Padamkan akaun Facebook selepas mati, ini cara pewaris boleh lakukannya…

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum ini, ramai yang tidak tahu bagaimana cara untuk memadamkan akaun Facebook milik anda sekiranya anda telah meninggal dunia.

Kedengaran mustahil bukan? Tetapi itulah fungsi terbaharu yang diperkenalkan Facebook bagi membolehkan waris anda memadam akaun Facebook.

Bukan apa, ada yang risau dan prihatin mungkin ada gambar yang tidak senonoh dan tidak menutup aurat terus tersebar. Dengan cara ini sekurang-kurangnya, aib anda akan terpelihara.

Mari lihat caranya yang telah dikongsi netizen dalam media sosial :

1. Pergi ke bahagian General (laptop) , Setting & Privacy (mobile)

2. Pergi ke bahagian setting dan kemudian klik Personal Information (mobile). Bagi pengguna laptop, terus ke manage account.

3. Terus ke ruang Manage account

Anda akan melihat satu ruang yang memerlukan anda klik dan memasukkan pengenalan waris untuk proses penutupan akaun Facebook.

4. Tetapkan Legacy Contact

Seksyen ini memerlukan anda memilih waris yang anda percayai untuk menguruskan akaun Facebook anda.

5. Sebab padam akaun

Untuk langkah yang terakhir, sila pilih ‘Delete after death’.

Apakah hubungan pewaris dan apa yang boleh mereka lakukan?

Kenalan pewaris adalah seseorang yang anda pilih untuk menjaga akaun anda jika ia diperingatkan. Setelah akaun anda diingat, kenalan pewaris anda akan mempunyai pilihan untuk melakukan perkara seperti:

  • Tulis pinned post untuk profil anda (misalnya: untuk berkongsi mesej akhir bagi pihak anda atau memberi maklumat akhir anda).
  • Kemas kini foto profil dan foto cover anda.
  • Permohonan penutupan akaun anda.
  • Kita juga mempunyai pilihan untuk membenarkan kenalan pewaris untuk memuat turun salinan apa yang telah dikongsi di Facebook.

Kenalan pewaris anda tidak boleh:

  • Log masuk ke akaun anda.
  • Baca mesej anda.
  • Alih keluar mana-mana rakan anda atau buat permintaan rakan baru.
  • Ketahui lebih lanjut mengenai peringatan dan cara menambah kenalan pewaris ke akaun anda.
  • Sekiranya anda adalah kenalan pewaris, pelajari cara menguruskan profilnya.

Nota: Anda mestilah berusia 18 tahun ke atas untuk memilih kenalan pewaris.

Mudah bukan? Semoga dengan perkongsian ini dapat menghindarkan sebarang aib anda pada masa hadapan di saat anda tidak lagi berada di dunia ini.

3 Comments

  1. kalaulah saya tahu akan mati esok..saya padam akaun FB hari ini..

    namun itu tidak mungkin berlaku kerana mati bila-bila sahaja..

    jadi lebih elok kalau bagitau pewaris cara untuk padam FB kita selepas kita pergi buat selama-lamanya
    Curahan rasa mrhanafi @ ..Pakej Lelaki HensemMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!