Guna telefon ketika memandu, nak kena denda ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini, Australia menguatkuasakan penggunaan telefon kamera khas bagi mengesan pemandu yang menggunakan telefon bimbit di jalan raya. Penguatkuasaan itu menjadikan negara itu yang pertama di dunia berbuat demikian.

Menggunakan sistem radar, kamera yang dipasang boleh merakam pemandu yang menggunakan telefon bimbit melalui cermin sisi kenderaan.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Langkah yang diambil itu adalah bagi mengurangkan kecelakaan di jalan raya kerana satu daripada 4 kes kemalangan yang berlaku di negara itu berpunca daripada penggunaan telefon bimbit.

Bahaya lebih terdedah di jalanraya

Di Australia sudah bermula peraturan melibatkan penggunaan telefon bimbit sambil memandu. Menggunakan tangan memegang telefon bimbit semasa memandu, membuat, menghantar atau melihat mesej teks, mesej video, e-mel atau komunikasi yang serupa semasa memandu, kesemua itu dikenakan denda $400 dan demerit 3 markah.

Senario ini bukan lagi perkara asing. Setakat ini denda RM300 bagi kesalahan menggunakan telefon bimbit seakan sedikit pun tidak memberi kesan malah rata-rata pemandu masih bersikap tidak endah dan masih menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Tahap keseriusan pemandu yang menggunakan telefon bimbit amat membimbangkan sehinggakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meletakkan ia sebagai salah satu daripada 6 punca utama berlakunya kemalangan jalan raya di Malaysia.

Gangguan dan tidak fokus dengan pemanduan

Pada masa ini tidak terdapat statistik khusus bagi kemalangan yang diakibatkan penggunaan telefon bimbit. Biasanya penggunaan telefon bimbit dikategorikan sebagai kesalahan memandu secara cuai.

Bukan sahaja tabiat membalas masej dan membuat panggilan telefon, aktiviti lain seperti mengawal sistem navigasi, mengawal sistem maklumat di dalam kenderaan seperti radio, pemain DVD dan MP3 juga boleh mengganggu tumpuan ketika pemanduan.

Semakin lama masa tindak balas dengan telefon bimbit semakin tinggi kadar gangguan ketika memandu. Menaip menggunakan telefon bimbit adalah lebih terganggu dan merbahaya jika dibandingkan berbual melalui telefon bimbit.

Ini disebabkan apabila menaip, pemandu akan meibatkan beberapa jenis gangguan iaitu gangguan secara visual, fizikal dan kognitif yang boleh mengganggu tumpuan ketika memandu dan meningkatkan risiko untuk terlibat dengan kemalangan.

Langkah Australia memang satu langkah yang baik namun kajian secara terperinci daripada pelbagai sudut perlu dilakukan sekiranya usaha seperti itu ingin dilaksanakan di Malaysia.

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!