Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, jika bulan Rejab ada Israk dan Mikraj dan bulan Syaaban ada Nisfu Syaaban dengan berbagai kelebihan tersendiri. Bulan Ramadan ada Lailatul Qadar yang dalam Al Quran digambarkan sebagai malam yang lebih baik daripada seru bulan. Malam Lailatul qadar adalah malam yang dinanti oleh umat Islam yang memahami kelebihannya. Ramai juga yang menunggu berbagai keajaiban dan keganjilan di malam Lailatulqadar.
Berikut tips Lailatul qadar dari Ustaz Noehas yang mungkin boleh membetulkan persepsi kita selama ini :
[box type=”info”]MESEJ DARI SAHABAT : Ustaz ingat na klo 10 Ramadan ni nmpk apa2 ganjil habaq mai[/box]
[box type=”shadow”]
JAWAPAN :
Lailatul qadar bukan macam tu..
Itu adalah salah paham pada lailatulqadar
Cuba tengok surah alqadar
“Sejahteralah bagi mereka yg beribadat pada malam itu.. hingga terbitnya fajar (subuh)”
Kita bukan disuruh tunggu perkara yg ganjil.. tapi yg ganjil itu sebenarnya ialah mereka yg boleh beribadat pada setiap malam pada 10 malam terakhir ramadhan.. sehingga subuh..
Kerana itulah nabi s.a.w masuk iktikaf masjid 10 hari akhir ramadhan tanpa keluar dari masjid kecuali untuk buang air dan berwudhuk
Maknanya..
Allah akan kurniakan lailatulqadar pada mereka yg beribadah setiap saat pad 10 hari terakhir itu.. sebagai bukti mereka sangat mencintai Allah dan RasulNya
Jadilah manusia yg ‘ganjil’ dan ‘pelik’ itu.. jika kita nak lailatulqadar…
Wallahu a’lam[/box]
Semuga ALLAH SWT pilih kita menjadi hamba-Nya yang mendapat hidayah mengejar malam Lailatul qadar tanpa perlu melihat keajaiban yang berlaku disekeliling kita. Keajaiban bertemu Lailatul qadar itu ada dalam diri kita dan hanya akan dapat dirasai apabila dapat menikmat amalan yang sungguh-sungguh di malam Lailatul qadar.
Tidak ada di dunia ini sesuatu yang datang bergolek tanpa usaha. Marilah kita berusaha berdoa bersungguh-sungguh siang dan malam supaya kita dan keluarga kita terpilih antara jutaan umat manusia yang dapat beramal di malam Lailatul qadar. Doa adalah senjata terbaik manusia untuk memohon pekenan daripada ALLAH SWT. Marilah kita mengangkat tangan merendahkan diri memohon keampunan kerana terlalu banyak dosa yang telah kita lakukan sepanjang hidup ini.
Semuga di malam Lailatul qadar ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa kita dan menjadikan kita manusia bersih yang memberi manafaat kepada seluruh alam. Semuga ALLAH SWT menjadikan kita manusia yang tidak lalai dengan masalah sendiri, keluarga dan kerjaya yang tidak akan selesai selagi ada hayat. Semuga kita menjadi anak yang taat kepada ibubapa, isteri yang taat kepada suami dan hamba yang taat kepada ALLAH SWT dan sentiasa kasih sayang kepada Rasulullah SAW.
Malam lailatul qadar mempunyai tanda-tanda, diantaranya:
Pertama: Malam itu udaranya sedang, tidak terlalu dingin dan tidak terlalu panas. Dalilnya adalah sabda Rasulullah saw :
ﺇﻧﻲ ﻛﻨﺖ ﺃﺭﻳﺖ ﻟﻴﻠﺔ ﺍﻟﻘﺪﺭ ، ﺛﻢ ﻧﺴﻴﺘﻬﺎ ، ﻭﻫﻲ ﻓﻲ ﺍﻟﻌﺸﺮ ﺍﻷﻭﺍﺧﺮ ﻣﻦ ﻟﻴﻠﺘﻬﺎ ، ﻭﻫﻲ ﻟﻴﻠﺔ
ﻃﻠﻘﺔ ﺑﻠﺠﺔ ﻻ ﺣﺎﺭﺓ ﻭ ﻻ ﺑﺎﺭﺓ
“Saya pernah diperlihatkan Lailatul Qadar, akan tetapi saya lupa, malam itu jatuh pada malam sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, suasana malam itu cerah dan indah, tidak panas dan tidak dingin.” (Hadits shahih riwayat Ahmad ,Ibnu Khuzaimah, dan Ibnu Hibban).
