Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kali ini blog Denaihati memaparkan hasil tulisan Anne Khairanie Mohd Ismail yang mengupas isu semasa yang sering menjadi polimik di kalangan masyarakat untuk kita sama-sama selusuri dan perdebatkan. Pasti kita ada pendapat tersendiri dalam isu ini jadi jangan malu untuk berkongsi untuk kebaikan bersama. Joom baca :
Jika di Tanya kepada saya, semestinya diam sejenak cuba fikirkan game membantu atau sebaliknya. Kalau kita fikir ia positif tidak mustahil keadaan itu akan menjadi positif. Dan kalau kita fikir buruk tidak hairan juga lah ia akan menjadi sebaliknya. Pandangan setiap semua orang ada bezanya kerana ideology adalah pendapat peribadi yang jika difikir adalah ada betulnya. Berbeza kalau ia adalah satu fakta yang sememangnya tidak bole diubah atau di olah menjadi lebih menarik.
Bagi saya baik atau buruk kedua-dua nya harus di nilai sama rata. Kalau kita lihat dari sudut buruk tidak terkejar ibu baba mengikut rentak anak-anak meronta meminta belikan mereka game. Tambahan pula bercambah diluar sana game diperkenalkan. Sedangkan ibu bapa tidak sempat nak update jenama-jenama game dipasaran, tetapi anak-anak sudah sedia maklum semua jenis game di pasaran.
Kalau kita lihat di sudut baik game ini boleh merangsang otak anak-anak dan membantu tumbesaran mereka. Ada game yang berbentuk pelajaran jadi tidak perlu risaulah ibu bapa untuk memaksa anak-anak belajar kerana mereka boleh belajar sesuatu daripada game tersebut.
Di sini saya cuba kupaskan beberapa pandangan dan pendapat sesetengah individu mengenai permainan game ini kepada kanak-kanak.
Pendapat 1 : Mungkin ada yang rasa bermain game ini membazir saja kan. Kalau anda nak tahu, ada juga kebaikan bermain game sebegini. Contohnya bila anda mnyelesaikan puzzle, kita dah pun memaksa otak anda berfikir. Otak juga kena diasah juga sekali sekala, bukan badan saja. Kalau tidak, mudah kena nyanyuk (Alzheimer) nanti. Game pun boleh mnyebabkan tindak balas kita menjadi cepat. Cuba kita bayangkan anda bermain Dioblo. contohnya, tentu mata dan tangan kita kena sentiasa bergerak dengan kehadiran musuh dalam game tersebut. Kalau tidak,matilah pahlawan kita.Tetapi kita pandai2 bahagikan masa untuk bermain, dan tak juga abaikan tanggung kita.
Pendapat 2 : Jangan disalah tafsir dengan permainan video yang terdapat di pasaran pada masa kini. segelintir peminat permainan video ini telah dapat menguasai bahasa inggeris. hal ini kerana, permainan ini dapat merangsang pemikiran seseorang pemain untuk mengambil langkah yang sepatutunya bagi menangani sesuatu masalah yang di timpa. selain itu juga, para peniaga dapat menambah pendapatan untuk menyara hidup yang kosnya semakin meningkat pada kala ini. kesan daripada ini, ia dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara. permainan ini juga dapat mengurangkan stres setelah seharian penat bekerja.
Pendapat 3 : Sebelum ni ramai je yg kata game ni tak bgus untuk kesihatan…terutama orang tua la kan….tapi cuba kita tengok dari sudut yang lain… biasanya dalam setiap games pasti ada “goal”….so, untuk achieve goal tu, kita perlukan concentration yang tinggi …..contoh game dalam facebook “pet society” or mungkin “mafia”(contoh je la…)….utk naik level, kita sanggup berdepan dgn computer pagi, petang, siang malam……. (kalo boleh la…)… ada yg sanggup tak tidur untuk itu….. ada yg sanggup tak makan ….. tak mandi.. dan sebagainya tapi kadang-kadang bagus juga ….sbb utk achieve goal, kite kena ada strategies….. kadang-kadang kita ada cuba satu cara tu, then bila salah, kita sanggup cari cara lain…. janji menang… kadang-kadang tu, rasa tak sabar nak tngok ape level seterusnya atau bilakah endingnya game ini….hahah (seperti yg aku selalu buat)… tapi, sekarang ini, aku cuba applykan untuk harian aku … urmm…”my to-do list”….aku pasti ramai yang dah buat …. tapp aku mula rasakan keberkesanannya dalam hidup aku …. hari itu aku listkan apeje kerja-kerja sekolah, or apa-apa je la yang patut aku buat… sampaikan nak amek “certificate” n excuse letter pun aku tulis….. barulah ternampak betapa banyaknya kerja yang aku tak buat lagi ….aku confuse yang amat… macam man ingin sattlekan semua….so, aku buat macam seolaholah aku sedang bermain game… aku jadikan apa yg ada dalam list aku sebagai “goal” yang aku kena achieve…setiap kali mission “accomplished”, aku akan tick disebelahnya…. memang tak tidur …semalam je, seharian aku di depan komputer….daro tak buat apa-apa, sekarang dah tinggal 10%…. cuba bayangkan….. so, aku fikir semua ini mindset kita jugak….nak buat sesuatu, kena ikut interest kita…. even benda tu kita tak suka nak buat…. so, macam satu pengajaran untuk aku lah.
