Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Packet One atau P1 merupakan satu nama tak asing lagi dengan Denaihati Network, pernah menaja Seminar WP Akademi Denaihati dan Majlis Sepetang Bersama Blogger. Kalau ada rezeki manalah tahun P1 sudi nak menaja Majlis Bersama Blogger 2.0 yang akan dianjurkan selepas Aidilfitri.
Terima kasih kepada P1 yang telah menaja 56 tiket tayangan perdana Batman The Dark Knight Rises untuk rakan-rakan Denaihati di Sunway Pyramid hari tu antaranya Kak Yanmie, SagiTaurus (macam biasa je ni bila nak jumpa), Nurhidayahisa, FaizalPj, MrPiratz, Elizabeth dan ramai lagi . Cerita Batman terbaru memang best! Bersempena tayangan filem Batman The Dark Knight Rises ni P1 ada melancarkan produk baru MiFi MF230.
P1 MiFi (yang bermaksud My Personal WiFi) adalah modem paling sesuai bagi mereka yang inginkan internet jalur lebar ketika berada di luar rumah atau di mana-mana saja. MiFi MF230 berbeza dengan wireless router biasa kerana ianya bersaiz kecil, menggunakan kuasa bateri, mudah dibawa ke mana saja dan boleh menerima signal 4G serta boleh dikongsi dengan ENAM peranti lain (5 melalui WiFi dan 1 melalui USB). Tak perlu lagi melanggan pelan internet lain untuk setiap peranti yang kita miliki.
“Ramai orang mempunyai dua atau lebih peranti termasuk komputer riba, smartphone, tablet, WiFi kamera dan peranti permainan. Untuk menghubungkan kesemua peranti ini dengan pelan jalur lebar berbeza akan menjadi mahal dan menyusahkan. Setiap orang harus mendapatkan MiFi mereka sendiri (personal 4G WiFi) dan kini mereka boleh“, kata Ketua Pegawai Eksekutif P1, Michael Lai.
Pelan Internet P1 MiFi
Modem MiFi MF230 yang bersaiz poket ni tersedia dengan hanya RM100 je melalui pelan internet P1 ToGo™ beserta yuran bulanan sebanyak RM39. Bagi mereka yang inginkan prestasi lebih bolehlah pilih ‘mid plan’ atau ‘high plan’ yang menawarkan kelajuan tanpa had dan sehingga 10GB kuota penggunaan.
Ada siapa dah cuba P1 MiFi MF230 ni mungkin boleh kongsikan pendapat dengan pembaca lain. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang modem P1 MiFi dan pelan yang ditawarkan, sila layari laman web www.p1.com.my/togo dan Facebook P1.
No related posts.
119 Comments
wah,, bila ya tempatku ada ,, hehe
mungkin boleh try …
Alhamdulillah DH dah pulih lagi, sehingga saya bisa masuk kesini
Semenjak dr pagi tadi, kini jam 4 pm baru dpt masuk entri DH.
macam best jer nie pelan P1 nie. 6 GB sesuai tak untuk blog.
Aku antara pengguna setia P1 sejak 2009…tp start hr rabu marin…aku dh install Unifi kt rumah…aku tekad nk tukar dah…P1 coverage kecik…klau aku blk kmpg x dak line…so…??
#Bru smlm agen P1 call aku utk tambah plan…hehehe -straight to the point, sian dia sbb x terkata apa2…:)
tunggu aku habis pakai promosi umobile dulu. hoho..
Curahan rasa titan @ ..Malam ini aku sepi menyendiri.
Tapi modem Togo 39 tu mudah rosak, ini komen pengedar sewaktu saya buat bayaran kat kaunter diorang. mudah patah katanya, nak tukar aritu tp dah kata mcm tu tak jadi tukar
Curahan rasa halif @ ..Teknologi semakin canggih, manusia makin menyendiri
Assalammualaikum wbt.
Ada juga nampak promosi ni. Memang menarik la ada mifi ni. Harga dia pun berpatutan. Buat masa sekarang pakai 3 line internet. Broadband, pospaid smart plan dan satu lagi ipad data plan. Boleh tahan campur tiga rage tu.
Tuu yang berkira-kira ingat nak matikan salah satu. Tapi tengah mencongak positif negatif sebab so far tak dak masalah dengan DIGI : )
Curahan rasa Incik RestNrilekS @ ..Ini Kisah Bulan Ramadhan.
Byk tu perlu dibayar ke3 akaun, baik guna Unifi terus,lagi power.
Tapi rasanya di Sabah belum ada lagi ni..
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Coral Seas Roadshow
mesti best guna P1 ya…
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Coral Seas Roadshow
Sepertinya memang terbaik gunakan P1 ini sahabat
Tak best sangat, skjp slow skjp laju, skjp je limit quota dah habis, walhal tak download pun. Ada sesiapa bagaimana nak supaya data ustidak digunakan.
Since last year nak guna P1 tapi masalahnya hanya terhad pada tempat2 tertentu sahaja. Jika pulang ke kampung tak boleh guna..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Khasiat jintan manis membantu memecahkan lemak
Itulah masalah besar pd P1W1Max ni, tempat2 tertentu saja yg ada, coverrage tak menyeluruh, line slow jika hari hujan.
hebat la MiFi…mungkin blh cuba nanti
Curahan rasa Shahrul @ ..Kelebihan Logo Hari Kebangsaan ke-55 2012
Wah kren amat tugan. berpengen cepet-cepet tanggal muda aku.hehe
terimakasih infonya gan
hmm menarik jg nih, masih still dgn streamyx 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Brazil vs Egypt | Olympics London 2012 | Live
quota dia besar…sempat boleh tonton live streaming bola kot…speed nya puas ht gak….
Curahan rasa Norizwan @ ..Memasang Lightbox Promoter Facebook untuk blogspot
Comments are closed.