Assalamualaikum dan salam 1Dunia, maka lengkaplah dunia Apple aku setelah kehadiran Macbook Air mengantikan Toshiba Portege Z830 yang telah di rembat ketika rumah dipecah masuk. Memang kekok berhijrah ke Macbook Air ni almaklum dah bertahun guna macam-macam versi Sony dan terbaru Toshiba jadi terpaksalah panggil sifu Macbook untuk buat kelas khas.
Suatu yang agak pelik semasa 5 penyamun tu geladah rumah, diaorang ambik iPhone 4S tetapi tinggalkan iPad Baru yang hanya terletak sebelah iPhone tersebut. Itulah namanya rezeki ditetapkan ALLAH SWT.
iPhone 4 dan iPhone 4S dah lesap tapi nak tunggu iPhone 5 lama lagi pulak. Banyak sumber mengatakan iPhone 5 production sudah bermula dan sudah banyak blog gadget yang telah membuat iPhones 5 Countdown. Website e-Commerce terbesar China Taoboa telah membuka pre-order untuk iPhone 5. Terasa macam dah tak lama lagi je iPhone 5 ni nak keluar tetapi Apple belum pun buat apa-apa pengumuman. Tapi kalau nak tunggu iPhone 5 keluar pasti ramai yang ada masalah untuk contact aku … nampaknya kena angkat iPhone 4s jelah dulu.
Ada sumber mengatakan iPhone 5 akan dilancarkan di USA pada 7 Ogos 2012 dan akan dilancarkan di Malaysia pada akhir November. Sumber yang lain pula menyatakan iPhone 5 akan dilancarkan mungkin akhir September atau awal Oktober. Harga iPhone 5 sama seperti harga iPhone 4S ketika dilancarkan. Gosip gadget menyatakan antara perubahan iPhone 5 adalah new metal body, larger screen, less glass, new connections, 4G LTE, better batery dan iWallet. Macam menarik je.
Joom kepada peminat iPhone sahaja kita sama-sama countdown pelancaran iPhone 5 Malaysia.
287 Comments
yang pasti Iphone 5 ini lebih bagus dari iPhone 4S.
Curahan rasa Kazen @ ..Wordless Wednesday 48 | Salam Ramadhan Buat Blogger
apa kelebihan dan kekurangan iPhone 5 dari iPhone 4S ?
Curahan rasa Dadan @ ..Kode Unik
iphone 4S pun rasa belum habis musim lagi. datang pulak phone baru. cepat betul zaman berlalu
Curahan rasa Hanif @ ..Review filem ‘The Dark Knight Rises’
Mmg rezki ipad utk bro DH masih kuat lagi.
Jadi, mmg lengkap sungguh koleksi Apple bro DH..mesti boleh kongsi keseronokan guna macbook berbanding toshiba..boleh tak? =)
“Semangat Inspirasi”
http://www.youtube.com/watch?v=Wnlkt2YTCpE
Curahan rasa listrikgrosir @ ..Kembali Menemukan Cinta-Nya
Lagu Cherrybelle
“Semangat Inspirasi”
Ayo Pasti Bisa!
http://www.youtube.com/watch?v=Wnlkt2YTCpE
huhu sayang jugak perompak tu sambar koleksi iphone , adess ..
tapi nasib ada rezeki dgn ipad3 tu , dia tk nampak ke apa kan ..
sambar je lah iphone4s tu heheee
Curahan rasa puanbee @ ..Virus
inyaallah ada rezeki boleh beli juga ni nanti.. kalau tengok dari google semua tunjuk iPhone 5 ni luksinar.. betul ke ?
Curahan rasa myvitrd @ ..Eyriqazz vs Denaihati Peserta Guna Bomoh
Lamanya Aya tak online..tup..tup.. lawat DH, cerita pasal iphone 5. excited aya..sebab skang pun tengah menunggu iphone 5.. my iphone masih 3GS lagi..hehe
Curahan rasa Aya @ ..Wanita Sanggup Mencuri RM840,000 untuk Kahwin
tak tercapai kecanggihan teknologi nih, ada aja yang baru.
Curahan rasa eiela @ ..Pucuk Ubi Punca Kambing Sakit Perut
Hajat nak membeli iPhone 4S pun belum tertunai.. dah nak keluar iPhone 5..
Curahan rasa anif @ ..Version 2.0 – Wordless Wednesday #45
takpe lupakan iphone 4s terus sambar iphone 5 hihihi
Curahan rasa budak felda @ ..Projek BudakFelda : Mencari Penulis Jemputan
Baru jugak iPhone 4s tu, skrg dah version 5. Tak lama lagi sure banyak iPhone4s second hand di pasaran. Apa-apa pun Apple punya product mmg terbaik!
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Handphone Di Sekolah?
Jom belanja saya iPhone!
Curahan rasa Man @ ..25 Fakta Menarik “Selena Gomez”
bebudak tak boleh bawa pi sekolah tahun depan ni ..
Curahan rasa Bro Yusri @ ..10 kereta terpantas di dunia
secanggih mana pun i phone ni canggih lagi nokia 3210 hahahahaha
Comments are closed.