Assalamualaikum dan salam 1Dunia, keputusan DiGiWWWOW Awards telah diumumkan dan seperti tahun lepas tak lepas dari kontroversi. Blog Denaihati tidak termasuk top 10 final seperti yang dijangka kerana pertama kali menyertai dan kurang entri membodek DiGi. Majlis sepetang bersama blogger masuk top 10 tapi gagal masuk final top 5 tu namanya tak ada rezeki.
Heboh sekarang dalam tweet line keputusan paling kontroversi apabila blog Amanz.my untuk kali kedua tewas kepada blog yang entah mana datangnya. Blog Amanz.my tewas untuk katogeri Fave Tech kepada blog Keiths, pernah dengar ke? Ramai geng twitter protes keputusan ini.
Cara pemilihan DiGiWWWOW Awards bermula dengan pengundian untuk menentukan 50 terbaik. Daripada 50 terbaik juri akan memilih 10 terbaik. Top 10 yang terpilih perlu mengirimkan beberapa dokumen dan video untu menilaian dan 5 terbaik akan dipilih dan pemenang diumumkan di malam gala DiGiWWWOW Awards. Pemenang bukan dikira daripada undi terbanyak tetapi pemilihan oleh juri yang dipilih oleh penganjur DiGiWWWOW Awards.
Blog Denaihati memang tidak menyertai DiGiWWWOW Awards 2011 dan lansung tidak ambil kisah disebalik DiGi Awards. Baru-baru ini ketika lunch bersama CEO blog iLuvIslam, Saudara Imran aku dimaklumkan blog mereka tahun 2011 dan 2012 ditolak menyertaan tanpa alasan. Blogger Emilayusof memaklumkan bahawa beliau telah minta dikeluaarkan dari senarai penyertaan 2012 kerana tidak berapa nak puashati dengan DiGiWWWOW Awards 2011. Blogger Benashaari dan Ariffshah pun merungut dengan DiGiWWWOW Awards 2011 dan memang banyak rungutan kedengaran untuk DiGiWWWOW Awards 2011. Penyertaan blog Denaihati DiGiWWWOW Awards 2012 dari awal untuk penjenamaan sebab nak menang memang susah tapi bukanlah menyerah sebelum berjuang.
Keputusan DiGiWWWOW Awards 2012 (Tweet dari @DiGi_Telco)
1. @DiGi_Telco : Awards begins with Top Online Over-Achiever Under 15. Winner is ImanSyippo
2. @DiGi_Telco : Congratz Petfinder.my – The winner of Google: Most Inspiring Internet for Good
3. @DiGi_Telco : Congratz Terima Kasih Malaysia:Belacan – The winner for InMobi: Short Film of the Year
4. @DiGi_Telco : Congratz FriendlyFashion – The winner for Says.my: Online Shop of the Year
5. @DiGi_Telco : Congratz Keiths.blog – The winner for Lowyat: Fav Tech Head (Paling Kontroversi)
6. @DiGi_Telco : Congratz Sea Gypsies – The winner for Malaysiakini: Photo Joirnalist of the Year
7. @DiGi_Telco : Congratz Talents of SMK Seafield – The winner for MSN: Breakthrough Star of the Year
8. @DiGi_Telco : Congratz Christy Ng Shoes – The winner for Mudah.my: Most Promising Webpreneur of the Year
9. @DiGi_Telco : Congratz Bro, Don’t Like That La, Bro – The winner for Nuffnang: Blogger of the Year. (Teringin nak interview mamat ni nak belajar kehebatan beliau).
10. @DiGi_Telco : Congratz RotiKaya – The winner for Nuffnang: Fave Kay Poh (Beautifulnara.com tak masuk final ke?)
11. @DiGi_Telco : Congratz First Words for Geeks – The winner for Samsung: App of the Year
12. @DiGi_Telco : Congratz My Generasi by #jinnyboytv – The winner for Innity: Funniest Video of the Year
13. @DiGi_Telco : Congratz @twtupkaseh @aidasue – The winner for Yahoo: Social Media Gathering of the Year
14. @DiGi_Telco : Congratz MyHazman – The winner for DiGi WWWOW People’s Choice of the Year
15. @DiGi_Telco : The Best of the Best – DiGi WWWOW of the Year goes to Petfinder.my (Ada kata last year dah menang kenapa terima lagi penyertaan!)
