Lebih 31 ribu kebakaran di Indonesia dalam seminggu, Aktivis Alam Sekitar kritik pemerintah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuaca makin hangat dan jerebu kini berleluasa. Laman Web Global Forest Watch Fires mendedahkan terdapat 31,367 kebakaran berlaku di Indonesia yang direkodkan dari 8 hingga 15 September lalu.

Data terbabit diperolehi daripada Maklumat Kebakaran Untuk Sistem Pengurusan Sumber (FIRMS) Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) menerusi pengesanan satelit MODIS dan VIIRS.

Data itu turut menunjukkan 369 kebakaran berlaku dalam Malaysia.

Sementara itu, analisis data satelit Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) merekodkan bilangan titik panas terkini di Sumatera ialah 274 dan 305 di Kalimantan manakala bilangan titik panas tiada direkodkan di Malaysia.

Empat kawasan “sangat tidak sihat”

Setakat 6 petang semalam, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) merekodkan indeks pencemaran udara (IPU) di empat kawasan masih lagi berada pada paras sangat tidak sihat.

Kawasan terjejas ialah Putrajaya dengan bacaan IPU 204 diikuti Johan Setia Klang (226) manakala dua lagi di Sarawak membabitkan Sri Aman (208) dan Kuching (229).

Sementara itu, 28 kawasan lain mengalami kualiti udara tidak sihat menurun berbanding 31 yang direkodkan pada jam 8 pagi tadi.

Kawasan terjejas jerebu makin bertambah

Kawasan terjejas itu adalah Batu Muda (124) dan Cheras (162) manakala lima lagi kawasan di Selangor iaitu Kuala Selangor (132), Petaling Jaya (164), Shah Alam (183), Klang (175) dan Banting (162).

Di Negeri Sembilan kawasan terjejas membabitkan Nilai (170), Seremban (129), Port Dickson (143), tiga di Melaka membabitkan Alor Gajah (127), Bukit Rambai (139) serta Bandaraya Melaka (140) manakala di Johor – Segamat (103) dan Tangkak (120).

Di sebelah pantai timur, kawasan terjejas adalah Temerloh (130), Jerantut (104), Indera Mahkota Kuantan (131), Balok Baru Kuantan (108) serta Kemaman (111).

Sabah menunjukkan IPU tidak sihat di Sandakan (105) manakala lapan lagi kawasan di Sarawak – ILP Miri (122),Miri (124), Samalaju (126) diikuti Bintulu (141), Mukah (140), Sibu (137), Sarikei (148) dan Samarahan (193).

Data keseluruhan menunjukkan kawasan yang mencatatkan paras bacaan IPU sederhana meningkat daripada 21 yang dilaporkan pagi tadi kepada 28, petang ini.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 pula tahap berbahaya.

Kritikan Aktivis alam sekitar Indonesia

Aktivis alam sekitar Indonesia mengkritik pemerintah yang dilihat tidak serius dalam menangani kebakaran, sehingga berlaku jerebu teruk dan menjejaskan keselamatan awam.

Memetik laporan media tempatan, jerebu itu bukan sahaja menyusahkan rakyat tempatan, malah kini merentasi sempadan dan menjejaskan negara jiran.

Ketua Sumber Daya Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (WALHI) Khalisah Khalid mendakwa jangankan tindakan tegas dilakukan terhadap mereka atau syarikat yang sengaja membakar hutan ketika ini, malah 10 syarikat yang didapati bersalah dalam kebakaran hutan pada 2012 hingga 2015 juga belum dikenakan tindakan.

“Kita memiliki semuanya, tapi tidak ditertibkan secara baik. Kalau infrastruktur ini diaktifkan secara baik, saya yakin, kebakaran hutan akan dapat ditangani,” Jokowi.

Direktur Eksekutif WALHI di Jambi, Rudiansyah pula mendakwa pemerintah hanya mengambil tindakan terpilih kepada pelaku pembakaran hutan.

“Lebih 11 ribu hektar kawasan hutan terbakar di Jambi dan tiada apa apa pun tindakan terhadap mana-mana pihak,” katanya.

Presiden Indonesia Joko Widodo dipetik agensi berita Antara, turut melahirkan kekesalannya terhadap pemerintah daerah dalam menangani kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu teruk di provinsi Kalimantan, Riau dan Jambi.


Spread the love

3 Comments

  1. 12 dari 20 orang paling kaya di Indonesia, kaya sebab sawit. Dan dengan kekayaan dan pengaruh yang besar, isu nak ambil tindakan pada syarikat mereka tak akan selesai.

    Dan begitu juga syarikat Malaysia yang banyak masuk dan ikut membakar di Indonesia. Pun dipegang orang-orang besar yang untouchable. Ada yang ahli keluarga ahli politik. Ini semua bukan rahsia.

    Jerebu tak akan selesai selagi lawmakers, pendakwa dan penguatkuasa terus menerus jadi hamba duit dan kuasa.
    Curahan rasa Suri @ ..Homestay ala English Style kat PD — Stylo Untuk Family Gathering/ ReunionMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!