Friend zone itu menyakitkan, ini tips elakkan terkena friend zone..

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam pencarian sebuah cinta, pasti ada yang pernah kecewa kerana ditolak mentah-mentah oleh orang yang kita sukai. Penolakan atau direject ini lebih dikenali sebagai ‘friend zone’ pada masa ini. Apa maksud sebenar ‘friend zone’ ini?

Friend zone adalah seseorang yang mengehadkan perasaan dirinya terhadap seseorang individu. Senang cerita, tak suka dan tidak ada hati pun dekat orang itu.

Walaupun telah berusaha untuk lebih menyerlah daripada rakan-rakannya yang lain, anda tetap kena friendzone dengannya. Tapi kenapa ye? Betul ke lelaki lebih mudah terkena tolakan wanita, berbanding wanita. Di sini terdapat beberapa punca, mengapa orang yang anda minati itu menolak anda.

Antara puncanya ialah, kita terlalu fokus terhadap dirinya. Kita sendiri telah menyasarkan dirinya bakal dimiliki, maka kita akan melayaninya dengan baik mungkin. Setiap tutur kata bagaikan menunjukkan dirinya adalah milik kita. Si dia juga dilayan bagaikan kekasih kita. Jadi si dia pasti akan mula angkat kaki dahulu.

Selain itu, sentiasa ada masa diri kita untuk dirinya. Jika ada perkara yang berlaku, kita tiba pada waktunya untuk memberikan pertolongan. Si dia juga tahu apabila dia timpa kesusahan, kita adalah orang yang akan dicarinya tanpa perlu dibimbang lagi. Ia hanya satu perbuatan yang membuatkan dilayan sebagai kawan.

Hal ini kerana, seorang kawan yang baik akan sentiasa berada di sisi sahabatnya ketika dalam kesusahan.

Di samping itu, dia juga tahu bahawa kita tidak mempunyai rakan wanita ataupun rakan lelaki yang lain selain darinya. Jadi ini telah menunjukkan anda menyimpan hati terhadapnya. Maka, sebelum memberitahu isi hati kepadanya, baik sediakan ruang untuk berkawan dengan wanita atau lelaki lain. Baru lah si dia rasa tercabar sedikit. Jika si dia tidak ada mempunyai saingan, dia merasakan kita tidak diminati oleh wanita atau lelaki lain.

Bertindak terlalu terburu-buru. Kita masih tidak kenal lagi hatinya terhadap diri bagaimana. Tapi kita sendiri telah luahkan isi hati terhadapnya. Ini menunjukkan kita mudah sahaja untuk didapati. Orang seperti ini sukakan sesuatu yang mencabar. Jika kita menunjukkan tanda-tanda jual mahal, pasti si dia akan jatuh hati pada diri kita.

Tapi itu semua mungkin tidak terjadi jika kita adalah orang yang memenuhi cita rasanya. Jadi sebelum diri meluahkan rasa hati, kita perlu ketahui cita rasa bagaimana yang kita ada untuk si dia agar tidak kena friend zone nanti.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!