Satu tatapan yang menarik daripada seorang ayah terhadap anak-anak sekarang. Mari kita semua teliti dan hayati apa yang diperkatan oleh beliau.
Memang betul ada rasionalnya pendedahan awal teknologi boleh meningkatkan pemahaman anak-anak kepada sains dan teknologi, seperti mana yang telah negara Jepun amalkan. Tetapi jika teknologi itu hanya sekadar mahir dalam bidang permainan game semata-mata. Adakah ia satu kebaikan kepada anak-anak zaman sekarang? Saya risau bila terlalu banyak disogokkan dengan teknologi berbentuk hiburan seperti itu, proses tumbesaran mereka, terutamanya dari sudut mental dan emosi akan menjadi kurang sempurna berikutan ‘proses pematangan yang terlalu awal’.
Bukan itu sahaja, mereka turut berisiko untuk menjadi seorang yang pendiam dan suka menyendiri sekiranya terlalu asyik dengan permainan game sahaja.. Malahan ada di antara kes kemurungan yang saya dengar, dilaporkan berpunca daripada perkara remeh di atas.
Atas dasar itu saya selalu memberi ruang kebebasan sepenuhnya untuk anak-anak saya bermain dan bergaul dengan rakan sebaya (dengan pemantauan), agar mereka tidak terlalu dibebani ‘kebahagiaan dunia’ dan ‘keindahan teknologi’ semata-mata. Bagi saya proses tumbesaran secara alami, sebenarnya jauh lebih penting berbanding cara pembelajaran yang dipraktikkan oleh negara matahari terbit tersebut.
Kadang-kadang saya sendiri turut merasa kasihan melihat anak buah dan anak lelaki saya yang berumur 7 tahun bermain seorang diri atau berdua di taman permainan. Bukan disebabkan perangai mereka berdua seperti kera sumbang, tapi kerana semakin ramai kanak-kanak seusia mereka menjadi tahanan di rumah sendiri. Iyelah nak pergi rumah jiran sebelah, tembok sebesar menara menjadi penghalang (teknologi juga bukan?), nak bagi keluar, anak tidak mahu sebab terlalu asyik dengan permainannya. Kalau nak minta ibu bapa temankan pula, mereka sibuk mengejar harta dunia. Jadi nak kawan dengan siapa?
Bayangkanlah bagaimana agaknya kanak-kanak yang saya maksudkan itu bersosial sekiranya masa mereka lebih banyak dihabiskan dengan dunia game dan pembelajaran yang tiada penghujungnya suatu hari nanti. Bolehkah mereka mengawal perasaan dan tindakan sekiranya dipujuk oleh rakan sebaya dengan hanya berbekalkan pendedahan persekitaran yang rapuh sedari kecil lagi? Tepuk dada tanya selera.
Sekarang kita semua maklum semua orang punyai pendapat dan ideology yang berbeza. Cuma bezanya tahap mana kita semua boleh menerima sesuatu pendapat itu atau kita abaikan sahaja.walau apapun bagi saya kita harus bersifat sederhana dalam sesuatu penggunaan atau apa sahaja. Kita harus mempuanyi tahap pengawalan kepada anak-anak untuk mengelakkan mereka tersasar jauh. Oleh itu dengan coretan ini kita sama-sama boleh menilai sejauh mana permainan game ini memberi kesan buruk atau positif terhadap anak-anak zaman sekarang.
No related posts.
