Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam perjalanan hidup ini adakalanya kita merasa kecewa. Amat kecewa sekali. Sesuatu yang hilang dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Akhirnya angan-angan ini tenggelam perlahan-lahan.
Sungguh, semua itu telah menghadirkan kekecewaan yang begitu menggelora didalam jiwa. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran.
Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara
Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan.
Tetapi tidak setiap yang kita inginkan dapat dikecap, tidak setiap yang kita mahu boleh tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi.
Banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa asal itu semua pemberian Allah hingga membuatkannya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Hakikat kegagalan adalah sesuatu yang memang bukan hak kita, yang telah ditetapkan oleh Nya.

Bukan Milik Kita
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, seperti itu rezeki, jawatan dan kedudukan pasti akan Allah sampaikan.
Tetapi apa yang memang bukan milik kita, maka tidak akan dapat kita miliki, meski ia nyaris menghampiri kita, meskipun kita bermati-matian mengusahakannya.
Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikaNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri” (QS Al-Hadid ; 22-23)

Kadangkala kita tidak sedar dengan menyalahkan Allah tentang harta kita, bukanya meminta yang terbaik dalam istikharah kita. Seakan kita yang menentukan segalanya.
Apa-apa yang kita rasa perlu didunia ini, haruslah boleh memberi harapan kepada kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup di akhirat kelak!
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu.
-akuislam.com-
6 Comments
Semua yang ada pada diri kita adalah milik ALLOH yang dititipkan pada kita. Suatu saat titipan itu akan diambil oleh sang pemiliknya.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Kenali Wakaf Asuransi Syariah Lebih Dekat
Usaha yang terbaik, selebihnya Allah yang tentukan. Tugas kita hamba buat yang terbaik, jika diberi Alhamdulillah, jika tidak atau belum sangka baik denga Allah, mungkin ada perancanganNya yang lebih baik untuk kita. Dia Maha Mengetahui. Niat ada harta banyak untuk jadi orang yang bermanfaat untuk agama khususnya.
Curahan rasa mommyluv @ ..10 Petua Hilangkan Batuk Selsema Anak Bawah 2 Tahun Tanpa Ubat
Yang dimakan ditelan ke perut,
Yang dipakai akhirnya lusuh.
Diberi pinjaman sebelum akhirat,
Pabila mati ditinggal jauh.
Curahan rasa Wan @ ..Auto Balance Coversion bagi kad kredit dengan baki tertunggak.
‘Harta” yang patut kita syukuri adalah kemampuan untuk berusaha. Apa-apa hasil dari apa yang kita usahakan itu patut disyukuri dan dinikmati.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Bisnes Air Balang Vs Katering Air Balang Mana Lebih Bagus?
Betul. Semua di dunia ini milik Allah. Apa yang ada dengan kita adalah dari rahmatNya 🙂
Curahan rasa aryn fadz lee @ ..CARA ATASI KEBAS DAN LENGUH DI TANGAN
Tiada harta tiada salahnya tapi tanpa harta juga sukar untuk hidup.
Nak tegakkan agama juga perlu harta, boleh diwakafkan dan disedekahkan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Produk Tempatan Yang Boleh Dijual Di Ebay
Comments are closed.