Demonstrasi pemandu lori, bantah syarat dan saman JPJ

Spread the love

Kumpulan pemandu lori bertindak mengadakan perhimpunan aman di beberapa lokasi seluruh negara hari ini, dalam usaha mendesak Kementerian Pengangkutan melonggarkan tindakan undang-undang dikenakan terhadap khidmat pengangkutan perdagangan itu.

Dalam perhimpunan dibayangi pemimpin Parti Rakyat Malaysia (PRM) itu, kumpulan pemandu lori terbabit meminta kerajaan mengkaji semula beberapa perkara, termasuk syarat baharu didakwa membebankan pemandu, meskipun hakikatnya ia baik kepada perkhidmatan berkenaan demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

Selain pemeriksaan kesihatan oleh doktor bagi tujuan pembaharuan Lesen Kenderaan Perdagangan (GDL) dan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV), mereka menggesa pertimbangan dalam isu saman tinggi, muatan berlebihan, pemeriksaan kenderaan, pengurangan waktu sekatan serta pengurangan mata demerit.

Kira-kira 500 pemandu lori berhimpun di pekarangan Kementerian Pengangkutan di sini, bagi menyuarakan tuntutan berkenaan sebelum menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, yang diwakili Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Khairul Anuar Bachok,

Kumpulan yang diketuai Pengerusi Parti Rakyat Malaysia (PRM) Negeri Selangor, Manikavasagam Sundram itu, mula berkumpul seawal jam 9 pagi sebelum berbaris di tepi jalan sambil memegang sepanduk sebelum diberi peluang menyerahkan memorandum pada jam 10.45 pagi.

Enam perkara itu dibangkitkan dalam memorandum pertimbangan Kementerian Pengangkutan, yang didakwa membebankan pemandu kerana terpaksa membayar jumlah saman yang tinggi, berbanding pendapatan bulanan rendah yang diterima mereka.

Syarat baharu berhubung pembaharuan lesen memandu juga membebankan dan dibantah kerana memerlukan keputusan pemeriksaan kesihatan serta menganiaya pemandu yang berusaha mencari pendapatan bagi menyara keluarga masing-masing.

Ada dakwaan sebelum ini Persatuan Pengusaha dan Pemandu Trak Daerah Bentong, Pahang pernah menghantar empat permohonan bertemu dengan Loke, namun mendakwa tidak menerima maklum balas.

Susulan penyerahan memorandum itu, mereka mengancam akan mengadakan mogok secara besar-besaran termasuk perhimpunan di bangunan Parlimen jika tidak menerima maklum balas dalam tempoh tujuh hari.

Di Shah Alam, Selangor, kira-kira 150 pemandu lori berkumpul di tepi jalan berdekatan Taman Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, untuk meminta penjelasan mengenai syarat baharu dalam pembaharuan GDL.

Demonstrasi para pemandu lori protes kepada JPJ / Kementerian Pengangkutan di hentian RnR Juru sebentar tadi. Ia juga dilakukan serentak di setiap negeri di seluruh negara Mereka bantah pelbagai undang-undang baru yang didakwa membebankan dan menyusahkan mereka.

Ini antara isu yang dibangkitkan pemandu lori seluruh negara :

1) Pemeriksaan doktor
2) Mata demerit
3) saman permit atau majikan
4) had kan masa operasi d jalanan utk bagi drive rehat tanpa perlu mengejar utk melepasi sekatan
5) Selaraskan BDM mengikut spek lori cth
26 Tayar di naikkan menjadi 70000KG (muatan boleh 50000kg slps berat body d tolak)
6) Selaraskan had ketinggian muatan
7) Penjawat awam bersifat sopan bukan maki hamun
8) Saman akta mahkamah diguna pkai apabila melebihi 60%
9) Aksesori(tambahan sportlight, lampu tepi dan beacon) lori bukan menjadi satu kesalahan
10) Selaraskan harga tambang
11) Tiada lagi tangkapan dalam site
12) TIada lagi roadblock di persimpangan dan selekoh
13) TIada lg gangguan drive lori di parking tido kwsan luas yg tak menghalang lalulintas utk pemeriksaan/timbang berat.

Salah seorang pemandu lori, mendakwa tujuan mereka berkumpul bukan untuk mengadakan mogok atau kekecohan, tetapi meminta jawapan daripada Kementerian Pengangkutan mengenai syarat terbaharu itu.

Jika benar syarat baharu itu di mana pemandu yang mempunyai masalah kesihatan atau berpenyakit tidak boleh memperbaharui lesen GDL, kita akur dengan kehendak mereka.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!