Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah cuaca sangat baik untuk kita menyaksikan fenomena gerhana bulan berdarah bermula jam 7 pm sehingga 9.33 pm yang berlaku pada 8/10/2014. Menyaksikan satu lagi tanda kebesaran ALLAH yang mentadbir alam semesta menimbulkan rasa kerdilnya diri kita sebagai hamba Nya.
Fenomena gerhana bulan selalu dikaitan dengan berbagai misteri alam sehinggalah kejadian bencana alam. Banyak kejadian aneh dan bencana alam yang sudah berlaku pada gerhana bulan yang sebelum ini. Adakah ianya hanya suatu kebetulan atau suatu petanda hanya ALLAH sahaja yang mengetahui. Sebagai hamba-Nya kita mesti yakin segala kejadian adalah bukti kekuasaan ALLAH bukan jin atau syaitan seperti mitos tertentu.
Seorang teman yang berada di Mekah telah mengirim whatsapp :
“9.33 pm waktu Malaysia bersamaan 4.33 pm waktu Mekah tamatnya gerhana bulan di Malaysia. Pada jam 4.30 pm ni tadi guruh sangat kuat. Adakah ada apa-apa yg akan blaku? Wallahua’lam!”
Fenomena gerhana bulan dan gerhana matahari memang ada disebut dalam Al Quran sebagai tanda kebesaran ALLAH. Umat Islam disunatkan untuk solat sunat kusuf setiap kali berlaku gerhana bulan dan matahari sebagai tanda ketaqwaan kita kepada ALLAH. Bila kita renung bulan dan matahari di langit pasti terasa terlalu kerdil diri ibarat debu-debu berterbangan yang tidak akan dilihat sesiapa melainkan ALLAH. Manusia yang lupa pada Tuhan tidak pernah akan merasa diri mereka kerdil tetapi sentiasa memaparkan keegoan, kesombongan dan keangkuhan.
Adakah fenomena gerhana bulan berdarah tanda bahawa dunia ini sudah terlalu tua?
Dan adakah ia sebagai peringatan Allah kepada kita tentang akhir zaman?
442 Comments
seronok bila berkongsi gambar dengan denaihati , ab dan yang lain sambil memuji kebesaran Allah
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 26/2014_ SME Micro Finance
saya dapat melihat dekat dalam internet sahaja. kawan rapat tak ambil ini gambar
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 26/2014_ SME Micro Finance
Sy pun tgk gmbr yg kwn kwn share kat fb je. Cantik sgt. Indah sungguh ciptaan Tuhan.
Curahan rasa Mama Izz Zara @ ..Review Skin Care Mary Kay (Timewise Set)
saya harap entri akan datang denaihati akan buat solat gerhana bulan nanti
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 26/2014_ SME Micro Finance
Betul tu. Saya pun masih belajar tentang cara cara nak solat sunat gerhana sebab caranya mmg berbeza dengan solat sunat yang lain.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
geram dengan sesetanagah dari orang barat suka edit gambar ada unsur agama
Curahan rasa cahayacinta @ ..Ada Hantu Bungkus Sayur Dalam Peti Ais Kami? Tidak!!
Tanda tanda kebesaran dan keagungan yg Maha Pencipta…maha agung
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
sayu orang tidak kurniakan mata cuma hati jiwa pinjamkannya. mereka terkadnag lebih syukur dari orang normal
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 26/2014_ SME Micro Finance
sesungguhnya beruntung kita sebab ada sepasang mata sebab kita mampu melihat akan kebesaran ini.
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 26/2014_ SME Micro Finance
Walaupun org sedemikian buta..tapi mereka celik hati berbanding manusia biasa
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
betul tu. Beruntung kita dikurniakan mata yg mampu melihat keindahan ciptaan Tuhan.
Curahan rasa Mama Izz Zara @ ..Review Skin Care Mary Kay (Timewise Set)
terasa diri ini sungguh kerdil.marilah kita ucapkan syukur atas rahmat yang berikan kepada kita semua
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 24/2014_HP PC Demand Gen Digital Campaign
keindahan hujan keindahan bulan keindaha muka bumi indah harus harga tapi sekarang nikmat itu ramai yang tidak endahkannya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Melakar Syurgawi Idaman
beruntunglah bagi orang yang bersyukur dan rugi bagi orang leka dan lalai
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 24/2014_HP PC Demand Gen Digital Campaign
salah satu pancaindera yang Tuhan perlihatkan pada kita dan satu dunia inilah yang Allah miliki
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 26/2014_ SME Micro Finance
bumi sudha tua mungkin jugakan sebab lama menanggung derita manusia yang sentiasa leka
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 26/2014_ SME Micro Finance
Kejadian bencana alam kerap berlaku, ..antara amaran yg diberi oleh Allah untuk umatnya sentiasa bersiap sedia mgkin…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Bila sesuatu berlaku itu sebahagian tanda kebesaranNya. Bagi tahu dia bersykur seadanya
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 26/2014_ SME Micro Finance
alhamdulillah hari ini ipoh hujan tapi tak ada lagi gerhana bulan berdarah
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 26/2014_ SME Micro Finance
Comments are closed.