Assalamualaikum dan salam 1Dunia, demam fb ads semakin menjadi-jadi apabila semakin ramai diangkat sebagai sifu FB ads. Memang bagus belajar ilmu fb ads kalau tidak pasti ramai membazir membayar dengan harga yang terlalu mahal untuk iklan di facebook. Boleh juga iklan percuma di facebook tetapi hasilnya memang kurang bagus kerana iklan percuma selalu dipaparkan kepada umum yang kurang memberi kesan.
Soalannya sekarang apa tujuan utama kita beriklan berbayar atau percuma di FB Ads atau di medium-medium sosial media yang lain. Majoriti kelihatan seperti terlalu fokus untuk menjual produk. Mungkin juga hasil didikan sebahagian sifu ads yang sering menekankan berapa hasil jualan untuk setiap sen yang dikeluarkan untuk iklan. Kejayaan atau kegagalan seseorang pengiklan dinilai berdasarkan conversion sesuatu projek pengiklanan.
Aku fb ads dari sudut berbeza. Kalau semasa tidak menggunakan power editor fb ads terlalu banyak duit dibazirkan membayar iklan tetapi sekarang tidak lagi. Aku tidak mementing beberapa banyak jualan untuk setiap iklan fb ads yang dibeli tetapi lebih kepada penjenamaan “Denaihati” pada harga yang lebih murah. Bagi aku penjenamaan adalah raja kepada segala kejayaan dalam perniagaan.
Lihat kepada syarikat berjenama besar seperti KFC, Starbuck, Adidas, Apple, Rolex dan lain-lain jenama besar tidak perlu iklan yang extreme seperti iklan terlajak laris atau qu puteh untuk memikat pelanggan. Syarikat jenama besar hanya mengiklankan jenama mereka sesekali di TV dan membeli sign board besar di tepi highway bukan untuk menjual produk tetapi untuk terus mengaktifkan minda bawa sedar pengguna tentang jenama mereka.
Semasa aku menghadiri seminar lejen IM 2014 jelas bukti menunjukan bahawa mereka yang berjaya menggunakan fb ads adalah mereka yang mempromosi jenama mereka contohnya syarikat gel amani tetapi bukan mereka yang menjual berbagai produk tanpa jenama khas. Jadi pendapat peribadi aku lebih baik seorang blogger gunakan iklan untuk kukuhkan jenama blog.
Apabila jenama blog sudah kukuh pasti berbagai produk boleh dijual malah pasti banyak syarikat yang dengan senang hati suka beriklan pada blog kita. Tujuan mengukuhkan jenama blog atau produk adalah untuk menjadikan jenama tersebut bekerja untuk tuannya pada suatu hari nanti tanpa perlu bekerja terlalu teruk. Lihat sahaja bagaiman Bill Gates sudah berehat sekarang sebagai orang paling kaya di dunia setelah bekerja kuat diawal penubuhan Microsoft, itulah kuasa penjenamaan.
Mungkin 10 tahun nanti Denaihati juga akan jadi begitu. Bagaimana pula perancangan penjenamaan anda?
102 Comments
sebab itu..bentuk jenama kita dari awal.
tapi kalau rasa terlambat pun tak apa..sebab orang yang bina jenama apple dan microsoft pun semuanya orang tua belaka.
Curahan rasa titan @ ..DIAgnosis 2 Reviews
Setuju sngt..jenama adalah tips pnting utk mju dlm bisnes..bknnya bnyk jual produk yg berbagai..
Curahan rasa nur zayyani liman @ ..Rambut Gugur?? Tanda Anda Kekurangan Protein!!
Setuju dengan apa yang dipaparkan oleh Denaihati. Penjenamaan memang sangat penting sekali. Karena jika nama brand dah kuat (dah dikenal banyak orang), meskipun muncul produk dengan jenis yang sama, yang paling diingat orang banyak adalah brand yang paling terkenal lebih dulu.
Curahan rasa Dawaihati @ ..UpToPromo Cara Lain Menghasilkan Uang dari Blog
Kena jadikan blog satu brand. Baru org nak iklan dkt sini. Betul tak?
