2020 nanti, kita fokus tulis content yang kita suka, kita minat dan kita mahir sahaja. Kita bina dan susun supaya orang tahu apa yang kita sering buat dan kerja.
1. Waktu pagi, bangunkan content crowd. Ikut falsafah Prof Chan (Penulis Blue Ocean Strategy), beri umpan di laut biru jauh lebih bagus dari memberi umpan di kolam atau tasik atau paya atau sungai.
2. Laut biru sifatnya luas, banyak hidupan. Memberi umpan yang sama kesukaannya dengan yang lain akan dapat hasil yang sangat banyak.
Boleh jadi ikan bilis pun makan,
Boleh jadi ikan jerung pun makan,
Boleh jadi, kerapu, siakap, ikan merah semua makan.
3. Dengan kata lain, ikan-ikan ini berbeza, namun makan umpan yang sama.
4. Ia disebut sebagai crowd. Posting kalian mesti mempunyai titik persamaan yang besar dengan orang lain. Contohnya:
Makanan,
Memasak,
Berkebun,
Sukan,
Fesyen,
Parenting,
Pendidikan,
Al-Quran,
Kisah Nabi (selawat)
Agama,
Travel,
Hartanah,
Simpanan,
Undang-undang,
Kosmetik,
Permotoran,
Gadget,
Buku,
Memancing.
Dan lain-lain.
5. Posting ini perlu ditulis secara konsisten dengan membawa salah 1 dari 3 matlamat ini:
To educate, atau
To inform, atau
To inspire.
6. Barulah posting kalian akan ada share. Apabila share berlaku, follower akan menaik.
7. Kemudiannya susunlah posting sales. Ingat ini, posting crowd untuk membawa ikan ke kapal. Apabila ikan sudah berkumpul, tebarlah jala.
8. Jala yang kalian tebar boleh jadi ada ikan bilis, boleh jadi juga ada ikan jerung.
9. Itulah keseronokan bermain media sosial dengan tersusun. Hasil yang kalian dapat, akan buat kalian ingin bina lagi dan lagi posting berkualiti.
10. Ingat ini, fokus dengan topik yang dipilih, konsisten berkongsi hal yang bawa impak positif dan teruskan membina content yang buat orang selesa dengan kita.
Mana tahu, disember 2020 nanti kalian sudah bergelar jutawan. Amin.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini blog Denaihati
- Pakar Sosial Media kongsikan cara bagaimana untuk sentiasa ada posting di sosial media walaupun ketika sibuk
- Strategi Bisnis 2018 oleh Sifu Khairul Hakimin
- Tips pembangunan diri dalam Facebook oleh Khairul Hakimin
- Cara posting kisah peribadi yang betul di Facebook
- Trend sosial media 2018 akan dibawa ke 2019 yang usahawan online mesti tahu
2 Comments
sangat menarik..
inilah dinamakan hasil penulisan pakar.
sedap dibaca, dihadam dan is shaa Allah dipraktik dengan istiqamah
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tip memikat wanita yang mesti dirahsiakan
Saya suka meringkaskan buku atau apa-apa tulisan. Jadi saya pilih untuk naikkan status ringkasan ini di facebook. Saya pernah tanya dalam status komen Tuan Khairul. Beliau kata boleh naikkan status ringkasan ni. Cuma tidak mahir lagi tentang masa ni.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Rujukan Dan Jadual Ujian Psikometrik Bulan Januari 2020 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Comments are closed.