Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bukan sahaja suami Kak Jie tersentuk hati menonton Iklan Raya Petronas 2012 begitu aku yang pernah berjauhan bertahun-tahun daripada keluarga suatu masa dahulu walaupun tidak sejauh Algeria atau Russia. Setiap kali Aidilfitri pasti saat yang menjerut hati dan perasaan berjauhan dengan keluarga terutama apabila melaungkan takbir raya.
Paling mengusik hati apabila mendengar lagu raya Sudirman “Dari Jauh Ku Pohon Maaf” memang boleh menitis air mata lah tak percaya tanyalah mereka-mereka yang pernah menjadi perantau.
Benarlah seperti kata Ridzuan dalam iklan raya Petronas 2012 apabila kita berada jauh dari Malaysia kita akan betul-betul menghargai Malaysia dan benar-benar cintakan Malaysia. Benci betul aku kalau dengan orang Malaysia yang tak ada rasa cinta pada negara sendiri dan tidak pernah menghargai apa yang kita ada sekarang. Mungkin mereka tidak pernah jadi perantau atau buta hati yang akan hanya celik apabila segalanya sudah ditarik balik oleh ALLAH SWT. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna.
Kalau Rakan Blogger ada kisah kenangan perantau kongsikan kisah tersebut untuk dijadikan iktibar kepada semua pembaca.
174 Comments
lagu ni memang sentiasa menyentuh hati..dengar kat drama pun boleh tersentuh…antara lagu raya yang masih bisa menyentuh hati dan memang terasa suasana hari raya bila dengar lagu ni…biarpun utk perantau aje..
Curahan rasa eryati @ ..Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?
alamak lagu sudirman tu mmg boleh melelehkan air mata..lagi2 tgh driver sorang hehehe..;)
Curahan rasa budakfelda @ ..Olimpik 2012 : Pandelela Rinong Membanggakan Malaysia
Iklan yg terbaik nih…..aku sebulan je duk o/sea…mak aihh…terasa giler rindu bagai kt mesia ehhh…..ibarat kata pepatah, hujan emas negeri org, baik lg hujan batu negeri sendiri….
Curahan rasa yas @ ..Pandalela Rinong Raih Gangsa
best iklan ni..byk pengajaran yg blh kt ambk sbgai teladan..Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri,,,love MALAYSIA!!
Nanti Insya Allah hari raya mudik bertemu orang tua ayah serta ibu
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS Provinsi Kalimantan Tengah 2012
Dan juga bertemu dengan sanak saudara juga di hari Raya Idul Fitri nanti
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS Provinsi Kalimantan Tengah 2012
Sebuah silaturahmi yang seringkali jarang bisa dilakukan selain pada hari raya karena kesibukan masing-masing keluarga
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS Provinsi Kalimantan Tengah 2012
Apalagi bila merantau dan jarak yang memisahkannya pun terbilang tidaklah dekat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS Provinsi Kalimantan Tengah 2012
Myra tak pernah merantau, serius dari kecik sampailah dah kerja + kawen, tak pernah berjauhan dengan family.
walau tak pernah menjadi anak rantau, tapi kesedihan tetap dirasai dan dapat bayngkan jika berjauhan dari family…. huhuuu 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Happy 2nd Anniversary
memang iklan ni sangat2 menyentuh hati. lagi2 part bila dia nak berpisah dengan budak tu..
saya pun pernah berjauhan dari keluarga bila ramadhan. terasa sangat2 sedih.. walaupun tak jauh sampai meninggalkan malaysia, tapi tetap terasa
Curahan rasa boni kacak @ ..Cerita Lawak : Balik Kampung
rasanya ini adalah iklan raya terbaik yang pernah di lihat. Menyentuh hati. Apakah melayu bangsa yang lemah terutamanya bbanding yahudi? TIDAK! Jawapan ilmiah bdasarkan aspek psikologikal
Curahan rasa mell @ ..Siapa Betul – Siapa Salah?
Bila suara takbir bergema,
Suasana desa menjadi ingatan minda,
Namun demi tugas utk negara,
Rela berkorban demi negara tercinta.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
Jiwa terasa sayu di kotaraya,
Mengenangkan kampung halaman,
Kerana tugas kepulangan terpaksa ditunda,
Namun lagu rayalah menjadi teman.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
Pulang ke desa menyambut raya,
Untuk bertemu kaum keluarga,
Sahabat handai jgn dilupa,
Kunjung-mengunjung jadi amalan sentiasa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
Lagu drpd Allahyarhum Sudirman memang tersentuh jiwa dgn lagu “Dari Jauh Ku Pohon Maaf”ketika kita di perantauan, lebih-lebih lagi jika tak dpt pulang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
Klik video ni terlalu panjang utk ditonton, bila akses internet slow, alamak terpaksa tunggu lama la!!
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
Lagu raya menyentuh perasaan,
Bila mendengar alunan mendayu-dayu,
Kesedihan di perantauan jadi igauan,
Menanti saat kepulangan ke desa tersedu-dedu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
memang sedih iklan ni tapi agak panjang sikit.kalau internet lembap tu bersabarla tunggu buffering.haha.
Curahan rasa khairil @ ..MENGERIKAN! Bunyi Jeritan Dikeluarkan Bintang Apabila Ditelan Lubang Hitam Di Angkasa
Comments are closed.