Lakukan 3 perkara ini untuk kelihatan cantik

Spread the love

Nak cantik ada tiga cara ni, kalau buat memang auto terpaling cantik. Tapi konsisten tu sangat penting walaupun paling susah dalam dunia.

  1. Rohani yang cantik

Selalu tak dengar orang laki cakap “pakai wuduk je”

Hakikatnya, ada betul tapi tidak lah seratus peratus betul. Habis yang muka berjerawat tu tak solat ke kan? haha

Ia berkait dengan dosa dan kebersihan diri daripada dalam. Saya yakin, kita pasti pernah nampak orang yang bila dipandang “dia ni muka dia biasa saja tapi sedap mata memandang” atau “kalau duduk asrama muka bersih saja, bila duduk rumah lama, hilang seri”

hadis penuh (rujukan di laman sesawang mufti wilayah) :

Apabila seseorang muslim atau mukmin mengambil wuduk, lalu dia membasuh wajahnya, maka keluarlah daripada wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika dia membasuh kedua-dua tangannya, maka keluarlah daripada kedua-dua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh tangannya itu bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika dia membasuh kedua-dua belah kakinya, maka keluarlah daripada kedua-dua kakinya itu setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir, sehinggalah dia selesai berwuduk dalam keadaan bersih daripada dosa-dosa.

Riwayat Muslim: 360

Niatkan juga untuk jaga fizikal, mental dan rohani ini untuk Allah, sebab semua ini pinjaman. Bila meminjam, sifat bertanggungjawab dan rasa amanah untuk pulangkan dengan keadaan baik itu perlu ada.

  1. Jasmani yang sihat

Yang ini susah juga apabila kita tidak bentuk “kebiasaan” yang baik. contohnya, makan sayur, buah. Makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang. Minum air putih secukupnya dan bersenam paling kurang 3-4 kali seminggu.

Senaman ialah aktiviti fizikal yang lebih tinggi intensitinya daripada aktiviti harian. Tujuannya adalah untuk mendapatkan manfaat kesihatan baik dari segi fizikal dan juga mental.

Senaman boleh menjadi tabiat jika kita memilih aktiviti yang seronok untuk dilakukan. Setiap orang mempunyai jenis senaman kesukaan yang berbeza seperti berjalan, berlari, mendaki, berdasarkan tahap kecergasan. Walau apa pun pilihannya, senaman ialah kemestian untuk mengekalkan kesihatan.

Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati sebanyak 33.5% rakyat Malaysia tidak aktif secara fizikal. Ini bermakna hanya 14 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang aktif secara fizikal.

Pengambilan makanan yang pelbagai dan seimbang boleh memberi gabungan tenaga dan zat-zat makanan yang berbeza, dapat membantu menjaga kesihatan secara am dan mendapatkan tenaga yang mencukupi untuk fungsi harian. Pengambilan diet yang terdiri daripada pelbagai sumber bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, ikan, ayam, kekacang, dan produk tenusu memenuhi keperluan protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral yang penting untuk fungsi badan 

  1. Skincare

Yang asas adalah cleanser, sunscreen dan moisturizer. Tapi kalau anda sudah mula ada masalah kulit seperti jerawat boleh mula untuk pakai serum kerana fungsinya untuk merawat kulit dan rutin skincare waktu malam, sebelum tidur sangat penting.

Cantik itu subjektif dan yakinlah, Allah dah ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Alhamdulillah.

Untuk mendapatkan bantuan consult skin, boleh tekan link whatsapp dibawah

https://bit.ly/3kwXstx


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!