Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Sesungguhnya Allah SWT mengkhususkan bulan Ramadan di antara bulan-bulan lainnya dengan keutamaan yang agung dan keistimewaan yang banyak.
Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah segala keistimewaan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan juga di akhirat.
Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat ganda. Ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda; manakala ibadah sunat diberi pahala seperti ibadah fardhu.
Di sini saya sertakan beberapa ‘menu’ lazat yang kita boleh amalkan bersama di bulan Ramadhan kali ini.
1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
5. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minimum seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus Al-Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yang kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar-bazar Ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik.
15. Jauhkan aktiviti yang lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali dalam sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran dan hati dari perkara-perkara yang dilarang.
23. Tidak berlebih-lebihan maupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat- solat sunat rawatib.
25. Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkcan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.
28. Menjaga ikhtilat – hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah. Hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita.
31. Tahajud setiap malam minimum 2 rakaat.
32. Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutama suami & anak-anak lelaki)
**
Ya Allah Ya Rabb..
Temukanlah kami dengan Ramadhan-Mu pada tahun ini kerana hati dan diri kami masih penuh dengan tompok-tompok hitam dosa dan maksiat.
Semoga Ramadhan ini memberi peluang untuk kami membersihkan dosa-dosa kami yang menggunung tinggi. Agar nanti bila tiba masa kami dijemput pulang oleh Izrail, kami kembali kepada-Mu dalam keadaan husnul khotimah.
Amin.
4 Comments
Haha. bila sebut pasal menu lazat mesti kita terfikir juadah berbuka. sampai lupa amalan sunat yang harus juga kita rebut.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Produk Kecantikan Berasaskan Minyak Kelapa Dara D’Fera
Masa ni la nak tengok sikap manusia tanpa pengaruh syaitan, buat jahat akibat hasutan diri sendiri.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Ebook Rujukan Separa Perubatan
menu makanan rohani yang lebih istimewa dari bulan-bulan yang lain. masyaAllah. semuga disemoga dikuatkan iman kami untuk mengejar malam lailatul qadr
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..6 Perkara Tentang Filipina Yang Perlu Anda Tahu
menu makanan jiwa biar sebulan kenyang dengan amalan..hasilnya mampu dituai di akhirat kelak..moga sama sama gunakan peluang ramadan yang ada ini…inshaAllah
Curahan rasa Belang Tarung @ ..5 Cara Tambah Stamina Putaran Beyblade
Comments are closed.