Pada awal tahun PM, DS Najib Razak telah mempelawa blogger Malaysia untuk hadir ke Majlis Jamuan Petang 1Malaysia di kediaman beliau di Sri Perdana, Putrajaya. DS Najib Razak telah mempelawa semua blogger Malaysia melalui Facebook, Twitter dan Media Perdana. Aku mengambil kesempatan untuk memohon untuk menghadiri Majlis Jamuan Petang 1Malaysia. Sri Perdana bukanlah tempat yang pelik bagi aku kerana sudah berpuluh kali aku ke sana semasa zaman Chedet dan Pak Lah atas urusan kerja. Aku ingin hadir Majlis ini untuk mendalami pemikiran DS Najib dengan lebih dekat.
Alhamdulillah aku telah terpilih sebagai salah seorang tetamu untuk Majlis Jamuan Petang 1Malaysia bersama PM pada 13/3/2010 dengan syarat aku mesti memberi maklumbalas sebelum 5/3/2010. Aku juga diberi peluang untuk mengajukan satu soalan untuk dijawab oleh DS Najib Razak. Pasti peluang untuk bertanya soalan tidak boleh aku persiakan dengan soalan yang main-main.
Teman-teman ada cadangan ke nak tanya soalan apa kepada DS Najib Razak.
@ Kepada teman yang mempuyai blog DoFollow dan ber Page Rank berminat untuk ikut disenaraikan sila terus ke :
2. Senarai blog yang mempuyai Page Rank.
No related posts.
38 Comments
Betapa untungnya kalau dapat bersemuka dengan Perdana Menteri. Bukan senang bersemuka dengan dia. Bertuah juga blogger dapat peluang seperti tu.
Comments are closed.