Curahan rasa Kewangan Graduan @ ..Dividen Bank Rakyat 2014 : 15%
Betul tu seperti blog amanz.my, paultan.org dan beutifulnara sehingga syarikat sanggup bayar mahal kerana jenama mereka.
saya memang nak doakan jenama denaihati antara yang terbaik dalam dunia blogger selepas ini..tak perlu tunggu 10 tahun
Curahan rasa Hanafi Abdullah @ ..Cerita Di Sebalik Dua Blog Terbongkar
penjenamaan adalah ut jangka panjang…
iklan jangka pendek… my 2 cents 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Pizza Hut Big New Year Box
Betul tu utk jangka pendek memang utk jualan tapi kelihatan ramai yg fokus yg jangka pendeka sahaja dan sifu ads pun banyak mengajar utk fokus jualan sahaja.
Curahan rasa Denaihati @ ..GST apa yang kena tax
Betul tu tuan Denaihati, dalam keghairahan melakukan sesuatu perkara,kita perlu beringat dan melihat juga dari sudut yang berbeza.
Curahan rasa myliferia @ ..Sakit Tulang Belakang, Lenguh-lenguh Badan Yang Merimaskan
Semoga impian Denaihati menjadi kenyataan pada suatu hari nanti, inshaa Allah
Curahan rasa myliferia @ ..Pantang Secara Tradisional vs Pantang Secara Moden; Mana Satu Yang Paling Berkesan?
Memang tak apalah tak ada jualan dulu Brand diperkuat nanti setelah brand kuat masalah jualan akan jadi lebih gampang
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Tips Bersabar [1]
Betul, nanti bila dah semua orang kenal, jual apa-apa pun laku. Tak perlu nak promosi bagai dah
Curahan rasa myliferia @ ..Cara Nak Jadi Orang Yang Sangat BERBAKAT
Inshaa allah 10 tahun lagi denaihati mampu menjadi seperti KFC dan mampu berdiri teguh di atas nama denaihati network.
Curahan rasa BloggInspired @ ..Malaysia Best Blog 2015
Aameen, semoga dipermudahkan segala urusan. Lagipun Denaihati punya program, selalunya best-best belaka, mesti ramai yang suka 🙂
setuju.Jenama yang kukuh asas kejayaan kepada sesebuah organisasi. Produk jadi yg ke-2..jenama yang kukuh, letak je apa-apa produk, pasti ada pembeli, janji produk tu berkualiti tinggi.
Curahan rasa JMR @ ..Dayyan Harith. 1tahun 11bulan.
Saya kini pun hebst pergi terjah blog raksn2 lain, agar mereka kenal siapa empunya blog yang sering terjah blog mereka. Ini adflah cara paling baik dan tak perlu bayar sesen pun untuk lawati blog rakan-rakan lain.
Bila kita kerap ke blog mereka, lama kelamaan mereka akan balas juga lawatan kita tu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Panduan Terlaris Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Psikologi S41
Ye betul, sama-sama berbalas kunjungan dan berukhwah. lagipun orang tak suka kalau kita terlalu menjual. Yang penting pasang niat untuk bantu seramai yang mungkin orang lain dengan produk yang kita jual.
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Berhenti Merokok Dengan Cepat Untuk Selama-lamanya
Saya nampak blog Denaihati pun lebih kepada penjenamaan, mana ada beliau promosi produk yang mereka jual.
Kalau ada pun kedua-duanya seiring tetapi fokus lebih kepada penjenamaan.
Sebab itu kita perlu jejaki ke blog orang lain agar tuan punya blog kenal sispa yang bertandang ke blog mereka.
Perkongsian Tuan DH boleh diikuti oleh orang lain juga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Panduan Terlaris Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Psikologi S41
Salam…. saya setuju, jual jenama blog kita dulu supaya orang kenal dan secara automatik apa saja produk akan mereka berkenan tanpa petlu buat promosi besar-besaran.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Panduan Terlaris Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Psikologi S41
Seronoknya bila blog kita sudah mempunyai jenama dan pengikutnya sendiri. Bolehlah buat pengiklanan pula~
Kan, bukan senang nak senang, tapi bila dah Allah beri rezeki, segalanya akan jadi senang.
Curahan rasa myliferia @ ..Pantang Secara Tradisional vs Pantang Secara Moden; Mana Satu Yang Paling Berkesan?
Comments are closed.