Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, soalan biasa dari kawan-kawan bila mereka tahu kita blogger ialah boleh buat duit ke jadi blogger ni dan macam mana buat duit dengan blog. Kepada yang datang seminar buat duit dengan blog 2012 pasti tahu ada macam-macam cara buat duit dengan blog.
Memang ada macam-maca cara buat duit dengan blog tapi cara paling popular dan jadi rebutan di kalangan blogger adalah buat duit dengan iklan. Memanglah kalau kita tengok kebanyakan pemain industri online seperti Google, Yahoo, Bing, Facebook, Twitter dan lain-lain buat duit dengan iklan. Biasa kita baca di dinding facebook dan entri blog perbincangan panas berapa kadar bayaran iklan yang sepatutnya dikenakan kepada pengiklan. Ada juga Blogger yang kurang puas hati kerana pengiklan lebih suka memberi iklan percuma dan ada blogger yang menerima.
Daripada banyak perbincangan yang aku buat dengan Rakan Blogger dan syarikat pengiklan masih ramai lagi yang tak tahu bagaimana nak letak nilai sebenar iklan di blog. Ramai yang menilai kadar iklan dengan merujuk kepada trafik blog semakin tinggi trafik semakin mahal iklan sebab itu hampir semua syarikat pengiklan akan minta laporan trafik sesebuah blog. Jadi bila trafik sikit automatik blogger akan letak harga terlalu murah sehingga menjejas harga pasaran.
Tak banyak pengiklan faham kenapa mereka perlu beriklan di blog dan tak ramai blogger yang dapat menerangkan kenapa pentingnya syarikat mengiklankan produk dan perkhidmatan di blog. Banyak syarikat beriklan di blog kerana mengikut trend syarikat lain yang beriklan di blog dan paling penting harganya lebih murah berbanding beriklan di media masa yang lain. Ramai Blogger pulak menerima iklan sebab nak dapat pendapatan online seperti blogger lain sebab itu ada yang sanggup menerima dengan harga yang rendah.
Bagi aku trafik blog bukan sebab paling utama untuk syarikat beriklan di blog. Trafik blog datang dan pergi, paling lama biasanya satu-satu iklan boleh diletak sebagai sticky post adalah 48 jam jadi selepas itu iklan tersebut akan hilang daripada pandangan pembaca. Sebenarnya faktor paling penting untuk beriklan di blog adalah kekuatan SEO blog tersebut yang membolehkan iklan tersebut kekal lama di search engine.
Blog yang mempunyai kekuatan SEO akan menjadi orang tengah untuk meletakan produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat di top 10 search engine. Kewujudan iklan syarikat tersebut di top 10 search engin dalam tempoh yang lama akan membantu meningkatkan jualan. Seorang pakar “online marketing” telah membongkar rahsia perbezaan jualan rank no 1 dan rank no 10 di Google adalah lebih daripada sepuluh kali ganda. Syarikat yang faham kuasa SEO sanggup membayar iklan berapa sahaja kerana dengan sekali bayar mereka akan menguasai pasaran dalam tempoh yang lama berbanding beriklan di media masa yang hanya dipaparkan dalam tempoh yang singkat.
2014 adalah tahun untuk blogger belajar dan menguasai ilmu SEO kerana dengan kekuatan SEO anda boleh meletakkan harga iklan yang lebih mahal. Dengan ilmu SEO blogger boleh meyakinkan banyak syarikat yang sedang tercari-cari cara promosi yang terbaik untuk meningkatkan jualan mereka walaupun dengan trafik blog yang sederhana sahaja. Peluang kepada Blogger terlalu besar kerana mengikut rekod terkini hampir 73% usahawan IKS Malaysia masih buta ICT. 73% daripada 645 ribu IKS Malaysia adalah peluang kepada blogger yang mahir SEO. Jangan sekadar berlegar-legar dan berebut pada syarikat yang sama sehingga menawarkan harga iklan yang terlalu rendah dan kemudian bermasam muka antara blogger. Rakan blogger kena belajar dari Blogger Eyriqazz yang sentiasa berani mencari peluang baru dalam industri yang sangat luas.
Rahsia paling utama adalah menguasai ilmu SEO yang mampu meletakan iklan di muka pertama search engine. Dengan ilmu SEO yang mantap walaupun trafik blog sederhana blogger boleh menetapkan harga iklan yang lebih mahal senilai dengan ilmu yang ada dan dihormati oleh syarikat pengiklan. Nak belajar ilmu SEO pun kena keluar modal tapi apa salahnya keluar sikit untuk pendapatan online yang berganda-ganda yang boleh mengubah nasib keluarga dalam dunia yang semakin mencabar. Siapa lagi nak mengubah diri kita selain diri kita sendiri.
588 Comments
godek2 jumpe link ni.. terima kasih atas perkongsian… masih bertatih
Curahan rasa yoorin @ ..Kagum Dengan Proton Iriz
memang terbaik la bro. seo untuk dapatkan trafik adalah cara terbaik.
Curahan rasa SifuBiz @ ..Cara Selesaikan Masalah Serangan Malware di Blog
Sangat-sangat setuju.. SEO sgt penting kalo kita nak tawarkan pakej pengiklanan..
Alhamdulillah.. majoriti pelawat blog Aya iaitu BloggerWanita.com datangnya dari Enjin carian Google
Curahan rasa Aya @ ..Trafik Blog Blogger Wanita 3 Ribu Sehari, Rahsia? Tips?
Wah, selalu tengok blogger buat bahagian iklan kotak-kotak kecil kat atas ataupun tepi blog je. Ranking harga pon setakat bawah RM30. Tak tau la berapa untungye tu.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..1 0 0 0 : Bukan Sekadar Nombor
bolehlah kot kan aksara biru, daripada tiada langsung pendapatan. kalau ada yang beriklan kita lima blogger, lima kali dengan rm30.00, duit juga tu 🙂 masyuk!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
kalau ada peniaga juga yang ingin mengiklankan sesuatu barangan produk mereka, pasti blogger macam kita ni akan mendapat kelebihan 😀
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
mungkin nilainya tak besar..tetapi bagi saya itu sudah cukup untuk buat modal renew domain atau buat bayar bil internet
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Impian Dan Harapan 2015
Setuju sangat…. semua perkara dan urusan akan nampak bernilai dan valuable jika ada ilmu.
Ilmu yang diperolehi harus dipraktikkan dengan segera agar lebih bernilai!
Curahan rasa aLiXaL @ ..Harga Sebuah Pengorbanan : Sebesar Iceberg Atau Seteguh Tembok Cina?
betul, orang kata ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. So, jangan sia-siakan ilmu tu tanpa diamalkan.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..1 0 0 0 : Bukan Sekadar Nombor
blogger pun kenalah faham kalau nak letak harga tinggi atau rendah satu-satu iklan kan. kalau nak menjana pendapatan sendiri, boleh letak harga yang kita nak. tapi jangan demand sangat.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
setuju tue..kena ikut prestasi blog..biar pihak yang nak beriklan tu tak rugi dan mencapai sasaran mereka untuk promosikan produk mereka
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jom Aktifkan Mykad
Yup. PG amat yakin, masih ramai para syarikat pengiklanan diluar sana yang masih tidak faham kenapa perlunya kita beriklan dalam blog.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
seminar buat duit dengan blog memang patut lagi diadakan kot, ini bagi menerangkan juga sama, berapa harga iklan yang patut kita bagi dekat pengiklan agar dua kerjasama terjalin dengan baik.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Comments are closed.