137 Comments
bg sha ibu bapa perlu mengawal anak2 ketika bermain game… hadkan masa mungkin 20 minit sahaja sekali main….
Curahan rasa sha @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Say no to Game !!!!!
Curahan rasa Commonwealth Life Perusahaan Asuransi Jiwa Terbaik Indonesia @ ..Cara memakai Jilbab Paris
tq nice comment
Ada game yang khusus dirancang untuk perkembangan minda anak kalau game yang dibuat oleh konsol dan ps cayalah semuanya hanya membuat anak lupa waktu
Curahan rasa munir ardi @ ..Can you predict ideas May Google launch in 2013
baik men game kat umah dari merempit tak tentu pasal..
Curahan rasa zul @ ..Lelaki Ini Kutuk Aksi Harimau Malaya Dan Mengata Sultan melalui facebook
setuju dengan entry ini.. anak2 bila nak membesar nanti, hope tak melekat sangat dengan game atau gajet. Takut bila membesar tak ‘sosial’ sangat. Kena juga tampilkan diri anak2 supaya bergail dan bermain2 macam kita dulu. anak-anak akan juga matang jika berdamping dengan rakan sebaya yang betul. Game or gajet, mungkin sebagai satu batu loncatan untuk menambah pengetahuan.. tul tak? 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Baju Eksklusif Aaron Aziz a.k.a. Adam Mukhriz
game ni ada kebaikan dan keburukannya kepada kanak-kanak malah orang dewasa… terpulang kepada ibubapa bagaimana memilih permainan yang sesuai. satu perkongsian yang bagus sekali.
Curahan rasa donnyien @ ..Perjalanan yang tidak di sangka-sangka
Kita yang tua ni kalau jenis main game pun ketagih, inikan anak kecil
Curahan rasa cikgu naman @ ..Nak Jadi ProBlogger Seawal 18 tahun
Haha.. betul sekali bro, yang besar pun boleh ketagih, inikan anak yang baru membesar…
Curahan rasa donnyien @ ..Abang penulis yang bagus
perkongsian buah fikiran yang sangat baik buat pedoman ibu bapa zaman gajet ni
Kadang² naik risau jugak anak sulung saya yang 3 tahun ni dah pandai main game bagai, tapi nasib baik boleh dikawal lagi.
Alhamdulillah dah banyak belajar macam² dari aplikasi gajet tersebut. Banyak pro n kons.
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5 Gadget Impian
sama laaa cikgu.. dan rasanya kena selang seli dengan game ABC ke.. alif ba ta ke.. secara pembelajaran..
Curahan rasa KiD @ ..Baju Eksklusif Aaron Aziz a.k.a. Adam Mukhriz
bagi anak2 main game ok. tp jangan berlebihan. buat jadual main game utk mereka…
Curahan rasa sohoque @ ..Tips Murah Rezeki: Sentiasa Kekal Berwudhuk
ada beberapa game yang membantu mengasah bakat dan kefahaman kanak-kanak namun terdapat juga yang hanya melahirkan hanya permainan tetapi tiada pengajaran.. ibu bapa harus pantau..
Curahan rasa abangkhai @ ..Negeri Melaka yang indah..
Saya kenal game ni seawal 7 tahun,lama-kelamaan faham dan fasih berbahasa inggeris,rasanya game ni banyak dari segi positif kalau kita guna dengan cara yang betul
Curahan rasa wazy @ ..Bagaimana Sistem Lengkap Pemasaran Email Autoviral “Percutian Australia” Dapat Membantu Anda
tidak pernah terlibat dengan mana2 game, jadi tak boleh nak komen banyak, tapi anak2 memang lah “king of game”, tapi dari apa yang dicoretkan banyak kebenarannya dan logik…
Curahan rasa sweetkurma @ ..iPhone 5 Gadget Impian
selagi mana setiap kerja laku anak anak dibawah pantauan ibu bapa dan ibu bapa pulak pandai menguruskan dengan sepatutnya, tak jadi masalah kalau nak bagi anak anak main game..
Curahan rasa pipoq @ ..Apple iPad gadget impian
bergantung pada budak dan anak-anak..kalau yang dapat adapt dan tahu mana baik dan buruk, itu bagus. so, ibu bapa patut pantau game yang anak-anak main.
Curahan rasa ohcikgu @ ..Mengapa kita perlu tahu cara nak mandikan dan uruskan jenazah ibu bapa?
Comments are closed.