Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, setelah membaca entri “Buat Baik Belum Tentu Manusia Balas Baik” semua tertunggu-tunggu kisah sebenar coretan HATI dari Penderma HATI, Ahmad Khariri. Setelah mencari-cari waktu yang sesuai Sambutan Merdeka 55 adalah masa yang paling sesuai untuk memulakan perjalanan Kisahnya Secebis HATI untuk kita jadikan teladan dan sempadan. Sama-sama kita selami jiwa Saudara Ahmad Khariri yang berHATI mulia.
Pesakit Bengkak Hati : Allahyarham Adik Mohd Yohitt Bin Mohd Farhan Kutty Krishnan
Penderma Hati : Ahmad Khariri Al-Hadi Bin Md Yusop
Tarikh pembedahan pemindahan hati (Liver Transplant) : 18 Disember 2004
Tarikh Adik Yohitt meninggal dunia : 28 Januari 2005
Kisahnya Secebis Hati – 2 jiwa 1 hati
Pengalaman anak sakit membakar semangat untuk membantu
April 2002 – Saya bekerja sebagai Penolong Perancang Pengeluaran di Shin-Etsu Elektronik (M) Sdn Bhd sejak Mac tahun 2000. Hari ini saya bertugas seperti biasa. Tidak ada sesuatu yang pelik saya rasakan. Ketika saya dan isteri keluar rumah untuk bekerja pagi ini, kedua-dua anak gadis saya, Nur ‘Aina Qistina Al Huda – 18 bulan dan Nur Anis Balqis Al Huda – 6 bulan masih nyenyak tidur. Anak-anak saya diasuh oleh mak saya sejak mereka dilahirkan. Bukan berniat untuk menyusahkan mak saya tetapi atas permintaan beliau yang ingin menjaganya. Pernah saya menghantar mereka berdua ke rumah pengasuh tetapi hanya bertahan tiga hari sahaja.
Bersama sahabat di Shin-Etsu Elektronik (M) Sdn Bhd
Ketika keluar daripada bahagian Production, sahabat saya Halim memberitahu mak beberapa kali menghubungi saya di pejabat. Ada masalah di rumah katanya. Hati saya mula berasa tidak selesa apabila mendengar perkataan MASALAH. Segera saya menghubungi mak dan ketika itu abang sulung saya yang menjawab telefon tersebut. Beliau menyuruh saya pulang segera kerana anak kedua saya sedang sakit namun tidak diberitahu sakit apa. Saya semakin tidak keruan kerana kebiasaannya mak tidak akan menghubungi saya di pejabat sekiranya tiada masalah yang besar.
Saya berjumpa Ketua Bahagian saya iaitu Encik Ahmadsur Bin Wahab untuk meminta kebenaran untuk pulang. Setelah menerangkan kepada beliau beberapa tugasan yang masih belum selesai, saya bergegas menukar baju di bilik persalinan. Ketika itu saya hanya memikirkan untuk segera pulang dan berjumpa dengan anak bongsu saya itu. Wajah si cilik berusia enam bulan itu sentiasa terbayang di mata saya. Walaupun baru berusia enam bulan namun sesekali beliau sudah pandai diagah ajak bermain. Saya menunggang motorsikal setiap kali pergi bekerja kerana masalah jem yang teruk di hadapan kilang Proton. Kebiasaanya saya tidak berani menunggang laju namun ketakutan untuk menunggang laju terpaksa saya buang hanya kerana risau memikirkan soal anak.
Saya dan isteri bersama kedua-dua anak kesayangan kami – Nur’Aina Qistina Al Huda dan Nur Anis Balqis Al Huda
Tidak sampai 15 minit saya sudah sampai di perkarangan rumah mak. Kebiasaanya perjalanan pergi dan balik saya memakan masa tidak kurang 35 minit. Saya bergegas masuk ke dalam rumah mak. Kelihatan mak bersama anak-anak saya sedang berada di ruang tamu rumah. Aina – anak sulung saya sedang bermain-main manakala Anis sedang tidur ditemani oleh mak. Mak memberikan isyarat agar saya jangan bercakap kuat kerana Anis baru sahaja tidur – keletihan barangkali. Takut-takut terjaga pula beliau nanti. Mak memanggil saya ke dapur dan daripada raut wajahnya yang tenang itu, tidak menunjukkan kerisauan seperti yang saya gambarkan di pejabat tadi.
