Assalamualaikum,
Terimakasih kepada tuan rumah denaihati.com kerana memberi keizinan buat ku mencoretkan segala apa yang tersimpan di sanubari, pada mulanya ingin berkongsi di blog sweetkurma.com, tapi pihak sweetkurma menyarankan agar aku melahirkan apa yang tersimpan selama ini di blog denaihati….
Aku sangat suka dengan lirik lagu nyanyian nora “dendam dalam diam”, ianya menggambarkan hati seorang madu, bukan hanya untuk isteri pertama tapi mungkin juga buat isteri ke dua, ke tiga dan ke empat…..
[box type=”shadow”]
Dalam manisnya madu
Terselit juga pahit hempedu
Madu manis padamu
Pahitnya sungguh bagi diriku
Suka atau pun tidak
Aku terus memendam rasa
Ingin sekali aku pergi bawa diri
Tapi ke mana arah
Rasanya sudah tak kuasa lagi
Persoalan inilah yang silih berganti
Hidup bersama bayangan saja
Oh indah hanyalah khabar
Bukan yang sebenar
Dendam di dalam diam
Bagaikan api membakar sekam
Senyum dalam paksaan
Sekadar lindung kedukaan ku
Lagu ini menggambarkan dendam yang tersirat seorang isteri yang dimadu atau bermadu, orang di luar sana sering beranggapan isteri pertama sahaja yang akan merasa sengsaranya hidup di madu, sebenarnya isteri kedua juga ada tahap ke sengsaraannya tersendiri sebagai bermadu, cuma siapa yang simpati dengan sengsara yang ditanggung oleh isteri ke dua? sebab segala tomahan lebih banyak dilemparkan kepada isteri kedua yang biasa di gelar sebagai “perampas”….
Walau sengsara macam mana sekali pun pada peringkat permulaan, sebagai isteri ke dua, aku tidak membiarkan ianya berlarutan, aku mula belajar menerima hakikat sebenar tentang “jodoh” dan juga ketentuan Ilahi buat diriku, aku didik rohani dan jasmani agar menerima segala ketentuan Ilahi, menerima dengan penuh ikhlas, bila datang ikhlas baru lah hilang “dendam” dan melupakan segala janji2 manis yang dihulurkan sebelum ikatan perkahwinan di mana tidak dapat dilaksanakan setelah berkahwin, sebab dia (suami) juga insan biasa yang punya kelemahannya tersendiri…
Berbelas tahun melayari hidup sebagai isteri ke dua bukan sesuatu yang mudah tapi ianya boleh dijalani dengan penuh nikmat jika kita meletakkan diri sebagai seorang hambaNya yang bersyukur atas takdir dan ketentuanNya….
Bagaimana dan macam mana, ianya bermula?
Bagaimana dan macam mana, aku melayarinya?
Bagaimana dan macam mana, akhirnya aku dapat menikmati kemanisan bermadu?
Bagaimana dan macam mana, kemanisan yang ku nikmati, ada ketika di salah erti? entah sampai bila?
InshaAllah, jika di beri peluang oleh tuan rumah, aku akan terus menulis, dengan niat untuk berkongsi sesuatu yang tidak ada pada kebanyakkan orang, sesungguhnya setiap apa yang dibolehkan oleh Allah ada segala rahsia hikmah yang tersembunyi….
Tiada niat untuk aibkan sesiapa pun, hendaknya suami, maduku dan juga diriku, apa yang dipaparkan adalah suatu kisah yang mungkin boleh diambil kira atau sebagai pengajaran bagi yang betul2 memerlukan, untuk meraih simpati sekali kali tidak…. ini adalah HATI SEORANG MADU….!
Tunggu kisah selanjutnya…..
Wassalam
103 Comments
Permulaan cerita tentang madu yang menarik..tak sabar juga untuk baca episod yang seterusnya
Curahan rasa wazy @ ..Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2014
Nak kawin lebih kene tau jaga..Kalau yang pertama blh jaga semuanya..zahir n batin, agama dan keperluan cukup..tak salah kalau kita kawin lagi..
