NajibRazak.com dari kaca mata seorang rakyat marhaen

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak telah melancarkan laman peribadi di alamat www.najibrazak.com. Ini adalah satu salah satu daripada inisiatif PM kita untuk berkongsi pelbagai aktiviti dan pandangan peribadi beliau di satu tempat.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib kerana sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan rakyat melalui pelbagai medium. Sedangkan kita sebagai rakyat biasa ini pun seringkali tiada masa untuk menulis blog atau menguruskan laman sesawang, tetapi perdana menteri yang pastinya lebih sibuk tetap cuba untuk mengusahakan lamannya sendiri.

Ulasan yang dibuat ini bukanlah untuk menuding jari atau menyalahkan sesiapa, ini sekadar ulasan dan cadangan tambah baikan (sekiranya ada) untuk laman NajibRazak.com

Reka Kreatif dan susunan isi kandungan

Apabila kita membuka halaman utama NajibRazak.com, kita akan dapat melihat paparan muka hadapan yang ringkas dan kemas. Tiga isi kandungan utama iaitu Artikel terkini dalam blog, Gambar pilihan dan Video pilihan dapat di akses terus dari halaman ini.

Ulasan laman najibrazak.com
Paparan muka hadapan yang kemas.

Navigasi

Sistem navigasi yang digunakan juga adalah unik, ini percubaan yang menarik dari team yang membangunkan laman baru NajibRazak.com. Kebiasaannya navigasi diletakkan di bahagian atas, tetapi dalam blog ini, sistem navigasi diletakkan di ruangan bawah.

Walaupun mungkin di luar kebiasaan, tetapi disebabkan ianya jelas dan terus boleh dilihat. Ini satu pendekatan yang tidak mengganggu pengalaman pembaca secara keseluruhan.

Ruangan Blog

Sekiranya kita lihat di bahagian blog ini, ada beberapa kelemahan yang mungkin boleh diatasi dengan mudah oleh team developer laman NajibRazak.com ini. Antaranya adalah fungsi slider yang mempunyai loading time yang lambat. Pelawat akan mendapat paparan thumbnail secara berselerak sebelum slider tersebut muncul.

Contoh seperti gambar di bawah

Paparan blog najibrazak.com
Paparan sebelum dan selepas beberapa saat page loaded.

Selain itu, navigation yang digunakan pada slider itu juga sedikit mengelirukan. Contohnya kita klik pada halaman 10 (angka paling hujung dalam paparan), tetapi ianya tidak menyenaraikan halaman yang seterusnya. Jika pengunjung tidak mencuba untuk klik pada anak panah, mereka akan berpendapat bahawa itu adalah halaman terakhir.

Contoh navigasi slider pada halaman 10
bagaimana paparan pada halaman 10.

Cadangan daripada pihak kami, agar boleh disenaraikan halaman yang berada selepas halaman terakhir tersebut. Contoh seperti gambar di bawah.

Cadangan tambahbaikan navigasi agar tidak mengelirukan pengunjung
Cadangan tambahbaikan navigasi agar tidak mengelirukan pengunjung

Artikel tanpa terjemahan

Usaha untuk membuat web dwibahasa ini memang seharusnya dipuji. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk memastikan setiap artikel ditulis dalam dua bahasa. Namun begitu, terdapat banyak artikel-artikel lama yang tidak diuruskan dengan baik.

Contohnya artikel : http://najibrazak.com/bm/blog/kempen-pru13-hari-keempat/

Semasa ulasan ini ditulis, sekiranya kita melawat pautan berikut, hanya halaman kosong yang akan kelihatan. Sebagai salah seorang pengaturcara yang pernah menguruskan laman dwibahasa seperti ini, kebiasaannya masalah ini berlaku, apabila salinan artikel english itu tidak dimasukkan ke dalam ruangan bahasa malaysia.

Paparan blog najibrazak.com tanpa terjemahan
Paparan blog najibrazak.com tanpa terjemahan

Ini akan memberi tanggapan yang kurang baik kepada pengunjung bahasa malaysia yang mengharapkan boleh membaca artikel tersebut dalam BM. Sekiranya proses menterjemah mengambil masa yang lama, mungkin boleh gunakan artikel asal dalam bahasa inggeris untuk sekurang-kurangnya memberi tanggapan kepada pembaca BM bahawa artikel dalam proses terjemahan.

