Kes Covid-19 kembali melonjak, 6288 kes baharu dilaporkan

Spread the love

KUALA LUMPUR : Kes positif COVID-19 dalam negara kembali melonjak apabila 6,288 jangkitan dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik itu melanda kepada 2,563,153.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga malam tadi, sebanyak 40 kematian akibat COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah kumulatif korban sebanyak 29,769.

Bagaimanapun sebahagian besar kes hanya melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.0 peratus atau bersamaan 6,163 kes.

Manakala selebihnya merupakan pesakit kategori 3,4, dan 5 iaitu sebanyak 2.0 peratus iaitu sebanyak 125 kes.

Beliau turut memaklumkan nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kini mencatatkan angka 1.04, dengan Putrajaya mencapai Rt tertinggi iaitu 1.15 diikuti Negeri Sembilan (1.06) dan Kuala Lumpur serta Selangor masing-masing 1.05.

Setakat ini, Unit Rawatan Rapi (ICU) menempatkan seramai 536 kes dan daripada jumlah itu juga, 251 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, jumlah kes sembuh hari ini dilaporkan sebanyak 4,743 kes dengan keseluruhan kes pulih kini 2,466,523.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!