Kedua: Matahari pada pagi harinya terbit berwarna merah dan sinarnya tidak menyengat. Dalilnya adalah hadits yang diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab:
ﺃﺧﺒﺮﻧﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺃﻥ ﺍﻟﺸﻤﺲ ﺗﻄﻠﻊ ﻣﻦ ﺫﻟﻚ ﺍﻟﻴﻮﻡ ﻻ ﺷﻌﺎﻉ ﻟﻬﺎ
“Rasulullah saw telah memberitahukan kita bahwa matahari terbit pada hari itu tidak bercahaya (sinarnya tidak menyengat).” (HR. Muslim).
Marilah kita mengembara mencari Lailatul qadar di sepuluh malam terakhir Ramadan kerana kelebihanya terlalu hebat yang dapat mengubah kehidupan diri kita dan keluarga. Kemanisan mengejar Lailatul qadar lebih indah dari mengejar pasaraya untuk persiapan hari raya. Tahun depan belum tentu ada lagi Ramadan untuk kita kejar Lailatul qadar.
57 Comments
Aktiviti masjid biasanya akan sibuk malam 10 terakhir Ramadhan.
Curahan rasa akubiomed @ ..Persiapan Raya biarlah bersederhana
sama-sama kita mengambil kesempatan yang ada.. bulan yang dinantikan telah tiba
Curahan rasa Mus @ ..AirAsia Tawarkan 12,000 Tempat Duduk Percuma
harap kita tidak hanya mampu berjaga untuk ke uptown bagi membakar duit,
harap kita mampu berjaga untuk beribadah kepadaNYA..
salam 10hari ramadhan terakhir
Curahan rasa Zuan @ ..Iftar Di Paparich Bangsar
Rasa mcm tenang sangat hari ini. Nyaman. Adakah malam semalam malam lailatulqadar?
Curahan rasa halif @ ..Awek Tenant Yang Nakal (Part 1)
Terima kasih di atas perkongsian info… Semoga dapat menambah kefahaman kita tentang malam lailatul Qadar…
Curahan rasa Anuar @ ..Semoga Berpeluang Bertemu dengan Malam Lailatul Qadar pada Ramadhan kali ini
Marilah sama-sama kita menghidupkan malam 10 yang akhir Ramadhan kerana Lailatul Qadar ada di dalamnya, insyaAllah. Setelah kita selalu sibuk mengejar kekayaan duniawi, pada bulan Ramadhanlah peluang untuk kita tambah kekayaan akhirat pula
Curahan rasa Hj Iqbal Safwan @ ..Kisah Di sebalik Malam Lailatul Qadar
malam yang dinanti-natikan oleh seluruh umat Islam. Nampak kat masjid dah ramai yang start iktikaf.
Curahan rasa Sya Isya @ ..KOLEKSI RAYA 2013 BAJU MELAYU KANAK-KANAK LELAKI
Hehe..perkara ganjil tu jarang2 orang sahaja yang akan jumpa kan bro?terima kasih atas penerangan yang betul2 kemas ni..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Hina Sangat Ke Lalat Dalam Kehidupan Seharian?
lebih baik dari seribu bulan sebuah keutamaan yang begitu hebat dari malam lailatul Qadar ini
Curahan rasa munir ardi @ ..5 Cara Agar Berhasil Belajar Otodidak
Alhamdulillah.. Malam seribu bulan telah kembali. Setahun hanya sekali. Jom kita doa dan beribadat betul-betul dengan penuh penghayatan dan pengharapan..
Curahan rasa waiman takwa @ ..Entri Pendidikan & Tips SEO Untuk Blog
in sha Allah, kita harus istiqamah dalam perbuatan dan ibadah, Tuhan tidak zalim pada hambaNya yang bertaqwa di jalannya…
Curahan rasa aynora nur @ ..Lailatul Qadar Malam Terbaik Daripada Seribu Bulan
semoga kita semua mendapat keredhaan Allah didunia & akhirat… aminn
Curahan rasa Wan Fauzi™ @ ..Resolusi Para Cendikiawan Islam Mengenai Isu Negara Mesir
Cabaran bagi kita di akhir Ramadhan dengan tenaga yang semakin berkurangan, sibuk dengan persiapan akhir untuk beraya terasa masa seperti tidak cukup tetapi tetap kuatkan semangat untuk harunginya kerana siapa tahu ini Ramadhan terakhir kita.
Curahan rasa JunAina @ ..Tip : Ubahsuai Ruang Tamu
Betul jugak kata Ustaz tu. Make sense! Yang ganjil duk dalam masjid beribadat pada Allah SWT. Tapi rasanya takperlu pulak nak tunggu menda pelik terjadi. Nevertheless, hanya Allah sahaja yang tahu. Semoga semua memanfaatkan 10 malam terakhir ramadan ini. Insya Alalh
Curahan rasa Qashmere @ ..Resipi Kari Ketam Sedap Dan Mudah
tertarik dengan ayat ” Jadilah manusia yg ‘ganjil’ dan ‘pelik’ itu.. jika kita nak lailatulqadar…”
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Kejutan Di Pejabat!
Comments are closed.