Font terlalu kecil

Penggunaan saiz yang terlalu kecil dalam artikel akan memberikan kesukaran kepada mereka yang mempunyai masalah penglihatan terutama mereka yang sudah berumur. Kebiasaannya laman kerajaan mempunyai fungsi untuk membesarkan font, tetapi disebabkan blog NajibRazak.com ingin memansuhkan fungsi tersebut untuk kelihatan lebih kemas. Saiz font yang lebih sesuai perlu dititikberatkan.

Penggunaan font terlalu kecil
Penggunaan saiz font yang terlalu kecil akan menyukarkan golongan yang berumur untuk membaca artikel

Ruangan penglibatan

Dalam ruangan ini, rakyat dan para pengunjung dapat melihat penglibatan Datuk Seri Najib dalam pelbagai perkara. Ada beberapa yang menggunakan laman web berasingan dan ada juga yang mempunyai halaman penerangan tersendiri.

Salah satu halaman yang sedikit bermasalah adalah bahagian Perhimpunan Agung UMNO. Jika kita melawat salah satu daripada 5 halaman dalam ruangan ini, kita akan dapat melihat paparan fungsi storify yang tidak diuruskan dengan baik.

Pautan : http://najibrazak.com/bm/pau-2013/pau2013-hari-kelima/

Pada skrin 1440×900, iframe yang digunakan untuk menambah semua artikel itu mengambil masa yang lama sebelum fully loaded. Saya menggunakan capaian internet UniFi 10Mbps untuk membuat percubaan ini. Semasa fungsi ini belum fully loaded, isi kandungan telah kelihatan, tetapi tidak dapat discroll dengan baik. Boleh rujuk gambar di bawah:

Paparan semasa iframe tidak load sepenuhnya
paparan semasa iframe tidak load sepenuhnya

Namun disebabkan kebanyakan isi kandungan adalah daripada twitter, mungkin team Developer terpaksa menggunakan fungsi iframe ini, kerana ingin menjimatkan proses development. Fungsi yang sama boleh dicapai sekiranya kita menggunakan twitter api, dan paparan terus tanpa iframe boleh dibuat di ruangan ini.

Rumusan

Inisiatif Datuk Seri Najib Tun Abd Razak menyediakan platform kepada rakyat untuk mengikuti perkembangan beliau dari masa ke semasa sememangnya sesuatu yang harus dipuji. Dalam suasana gaya hidup sekarang yang sememangnya berlegar dalam suasan berteknologi tinggi, pendekatan dari pelbagai sudut ini adalah sangat baik.

Tujuan ulasan ini dibuat, bukanlah untuk mengutuk atau memberi tanggapan negatif, ini hanyalah usaha daripada pihak kami untuk sama-sama menambah baik apa yang kurang dan meneruskan apa yang telah disediakan dengan baik. Ini hanyalah cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh Datuk Seri Najib dan team pembangun laman tersebut.

Semoga ulasan ini akan memberikan manfaat kepada kita semua. Tahniah sekali lagi kami dari Denaihati Network kepada Datuk Seri Najib untuk pelancaran web baru ini.


Spread the love

601 Comments

        1. Harap PM juga dapat mengunakan blog dan laman sosialnya untuk mendekati rakyat dan mendengar suara hati rakyat.. bukan sekadar berselfie jer..

  1. Ulasan panjang lebar dan on point. Pendekatan bijak oleh perdana menteri kerana zaman skarang canggih, dan berita sekali taip sudah keluar kat google, yahoo dan sebagainya. Blog pun main peranan hebat hubungkan orang ramai dan suarakan pendapat.

    usaha yang sangat baik oleh Dato’ Najib pada pandangan saya 😀
    Curahan rasa Nabihah @ ..Fara_nym; Bloglist October – NovemberMy Profile

  2. #silap typo hari dan hati
    satu usaha oleh beliau. pujian patut di berikan namun betul juga kita memerlukan response drpd beliau. apa pun kandungan dalam website ini membantu dalam input dalam buat assignment perihal ketokohan PM kita

  3. satu usaha oleh beliau. pujian patut di berikan namun betul juga kita memerlukan response drpd beliau. apa pun kandungan dalam website ini membantu dalam input dalam buat assignment perihal ketokohan PM kita

    1. Melalui blog dan laman sosial beliau, rakyat dapat tahu apa aktiviti dan perancangan beliau dalam memajukan negara.. tapi tolonglah dengar sama keluhan suara hati rakyat dalam komen2 blog dan laman sosial tuh..
      Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit OnlineMy Profile

    1. Tersangat lah setuju.. baru lah PM dapat melihat sendiri keluhan dan suara hati rakyat di komen2 blog dan laman sosialnya.. nak harapkan admin, pasti hanya yang baik2 saja yang disampaikan kepada PM..huhu
      Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit OnlineMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!