Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sekarang ni musim blog awards. Dimulakan dengan Social Media Awards 2012 yang alhamdulillah blog Denaihati dianugerahkan sebagai Best of The Best Blog of the year.
Baru selesai dan menunggu keputusan adalah Malaysia International Tourism Blog Awards. Dengan semangat setiakawan blog Denaihati telah membantu mempromosi beberapa Rakan Blogger yang menyertai. Alhamdulillah The Singing Blogger mendapat vote tertinggi untuk katogeri celebrity. Kepada yang tidak berjaya jangan kecewa, hidupkan mesti berani gagal. Tak kisah tak berjaya mendapat awards kerana dapat peluang penjenamaan itu yang lebih penting.
DiGiWWWOW blog awards masih dalam peringkat pengundian sehingga 13/5/2012. Blog Denaihati mencalonkan diri untuk Blogger of The Year suatu awards yang terlalu besar nilainya dan sepertinya belum layak untuk untuk Denaihati. Kalaulah blog Denaihati sudah mendapat banyak anugerah rasanya baru berani naik kepentas untuk mengambil anugerah sebesar ini. Blogger of The Year sangat besar dan berat tanggungjawab untuk membawa nama itu.
Menyertai blog awards ini pun ada risikonya terutama nak bersaing sesama Rakan Blogger. Baru ada kawan maklumkan beliau di keluarkan dari senarai FB dan Twitter kawan beliau hanya tidak sehaluan dengan isu Bersih 3.0. Rupanya ada juga kawan unfollow FB dan Twitter persaing yang bersaing dalam katogeri yang sama untuk blog awards. Kabarnya ada juga blogger yang mengejek blogger yang lain kerana bersaing untuk mendapat blog awards.
Dunia blog Malaysia bukanlah besar sangat kenapa perlu hilang kawan hanya kerana blog awards. Awards hanyalah awards bukanlah lebih penting daripada persahabatan. Kita boleh bersaing bersungguh-sungguh untuk mendapat awards dengan berbagai cara tetapi jangan sampai memutuskan ikatan persahabatan. Blog awards sepatutnya menjadikan kita lebih profesional bukan memecah belahkan komuniti blogger yang tak ramai mana pun.
420 Comments
harap ada persaingan yang sihat…
moga blogger terus diiktiraf..
eheheee
Curahan rasa mie @ ..Pengalaman Bersama Star Cruise Libra Di Penang
huhu , semoga DH berjaya memenangi gelaran itu.
Curahan rasa Luqman Hakim @ ..KEPUTUSAN MAKTAB PERGURUAN 2012 | KPLSPM 2012
Orang irihati tengok kita menang mencurah-curah,
Tapi harus waspada takut bertambah parah,
Hidup biar bersih hati mesti indah,
Sifat jangan bongkak kecemerlang penuh madah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Memang susah nak jaga hati tetap bersih ya bro
Curahan rasa munir ardi @ ..Are You Already Marketing On The Internet?
Biar apapun orang kata usah ambil kisah,
Harus terus berusaha kejayaan pasti lebih mudah,
Orang irihati tengok kita menang mencurah-curah,
Tapi harus waspada takut bertambah parah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Berani kerana benar takut kerana salah,
Persaingan yang sihat jangan mengaku kalah,
Biar apapun orang kata usah ambil kisah,
Harus terus berusaha kejayaan pasti lebuh mudah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Berani kerana benar takut kerana salah,
Persaingan yang sihat jangan mengaku kalah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
ada terbaca isu ni dalam blog ben ashaari. tajuk yang sama 😉 orang yang takut pada persaingan adalah orang yang takut untuk gagal. orang yang takut gagal adalah orang yang tak berani hadapi cabaran dan kenyataan. peace no war 😉
Curahan rasa rusenidzan @ ..Ummi Iman Follower’s Giveaway
alahai dah takde menda lain ke nak bergaduh…malu la kalau gaduh pasal benda macam ni..aku kalau tau memang hilang respek
Curahan rasa segalabenda @ ..Segalabenda.com dan D3000 berkerjasama
Salam Bro..
ermm..ada juga yang bertindak begitu ye..?
lain orang lain ragam mereka rupanya..
saya masih selesa tidak mencalonkan diri
di mana-mana award..tak sanggup naik
pentas kalau memang..he he..apa pun
all the best untuk anda Bro..semoga berjaya
Curahan rasa zulkbo @ ..Lelaki Kacak Dan Rumahtangga
Kita berbalah malah Syaitan yang menang….Persahabatan lebih penting dari seketul Awards….
Curahan rasa Mrs Beauty @ ..Chest Hair Wax Home Applications Supply Convenient Grooming Choice
betul tu.. api cemburu yang dinyala oleh syaitan
Curahan rasa KiD @ ..Selamat Menunaikan Umrah buat Mak dan Ayah
jangan masuk dalam perangkap syaitan…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
bukan persaingan sihat..
tidak harus diamalkan..
Curahan rasa Mus @ ..Pertandingan Sugandoi 2012 Sempena Tadau Kaamatan 2012
sungguh tidak matang berperangai begitu
bg sy, DH layak utk award Blogger of the year. jgn lah humble sgt… hehehe
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Wordless Wednesday #36: Lawak BERSIH
saya pun setuju..
Curahan rasa Mus @ ..Pertandingan Sugandoi 2012 Sempena Tadau Kaamatan 2012
Mus, orang dah tak kira skrang.. diorang nak menang je fikirnya
Curahan rasa KiD @ ..Selamat Menunaikan Umrah buat Mak dan Ayah
kalau sampai tahap tu, mmgx patut la..
kawan adalah perkara yg sgt penting… 🙂
Curahan rasa gnesop @ ..Menjadi super papa
tanpa kawan pun blog anda tak de guna jugak…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
ape sal ni… tu pun nak gaduh ka….
isy2…..
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Lagu Ibu : Tiadaku mampu membalas jasamu
kalau orang tu putuskan persahabatan hanya kerana award tak heran la sbb dia tak ikhlas berkawan sebenarnya
Curahan rasa Fikri Adhey @ ..Keputusan Penuh ABPBH 2011
Comments are closed.