Jiran Hamilkan Isteri

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kisah jiran bujang sama bujang bercinta memang sudah biasa dengar dan terlalu ramai  akhirnya membina mahligai rumah tangga. Mungkin anda salah seorang daripadanya bolehlah kongsikan cerita dengan kami. Yang masalahnya kisah jiran main mata dan mempunyai hubungan rahsia dengan suami atau isteri jiran.  Sesekali pasti kita akan baca di Harian Metro terbongkar kisah cinta rahsia antara jiran yang sudah berkahwin mengakibatkan malapetaka dan kecederaan.

Kisah jiran hamilkan isteri jiran memang pelik kalau berlaku di Malaysia. Agaknya kalau berlaku apa akan jadi bila rahsia terbongkar. Tetapi hakikatnya memang banyak kejadian sebegini berlaku di Malaysia terutama antara rakan kerja itu yang ada istilah “lunch hour husband”. Suami orang dengan isteri orang bersama pasti tiada risiko walaupun sehingga hamil cuma bila keluar anak kenapa pulak wajah tak sama dengan suami. Kesilapan pada kedua-dua pihak suami dan isteri mengakibatkan berlakunya hubungan rahsia dengan jiran atau pun rakan sepejabat.

Aku bawa cerita kisah jiran ini setelah terbaca di blog Zulkbo.com kisah pelik suami minta jiran hamilkan isteri yang berlaku di German. Suami yang mandul telah meminta jirannya bersama dengan isterinya 3 kali seminggu dengan bayaran euro 2,900. Setelah bersama sebanyak 72 kali isterinya masih tidak hamil dan akhirnya didapati jirannya juga mandul. Suami se isteri membawa kes makamah untuk menuntut balik wang yang telah dibayar. Harap kes sebegini tidak akan berlaku di Malaysia.

Dalam Islam hak jiran memang besar sehingga melebih saudara mara yang jauh. Kalau berdoa pun terbaik kita doakan untuk jiran tetapi tidak bolehlah melebihi batas seorang jiran sehingga suami/isteri jiran pun nak dijaga. Tidak kurang juga yang lansung tidak kenal jiran dan tidak pernah bertegur sapa … ini pun salah.


Spread the love

236 Comments

  1. Sbnarnya perkara sebegini berlaku setiap saat, detik dan jam di Malaysia…cumanya kita yang tidak mengetahui, bukan fitnah atau sekadar cerita kosong…..

    Pernah tak anda dengar dari JAKIM sendiri yang kelahiran anak luar nikah di Malaysia setiap jam ada…dan sentiasa ada…jangan terkejut kerana ini sahih…

    Cuma kita beringat dan ingatkan anak, isteri serta keluarga kita..back to the basic….iaitu agama perlu mantap….ingatkan keluarga agar takut dosa yang bakal di terima nanti….dan sentiasa muzakarah kerana Syaitan setiap saat cuba menyesatkan manusia..

  2. macam2 la org zaman sekarang ni.banyak lagi cara y elok tuk pregnant.y x elok ni jugak la nak buat

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!