Mudah Nikmati BUDI MADANI RON95 dengan TNG eWallet
Kerajaan kini memperkenalkan BUDI MADANI RON95, satu inisiatif baharu bagi memastikan subsidi petrol sampai terus kepada rakyat Malaysia yang layak. Melalui program ini, rakyat boleh menikmati harga petrol RON95 bersubsidi dengan lebih teratur dan efisien, sekaligus mengelakkan ketirisan dan penyeludupan.
Lebih menarik, manfaat ini kini boleh diakses dengan mudah melalui Touch ‘n Go (TNG) eWallet, menjadikan proses pengisian minyak lebih cepat, selamat dan tanpa tunai.
Apa Itu BUDI MADANI RON95?
BUDI MADANI RON95 ialah pendekatan subsidi bersasar yang diberikan kepada rakyat Malaysia dengan lesen memandu yang sah. Matlamat utamanya ialah:
- Pastikan subsidi hanya dinikmati rakyat Malaysia yang layak.
- Kukuhkan kedudukan kewangan negara untuk jangka panjang.
- Hentikan penyeludupan dan ketirisan subsidi.
Cara Nikmati BUDI MADANI RON95 Melalui TNG eWallet
- Muat Turun & Daftar Akaun TNG eWallet
- Boleh dimuat turun di App Store, Google Play atau Huawei AppGallery.
- Daftar nombor telefon bimbit dan tetapkan PIN 6-digit.
- Sahkan Akaun Anda
- Pergi ke profil → “Pengesahan Akaun”.
- Pilih ID: MyKad → imbas bahagian depan MyKad → ambil swafoto → isi maklumat & hantar.
- Pengesahan biasanya segera, atau sehingga 7 hari bekerja.
- Akses Ikon BUDI95
- Tekan ikon BUDI95 di skrin utama eWallet.
- Jika tiada, tekan “Lagi” dan cari “BUDI95”.
- Isi Minyak RON95
- Pilih stesen minyak → masukkan nombor pam → pilih jumlah petrol → tekan “Pay Now”.
- Kod QR akan dipaparkan untuk pengesahan di kaunter.
- Jika baki minyak tidak habis dimasukkan, lebihan akan dipulangkan ke eWallet.
Kelebihan Tambahan: Petronas via Setel dalam TNG eWallet
Selain kaedah biasa, pengguna juga boleh mengakses Petronas via Setel dalam aplikasi TNG eWallet. Dengan cara ini, anda boleh terus ke pam petrol tanpa perlu beratur di kaunter.
Baca juga : Cara Claim Budi95 Dengan Mudah Guna Aplikasi Setel
Kesimpulan
Dengan adanya BUDI MADANI RON95 melalui TNG eWallet, rakyat Malaysia kini boleh menikmati subsidi petrol dengan lebih mudah, telus, dan pantas. Hanya guna aplikasi di hujung jari, isi minyak tanpa tunai, dan nikmati penjimatan yang ditawarkan kerajaan.
Untuk maklumat lanjut dan semakan kelayakan, layari laman rasmi BUDI95.
Sumber : Touch ‘n Go
