iPhone 11 dan iPhone 11 Pro dilancarkan, mula dijual 27 September di Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selepas setahun menanti, nampaknya Apple tahun ini sekali lagi meneruskan trend pada tahun-tahun lalu dengan memperkenalkan tiga model Apple iPhone.

Seperti yang diumumkan, rekaan yang ditampilkan adalah sama seperti diperlihatkan sebelum ini.

Menerusi model keluaran pada tahun ini, Apple telah membuat sedikit perubahan pada namanya yang terdiri daripada iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

Model iPhone 11 dilancarkan sekaligus menggantikan iPhone XR manakala iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max disasarkan buat mereka yang mahukan lebih kuasa dan prestasi pada sesebuah iPhone.

Spesifikasi iPhone 11

Dari segi spesifikasi, kesemua model ini dilengkapi dengan processor Apple A13 Bionic yang menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak 20% berbanding model sebelum ini.

iPhone 11 juga menampilkan processor yang terbaik pernah dihasilkan buat telefon pintar miliknya sebelum ini.

Mengenai paparan, iPhone 11 masih lagi mengekalkan penggunaan paparan LCD 6.1-inci manakala iPhone 11 Pro menggunakan paparan OLED yang dilengkapi dengan skrin 5.8-inci.

Manakala iPhone 11 Pro Max hadir dengan saiz skrin 6.5-inci.

Menariknya, Apple turut menambah fungsi Super Retina XDR yang menjanjikan kualiti gambar yang lebih menarik berbanding model sebelum ini.

Sebanyak enam warna ditawarkan buat iPhone 11 diperkenalkan termasuk buat iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max.

Warna yang paling menarik perhatian ramai sudah pastinya warna midnight green yang tersedia buat iPhone 11 dan iPhone 11 Pro Max.

Apple kali ini turut memberi penekanan pada bahagian bateri dimana iPhone 11 Pro menjanjikan ketahanan bateri 4 jam lebih lama berbanding iPhone XS manakala iPhone 11 Pro Max pula menawarkan ketahanan 5 bateri jam lebih lama berbanding iPhone XS Max.

Kamera iPhone 11

Seperti yang dapat anda lihat melalui rekaan belakang ketiga-tiga model ini, iPhone 11 hadir dengan dua kamera manakala iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max dilengkapi dengan tiga kamera utama.

Dua kamera pada Apple iPhone 11 dilengkapi dengan sensor 12+12 Megapixel f/1.8+f/2.4 dimana pengguna berpeluang mendapatkan gambar sudut lebar.

Selain itu, pengguna berpeluang melaras zoom untuk setiap gambar dan video yang diambil.

Buat pertama kalinya Apple telah memperkenalkan sokongan night mode yang membolehkan anda mendapatkan gambar yang baik dalam pencahayaan yang gelap.

Penawaran 4K 60FPS untuk kamera hadapan antara yang membuatkan iPhone ini berkuasa dimana Apple mengesahkan iPhone kini memiliki kualiti video terbaik dalam semua telefon pintar.

Bagi iPhone 11 Pro dan Pro Max pula, Apple menampilkan tiga lensa yang terdiri daripada lensa lebar, ultra lebar serta telephoto.

Apple turut memperkenalkan teknologi terbaru yang menjanjikan gambar yang diambil diproses dengan lebih baik dalam mendapatkan imej terbaik.

Harga iPhone 11

Sebaik sahaja pelancaran tiga model terbaru awal pagi tadi, Apple Malaysia terus mengemaskini harga bagi iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max pada laman web rasmi mereka.

Apple iPhone 11 mula ditawarkan dengan harga bermula daripada RM3,399 bagi .

Apple iPhone 11 Pro mula dijual dengan harga RM4,899 dan Apple iPhone 11 Pro Max pula dengan harga RM5,299.

Kesemua harga disebutkan adalah bagi storan 64GB.

Tiga model terbaru daripada Apple ini sedia ditawarkan di rangkaian kedai rasmi Apple Malaysia bermula 27 September ini.

Siapa sangka iPhone 11 akan berada di pasaran Malaysia sepantas ini memandangkan model-model sebelum ini diperkenalkan sebulan selepas pelancaran.

FMT


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!