Menjejaki Baitulmuqaddis kali pertama

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bagaikan mimpi apabila dapat melihat kubah kuning emas sebaik keluar dari terowong memasuki kota lama Baitulmuqadis. Satu bas melaungkan takbir tiga kali tanda syukur sehingga terlupa pengalaman tersangkut hampir enam jam di Allenby border.

Memang susah nak masuk sempadan Israel untuk ke Palestine mungkin antara pemeriksaan yang paling ketat di dunia. Syukur ketua rombongan sudah ada pengalaman jadi kami tahu apa nak buat. Barang berharga semua masuk ke dalam beg besar dan paling bagus bawa badan sahaja ketika melalui tiga kali pemeriksaan imigresin. Salah seorang sahabat kami tersangkut melebihi empat tanpa diketahui sebab dan ini biasa berlaku.

Dalam perjalanan ke Baitulmuqqadis kami singgah di Jericho daerah yang diserahkan kembali kepada PLO selepas perjanjian Oslo. Kami singgah makan tengahari dan kemudian singgah di Masjid Nabi Musa yang terdapat makam Nabi Musa. Mengikut keyakinan yahudi Nabi Musa disemadikan di Jordan.

Masjid Nabi Musa a.s di jericho
Masjid Nabi Musa a.s
makam nabi musa
Makam Nabi Musa a.s

Masjid Nabi Musa

Rombongan kami menjejaki kaki buat pertama di kota purba ribuan tahun Baitulmuqadis atau juga dikenali sebagai Jerusalem ketika masuk waktu maghrib. Kami beramai-ramai berjalan dicelah lorong-lorong kota lama yang lebih tua usianya berbanding kota Cesky Krumlov yang pernah aku jejaki. Semua pintu masuk Masjid Al Aqsa dijaga oleh polis Israel. Apabila melihat Golden Dome of the Rock terasa sangat bersyukur kerana terpilih oleh Allah untuk menjejaki kaki di tanah suci.

Lorong kota lama Baitulmuqadis

Dome of the Rock dengan kubah keemasan ada tapak suci untuk tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Di puncak bukit ini Rasulullah SAW telah mikraj bertemu Allah SWT. Tapak kaki baginda masih ada sehingga sekarang dan dapatlah kami menyentuh dengan tangan. Semuga dengan menyentuh kesan tapak kaki Rasulullah kami mendapat syafaat baginda dari Allah SWT.

Ketika Rasulullah SAW hendak mikraj batu tempat berdiri hendak mengikut tetapi ditahan oleh Saidina Jibrail sehingga membentu gelembung seperti gua. Tidak seperti ramai yang fikir batu tersebut terapung. Tetapi sayang sebahagian besar batu tersebut telah dicuri oleh kerajaan Rom ketika mereka manakluki Juruselam. Di sini jugalah Rasulullah mengimamkan solat bersama lebih 124 ribu Rasul dan Nabi sebelum mikraj.

Dome of the Rock di Baitulmuqaddis
Dome of the Rock tempat Rasulullah SAW Mikraj bertemu ALLAH

Dome of the Rock

Paling bersyukur apabila kami dapat solat berjumaat di Masjid Al Aqsa memang terasa sayu dan sedih mencuit hati. Kelebihan solat di Masjid Al Aqsa ialah 500 kali ganda ganjaran yang ketiga terbanyak selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Sebelum solat Jumaat sempat kami menziarahi Masjid Nabi Sulaiman, Perpustakaan Salahudin Al Ayubi, Masjid Buraq dan Wailing wall.

masjid al aqsa
Masjid Al Aqsa yang menjadi rebutan

menjejaki Baitulmuqadis pertama kali

Terlalu banyak yang nak ditulis inshaa Allah dalam entri yang seterusnya. Syukur kepada Allah SWT.

Gambar menarik semasa menjejaki Baitulmuqadis kali pertama.
[customgallery]


Spread the love

68 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!