Tahniah kepada semua pemenang DiGiWWWOW Awards 2012.
230 Comments
Tahniah kepada pemenang.Apa pun keputusan walau ada yang tak puas hati ini adalah keputusan muktamat penganjur.Kena ikutlah.
memang keputusan muktamad dan beri hadiah.. pemerhati diluar beri pandangan dan kritikan. jika tak dibetulkan, tak mustahil akan diboikot pada masa depan
Curahan rasa KiD @ ..Kontroversi Kemenangan Digi WWWOW Awards 2012
Ada saper2 yang Audit ke..alamak kalau x telus susah laa…harap pihak penganjur buat kenyataan bagaimana ia di adili…
Curahan rasa Shaffik @ ..Ranking Kelajuan Internet Di Dunia.
Tahniah kepada yang menang 🙂
Fave Tech Head to agak kontroversi, ada gak dengar…
Curahan rasa Omar @ ..Pengalaman naik taraf pakej P1 Wimax
betul tu… ada sedikit info di entry saya
Curahan rasa KiD @ ..Kontroversi Kemenangan Digi WWWOW Awards 2012
owh..ada jugak isu camni erk…ingatkan telus jer
ni kes kroni dan suku sakat la ni!! lain kali tak payah dah nak support digi ni. buang masa je..
Curahan rasa boni @ ..Lagi Bayi Yang Memerlukan Keprihatinan Kita Semua
member yang aku vote tak de sorang pun yang menang huhu……
Curahan rasa rahman @ ..ALHAMDULILLAH kandungan di penghujung trimister pertama
siapapun pemenangnya tidaklah perlu dipertikaikan…kerana itu dah keputusan penganjur 🙂 tak kan nak tunggu blogger famous menang baru kita tak bantah..ini bukannya anugerah bintang popular yg tengok kiter famous or not 🙂
Curahan rasa hackerkini @ ..CyberSecurity Malaysia menubuhkan ISPA
kita pertikaikan CARA penilaian juri, apa kriterianya sehinggakan ramai yang pertikaikan. tiada markah dinyatakan.. vote juga bagai tidak berguna langsung.
Curahan rasa KiD @ ..Kontroversi Kemenangan Digi WWWOW Awards 2012
kebanyakan pemenangnya menggunakan english sebagai medium penyampaian. Blogger of the year.. baru je aku tahu hari ni tentang blognya.. tapi so far dia kreatif dalam kartun la… 🙂 . Apa-apa pun tahniah kepada semua ye..
Curahan rasa Aya @ ..Siapa Juara Mentor ke 6?
Fikir Denaihati yang menang sebenarnya…
Curahan rasa Aya @ ..Siapa Juara Mentor ke 6?
belum layak lagi utk awards sebesar itu
Apa jua keputusannya, tahniahlah yer.
Sekali lagi, nampaknya byk kontorversinya. Tak kisahlah, janji blog DH kekal ceria dan komited dgn tagline terbaiknya ni. Tahniah DH!
Curahan rasa hafizmd @ ..Pohon 12 Ranting?
Tahniah kepada semua pemenang…
Curahan rasa KDN @ ..Hadiah Perodua Myvi Extreme contest besar Denaihati
aku baru tau result ni.Hah !!! blogger of the year tu sapa? frust gilerr dgn keputusan..
Curahan rasa nor @ ..Triple M !!!!
patutlah rasa malas nak pi..rupanya tak best dan penuh dengan tanda tanya ajer ek kid
Curahan rasa kak ina kl @ ..Akhirnya Inilah Keputusan DiGiWWWOW Awards 2012
haaaa.. tau takpe kak.. seb baik laa akak tak datang, hmmmmm..
Curahan rasa KiD @ ..Kontroversi Kemenangan Digi WWWOW Awards 2012
Selamat tahniah kepada yang beruntung memenangkannya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Jenis Luka
Ternyata bisa menimbulkan kontroversi yah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Jenis Luka
Semoga kontroversinya tidak berlarut-larut yah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Jenis Luka
Comments are closed.