Assalamualaikum dan salam 1Dunia, seronok juga mencuba berbagai strategi dalam menguruskan blog ini. Aku selalu baca tips blogging terutama dari Blogger Profesional luar negara dan cuba praktis cara yang telah mereka lakukan. Antara perkara yang selalu menjadi keutamaan adalah Trafik Organik, Page Rank, Bounce Rate, Loading Time dan lain-lain yang boleh meningkatkan prestasi blog Denaihati. Tapi kalau terlalu kreatif mencuba pun kekadang ada risikonya. Percubaan terbaru menyebabkan blog Denaihati kena lempang dengan Google.
Pernah baca ke entri bertajuk “Bounce Rate 64.55%. Bloag Anda?” dan cara Pendekar mengurangkan Bounce Rate dalam entri “Bounce Rate Tinggi Kerana Salah Link“. Kalau belum, bagus baca untuk jadi tips blogging. Bounce Rate blog Denaihati bulan Julai dan Ogos meningkat terlampau sehingga melebihi 70% menyebabkan aku mencuba satu strategi yang mungkin belum pernah dicuba oleh mana-mana Blogger Malaysia dan Blogger 1Dunia. Hasilnya sangat terlampau apabila Bounce Rate blog Denaihati menurun dari 70% ++ ke 30% ++.
Suka sangat rasa dihati apabila Bounce Rate blog Denaihati turun sehingga 30%. Tapi kesannya sangatlah negatif antaranya kesemua entri blog Denaihati terkeluar daripada senarai top 10 Google Search yang menyebabkan trafik organik menurun 80% antaranya entri terkena bahananya “Semak Saman Trafik Online“. Akibatnya jumlah trafik harian blog Denaihati menurun 40%. Bagi yang tak tahu kelebihan trafik organik boleh baca entri “Trafik Organik Dan Kelebihannya“.
Kesan paling dramatis sekali akibat strategi silap menurunkan Bounce Rate adalah status Page Rank blog Denaihati kena lempang dengan Google dari PR4 jadi PR0. Kalaulah masa itu Google update Page Rank memang pastilah blog Denaihati kena bahananya. Strategi sudah dibetulkan, trafik organik sudah kembali normal dan PR4 dah dapat semula. Untuk tahu jumlah trafik dan PR terkini blog Denaihati klik @ Aku.
Kesimpulan dari kejadian ini aku dah tahu macam mana nak turunkan Bounce Rate tapi tak bolehlah buat selalu mungkin 2-3 hari sebulan untuk mengelakkan kena lempang dengan Google. Paling bagus sekali sekarang aku dah tahu macam mana nak uruskan trafik yang masuk menggunakan kaedah iFrame. Itulah janji Allah SWT setiap kejadian pasti ada HIKMAHny yang penting kita sebagai Blogger mesti terus kreatif dan mencuba strategi baru.
191 Comments
malas nak baca..panjang sgt..
Curahan rasa atiff @ ..HARIMAU HILANG TARING
Orang MALAS ni tak ada siapa boleh tolong.
Curahan rasa Denaihati @ ..iPhone 4S baru bukan iPhone 5
Panjang,.. tapi jelas dan menarik…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Ayah Mengapa Aku Berbeda
Yang penting berinformasi yang Bang Iwan
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
Banyak lg Denaihati kena buat artikel yg berkaitan dgn blog. Cthnya Trafik Organik, Page Rank, Bounce Rate, Loading Time, banner dan lain-lain. Jgn asyik mengejar PR1 aje, Ikutlah slogan “Hidupkan Untuk Memmberi” pad rakan2 bloger.
saya pun byk lagi kena bljr spt bro kata berkaitan Trafik Organik, Page Rank, Bounce Rate, Loading Time, …
Curahan rasa manmala @ ..60,000 Pelajar Di Malaysia Ketagih FB
Klik header Blogging ada banyak entri untuk tajuk yg disenaraikan ini.
Curahan rasa Denaihati @ ..iPhone 4S baru bukan iPhone 5
terim kasih, saya nak sedut simpan dlm word. minta izin ye.
Curahan rasa manmala @ ..Carian Yang Merbahaya
Sedut jangan tak sedut.. informasi yang baik ni
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
Tak berapa faham lah dgn Trafik Organik, Page Rank, Bounce Rate, Loading Time. maybe kena cari maklumat lebih byk lg bagi memahami istilah blog. Walau apapun 10 u buat denaihati kerna sudi info……buat rakan2 semua. Semoga trafik atau page rank ke PR1.
guna teknik iframe utk kepentingan diri tu lagi keji 🙂
Curahan rasa areliff @ ..Ohh!! Pengsan: Buat Pertama Kalinya Guwa Xcident Depan Ukm
hahaa kena lempang, ingat kena sepak dengan google panda.
nak tanya sikit boleh?
macam mana nak hilangkan WWW tu?
Curahan rasa Bro ahmad @ ..Domain sendiri tanpa WWW macam mana?
nak wat juga ke mcm DH ke, removed www kat url blog tu.
Curahan rasa manmala @ ..60,000 Pelajar Di Malaysia Ketagih FB
Semasa setting domain kita boleh pilih nak guna WWW atau tak nak guna. utk blog Denaihati tak guna WWW.
Curahan rasa Denaihati @ ..iPhone 4S baru bukan iPhone 5
ada beza tak, antara letak www dgn tak letak? kut2 ada kelebihan ke…
Curahan rasa manmala @ ..Carian Yang Merbahaya
terasa sangat banyak kekurangan saya dlm ilmu bblog ini …
Curahan rasa Acik @ ..The Big Bad Wolf Returns
saya pun sama, masih baru lagi dlm dunia blog ni.
Curahan rasa manmala @ ..60,000 Pelajar Di Malaysia Ketagih FB
Ingat lempang apa tadi
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Bajet 2012: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara
pehh…kene lempang la plak bro…hehehe
tapi dh ok kan? Kirenya ala2 warning je la tu…:)
Curahan rasa yas @ ..DIY Drone- Oktokopter…Terbaik!!!!!
garang gak google ni ek,
jgn main2 dgn dia…hehee
Curahan rasa noriz @ ..Layan Bajet 2012 : what’s good for me?
Bukan setakat garang boleh jadi kejam kalau tak iku aturan yg ditetapkan.
Curahan rasa Denaihati @ ..iPhone 4S baru bukan iPhone 5
Pasrah jer la.. yang penting ikut peraturan dah cukup..
Curahan rasa Steward John @ ..Review: Sothink Video Converter Pro
masih banyak yg sy kena belajar ttg ilmu blogging ni.. tq 4 sharing
Curahan rasa Ibu Mifzal Arsyad @ ..Download Teks Ucapan Penuh Belanjawan 2012
lempang banyak2
Curahan rasa hafizal @ ..Kisah Isteri Curang
Bounce Rate blog…leh terangkan sikit tak tak paham mcm ner nak buat
Curahan rasa hafizal @ ..Dua Beradik Buat Aksi Lucah Lesbian
terbaik lah….hehehehe…kena lempang sudah
Curahan rasa hafizal @ ..Dua Beradik Buat Aksi Lucah Lesbian
huhu..tak pernah faham pun pasal bounce rate tu…:(
Curahan rasa aibat @ ..Real Steel
Hehehehe…. baca tajuk entri pun dah kelako…… kompom banyak dapat trafik organik dari entri nih…. hehehe
Comments are closed.