Menurut mak, ketika ingin menukar lampin pakai buang Anis pagi tadi, kelihatan seketul daging sebesar bola ping pong keluar di lubang dubur Anis. Pada mulanya mak menyangkakan najis Anis yang berdarah namun apabila diperhatikan betul-betul ianya bukan najis. Mak terpaksa membersikan dubur Anis dengan berhati-hati khuatir akan mencederakan pula. Setelah memakaikannya semula dengan lampin Anis merengek seolah-olah tidak selesa dengan keadaannya itu. Namun dalam 30 minit Anis mulai seperti biasa dan tertidur keletihan.
Saya keluar semula ke ruang tamu untuk melihat Anis yang sedang tidur. Wajahnya saya perhatikan sangat mirip wajah saya ketika kecil. Anis dilahirkan pada 28.11.2001 di Hospital Ampuan Rahimah, Klang. Disebalik wajah beliau yang redup ini kemungkinan beliau sedang menanggung kesakitan teramat sangat. Saya hanya perhatikan tubuh badan Anis namun tidak berani menyentuhnya kerana khuatir beliau akan terjaga dari tidur. Ingin sekali saya memeluk dan mencium anak bangsu saya ini erat-erat. Saya minta pandangan mak samada Anis perlu dibawa ke hospital segera atau menanti sehingga beliau terjaga dari tidur. Menurut mak biar sahaja Anis tidur dahulu dan sambil itu saya pergi menjemput isteri di tempat kerja beliau.
Bersambung ….
Kepada Rakan Blogger yang nak membantu Saudara Ahmad Khariri joom beli Bunga Telur buatan isteri beliau.
118 Comments
Dah lama tinggal blogging, banyak tertinggal kat sini. ini baru baca. huhu.. Sambung baca part 2 pula.
Curahan rasa Naziman @ ..SEO blog? Blogger tolong jangan belajar SEO
hm.. sedih je bunyinya cerite ni
Curahan rasa zool @ ..Video : Penunggang skuter membantu pakcik melintas jalan
sangat ditunggu lanjutan sambungannya
Curahan rasa andrea suyoko @ ..HP Pavilion g7-2010nr 17.3-Inch Laptop (Black)
adad,.amd,.a vv jangan
kisah yang menyentuh hati naluri
Curahan rasa donnyien @ ..Gambar Putera William Dan Kate Middleton di Sabah
entry sambungannya ini mmg sedih juga..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Kemaluan Tercucuk Ranting Kayu 13 Sentimeter..!
saya terkedu membaca artikel ini…
Curahan rasa sha @ ..Wordless Wednesday : Resort World Sentosa Singapore package from RM458 per person
Kisah kehidupan masyarakat.
Curahan rasa ReM @ ..Bayar Cukai Taksiran Selepas Tarikh Luput
kisah kehidupan masyarakat tetapi sangat mengugah dan inspiratif
Curahan rasa smp3lembang @ ..10 google logo untuk menghormati 10 tokoh terkenal di dunia
mantap dah gan
Curahan rasa fahmy ramdani @ ..Cara Alami Mengobati Alzheimer
infonya mantap gan….
makasih atas artikelnya, saya sangat senang bisa menyimakartikel anda yang sangta baik dan sangat layak untuk disimak…
Curahan rasa fahmy ramdani @ ..Cara Alami Mengobati Alzheimer
ini sebuah cerita yang menyedihkan bro
Curahan rasa smp3lembang @ ..Menkominfo Angkat bicara mengenai Situs Penjual Pulau Indonesia
Ceritanya sedih ….. Tapi asyiik menunggu cerita selanjutnya
Curahan rasa whiz @ ..BERTAMBAH KREATIFKAH (SAYA) PASCA LEBARAN?
sekarang sudah ada lanjutannya sobat diartikel pertama
Curahan rasa smp3lembang @ ..10 google logo untuk menghormati 10 tokoh terkenal di dunia
sedang menunggu sambungannya nie..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Bahaya Meletakkan Minuman Bergas Coke/Coca-Cola Dalam Freezer Peti Ais
samapun pasti akan lebih menyayat hati
Curahan rasa smp3lembang @ ..Menkominfo Angkat bicara mengenai Situs Penjual Pulau Indonesia
hmm…sedih walaupun baru beberapa perenggan baca.
Curahan rasa azman @ ..Projek Tapai Pulut
ye betul..
sedih jgk..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Pemain Bolasepak Mati Selepas Menjaringkan Gol
Comments are closed.