Curahan rasa JAWATAN KOSONG TERKINI @ ..TEMUDUGA TERBUKA KERJAYA DI SINGAPURA
Macam-macam kisah bila bercerita tentang MADU.. 🙂
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bayaran Komisen Kali Ke 14,15 Dari Jobdirumah
minum kopi taruh madu pun sodap… jgn marah gurau je. tapi itulah asam garam kehidupan, ada yg diuji dgn bermadu, ada diuji dengan kekurangan rezeki.
semuanya tu cara allah buat selection “hambaKu yang manakah yang lebih bertaqwa” yang tak bermadu tak semestinya hidup mudah dan bahagia dan kekadang yg bermadu lebih nikmat kehidupannya.
Kagum dgn isteri2 tuan saleh yakob yg 4 org itu…apa formula mrk ye?
Curahan rasa KelipKelip @ ..4 Gambar Serbuk Kopi Mesen Asli Mat Rezeki
madu itu pemakanan sunnah..hehe
entry yg menarik..mcm drama pulak..tunggu ep 2 lak..hehe
Curahan rasa Homestay Melaka @ ..Homestay Melaka oleh AS Homestay
oh aku pun xsanggup dimadukan..hmm..kalau jeruk madu pak ali okey
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Ketakutan Itu Ilusi
Sy percaya hidup bermadu ini penuh dgn cabaran. Ianya mampu dihadapi dgn sabar dan redha. Dan pastinya dua elemen ini ada ganjaran yg besar
Curahan rasa eXplorasa @ ..Terjah eXplorasa Minggu Ini
Wahhh. Mesti ramai yg tertunggu sambungan entri ini
Curahan rasa Sohoque @ ..Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014
tu la..Hati Seorang Madu episod 2..agak-agak ada berapa episod ni?
Curahan rasa JMR @ ..KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA THOMAS 2014
Bermadu ni manis kalau suami mampu untuk membahagikan sebaik-baiknya… jangan abaikan salah satu, tu yang penting..
Curahan rasa Viral Anchor @ ..Crows Make Nests With Hangers, Something You Rarely See.
Banyak terlepas entry2 terbaru dalam blog Denaihati dek kesibukan… xpe2. ada masa nti saya terjah.. 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Wordless Wednesday: Semoga panjang umur murah rezeki
waahhhh… Entry siap ada video lg.. suka.. suka… 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Wordless Wednesday: Semoga panjang umur murah rezeki
Assalamualaikum.. Secara peribadi saya berpendapat isteri kedua bukanlah perampas.. Suami mempunyai hak selagi tidak mengurangkan hak isteri pertama.. Jika hak isteri pertama berkurangan, itu adalah kesalahan suami, bukan kesalahan isteri kedua.. Harap mereka dapat membahagiakan diri mereka dan suami mereka sehingga ke akhir hayat.
Curahan rasa Mia @ ..Pelakon Drama ‘Walau Sedetik Cuma’ Meminta Sebaran Gambar Dihentikan – Ana Dahlia
Saya dengan sabar menunggu kisah selanjutnya.
Bagi saya tak kira isteri yang nombor 1,2, 3 atau 4 masing-masing akan merasai kesengsaraan tersendiri. Paling penting cara kita menerima dan cara kita berfikir utk menghadapi situasi tersebut. Bukan sikit kesabaran yang ditagih untuk hidup bermadu, begitu juga dengan suami.
Curahan rasa JuneAina @ ..Gaji Sikit Cukup Gaji Banyak Pun Cukup-Cukup
madu ada manisnya ada tawarnya..eh ada ke madu tawar ni… apapun mereka juga manusia biasa kan..
Curahan rasa ema @ ..Layan Diri Dobi 24 Jam Desa Petaling
madu kalau makanan manislah sis ema 🙂 kalau bijak bermadu cari ruang dapat banyak pahalakan Allah beri
Curahan rasa suri @ ..Bertelur Besar
Luahan wife siapa ni. Huhu. Kena tunggu next entry D
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Cara Nak Daftar & Jadi Ahli Shaklee Dengan Harga Hanya…
Comments are closed.