Jumlah covid-19 seluruh dunia mencecah 12 juta

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia merekodkan pertambahan 200 ribu kes dalam tempoh 24 jam.

Menurut data terbaharu daripada Johns Hopkins University, jangkitan setakat pagi Khamis mencecah 11.91 juta kes.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jangkitan di negara itu kini melebihi 3 juta kes positif.

Brazil negara kedua dengan kes positif jangkitan tertinggi iaitu 1. 66 juta kes.

India dan Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 742,000 dan 699,000 kes.

Setakat ini, sebanyak 12 negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu Peru, Chile, United Kingdom, Mexico, Sepanyol, Itali, Iran, Pakistan, Arab Saudi, Turki, Perancis dan Afrika Selatan.

Manakala negara yang mencatatkan angka positif melebihi 100,000 adalah Jerman, Bangladesh, Colombia, Kanada dan Qatar.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 85,000 kes.

Sumber: Awani


Spread the love

6 Comments

  1. agak menakutkan juga angka ini..

    negara ini semakin pulih tetapi negara lain masoh bergelut ..

    kesan ekonomianya cukup besar pada masa yang akan datang

  2. Semoga virus ini dpt ditangani dan vaksin ditemui, inshaa Allah! Kita sentiasa berjaga2 dan memohon pada Allah agar dilindungi dari anasir2 yang jahat dan fitnah yg melata.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!