di kaunter , bayaran RM10 dikenakan untuk setiap keping tiket.
Print Boarding Pass.
Kalau tak boleh print pun tak perlu risau.
- Pilih opsyen telefon pintar semasa proses daftar masuk dan QR kod akan dihantar ke telefon bimbit . Bila di lapangan terbang, ada kiosk Air Asia. Imbas kod bar untuk mencetak.
- Pilihan terima melalui email – Pilih opsyen ini semasa proses daftar masuk untuk menyimpan salinan Boarding Pass dalam bentuk PDF dan mencetaknya kemudian.
Ini contoh Boarding Pass AirAsia. Dah siap nombor tempat duduk. Tak perlu nak berebut-rebut macam dulu. Sewaktu melalui balai berlepas, nombor gate akan diberikan.
Tiba harinya, datang lebih awal kerana kita mungkin tidak biasa dengan pintu berlepas atau proses pemeriksaan yang perlu dilalui.
Selamat bercuti dan nikmati pengalaman pertama kali naik kapal terbang. Jangan pejam mata sewaktu take off takut jantung tertinggal! ha ha ha
Baca juga Tips beli tiket AirAsia paling murah.
110 Comments
jarang travel utk cuti, utk kerja beberapa kali, tu pun ada org uruskan tempahan
Curahan rasa encikarman @ ..Hadiah saguhati misteri kontes review
Pertama kali beli tiket kapal terbang secara online dulu main ‘belasah’ je. Nasib baik betul cara. Pernah beli setahun sebelum tarikh berlepas.. murah!!
Curahan rasa Anarm @ ..Hadiah Wang Tunai RM40,000 daripada Yeo’s
Sekarang Airasia sudah ada dari KB ke Kota Bharu..bolehla cuba try fly dari sana pula nanti…
selalu beli kapal terbang melalui agen, sebab selalu dpt jumpa awek kat travel agencies tu..wkwkwkw..!!
Curahan rasa Eridy @ ..Bounce rate sesuai untuk blog
Pernah 2 kali buat tempahan online, mmg murah kalau beli awal2 dari jadual macam 3-4 bulan. Tapi nasiblah, kekadang time peak hour mmg susah nak dapat harga murah dan mmg takkan dapat pun. Yg bagusnya tak perlu pergi kaunter cuma bawa sahaja no rujukan (surat confirmation). Cuma yg tak bestnya cuma kalau pi oklah, bila balik beg dah bertambah, jadi ada extra charges. Senang cerita, sedia beg kosong dan duit extra jika nak pi shopping terutama kalau jalan sorang2. Kalau dalam group, boleh lagi kasi member yg beg dia ringan. hehe
saya tak pernah naik kapal terbang tetapi selalu booking online untuk beli tiket flight air asia & MAS untuk boss….huhu
Curahan rasa sukma @ ..Dah Lama Tak Timbang Berat Blog
selalunya kalau urusan beli tiket kapalterbang online ni, isteri yang selalu buatkan.. PA la kiranya,.. hehehe….
Curahan rasa Melastik Bintang Yang Tampan @ ..Ketepikan Ego Untuk Mencari Ilmu
Hihihi…tertawa jadinya kalau ingat sewaktu pertama kali naik kapal terbang ke Malaysia. Seperti apa yang dikatakan di atas, saat take off dan mendarat pegang kursi sekuat-kuatnya hahaha… 😀
Curahan rasa Dawaihati @ ..Cerita ABG di Facebook
Pas dua hari sebelum berangkat passport baru selesai, jadi beli tiket AirAsia pun tak online sendiri, terpaksa melalui agent, harga tiketnya mahal sekali.
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Lowongan Staf IT Pemkot Banda Aceh
ayo rame rame order tiket secara online agar lebih simpel dan efisien. makasih denai untuk informasinya
Curahan rasa cara langsing sehat @ ..Menu makanan Meningkatkan Hormon
Tiba 2 jam lebih awal. Lebih awal lagi bagus…
P.s. Pernah tertinggal flight. Kena bayar 900 lebih untuk 5 orang untuk dapat naik flight seterusnya…huhu
Curahan rasa Farid Adam @ ..Misi Menyimpan Duit Emas Untuk Anak-anak
makasih denai untuk infonya
Curahan rasa cara diet aman @ ..Cara Diet Untuk Penderita diabetes
tak susah sebenarnya nak beli tiket kapal terbang ni. janji ada duit la. hehe..
Curahan rasa titan @ ..Jobdirumah Payment – Kali ke 79
Tips tambahan…. Pastikan kalau flight delay LEBIH DARIPADA 3 JAM, kita layak diberi makan dan juga diberi rebat / cash credit minimum RM150…. Yang ni orang selalu lupa… 😀
Curahan rasa Lal @ ..Tips keluar dengan awek Korea.
Kalau di airport Indonesia lambat lebih 3 jam mesti dapat makanan bungkus.
Curahan rasa denaihati @ ..Nasi lemak AirAsia ada kisah kontroversi
Saya tak pernah lagi menaiki kapal terbang . Teringin nak naik tapi takde rezeki lagi .
Mesti best naik kapal terbang . Heee .
Comments are closed.